HARRY"S WAWA TAUFIK

PRE ORDER dibuka skrg hingga 2 MAC 2019..
Pembelian kombo FREE POSTAGE..
Blurb HARRY'S karya Wawa Taufik

****
Dia... Harry Azlan. Nama komersial habis. Kerjaya pula hebat, glamour. 
Wajahnya terpampang di pelbagai media. Nak kata dia gila glamour, tak juga. Tumpang tengah laku, pasti menjadi rebutan. Tapi, jangan salah sangka. Dia bukanlah gigolo atau escort boy. Dia cuma seorang model sahaja.

Ramai yang meraih perhatian darinya. Tetapi sayang, dia cuma 
mengejar hanya seorang. Iaitu...

Aku.

Nur Insyirah Binti Ahmad Khair.

Gadis biasa-biasa sahaja. Cuma yang istimewanya aku... aku ini teman baik Safa, isteri kepada kawan baik Harry iaitu Mika. Rasanya kalau bukan kerana Mika atau Safa, Harry pasti tak akan kenal aku. Jauh sekali akan 
terpaut dengan aku yang mulut aci cakap lepas sahaja ini.

Kata dia... “Saya nak kawan dengan awak. Nak kawan rapat dengan awak.”

Pasti aku akan menjawab, “dah terdesak sangat ke? Dah tak ada perempuan lain ke?”
Dia pula jenis tak putus asa. “Ramai. Tapi tak ada yang macam awak. Yang kuat menolak, degil, cakap lepas, lantang… dan manis.” 
Silap banyak dia cakap macam tu. Aku memang akan balas tak tapis dah. “Kenapa? Yang sedia ada tu… semua rela je ikut awak?” 
Rupanya, dia langsung tak terasa. Selamba dia menjawab, “yap.”

Hebat lelaki ni. Tak ada simpan-simpan. Habis nak bongkar rahsia 
peribadi. Tak malu ke orang tahu sejarah silam dia? Tak takut ke tak ada perempuan baik yang nakkan dia bila dah mengaku macam tu?

Dan aku... dia tak risau ke kalau aku tak sudi nak berkawan dengan dia?

“Kalau awak rasa saya akan mudah give up, awak salah. Awak tak kenal siapa Harry Azlan. I don’t give up easily, sweetie. I fight for what I want. And you know what? Magic happens when you don’t give up. So, lets wait for the magic.”

Yakin benar ayat dia tu. Pakai magic segala. Dia ingat dia David Blaine?

Tapi...

Rupanya aku silap. Dia tak perlu pun menjadi ahli silap mata tersebut. Cukup dengan menjadi seorang Harry Azlan. Kerana aku... Nur Insyirah... sudah jatuh tersungkur di kakinya. Ayat magiknya benar-benar buat aku terpaksa terima dia. Romeonya, seperti kata Mika... “Mamat tu romeo. Lagi power mengayat dari I.”

No comments:

Post a Comment