PRE ORDER
WARKAH DARI ARMADA ~ Novelis Sophilea
RM28 SM / RM31 SS
postage RM8
WARKAH DARI ARMADA ~ Novelis Sophilea
RM28 SM / RM31 SS
postage RM8
teaser WARKAH DARI ARMADA
Yasmin kemudiannya menyiapkan minuman petang sebaik sahaja tahu yang Amru pasti akan ke pejabat sebentar lagi. Satu teko Milo panas berserta cawan diletakkan di atas meja. Dikeluarkan pula sepiring puding roti dari peti sejuk.
Amru keluar dari kamar dengan siap berpakaian. Tersenyum dia apabila melihat Yasmin sedang menuang air ke dalam cawan. Baiknya, Min....
“Bismilahirahmanirahim.... ” Dengan nama Allah, air Milo diteguk perlahan.\
“Am kena pergi pejabat sekarang ni. Min nak ikut?”
Terangkat sedikit kening Yasmin mendengar ajakan Amru.
“Boleh ke? Tak ganggu Am?”
“Alah Min bukannya budak kecil yang Am nak kena sentiasa perhatikan. Jomlah. Am takut Min bosan duduk kat rumah.” Pelawa Amru Iskandar sungguh-sungguh.
Yasmin melihat pandangan ikhlas Amru. Akhirnya dia mengangguk.
“Min nak tukar baju dulu okey.”
“Macam ni pun dah okey.” Balas Amru selamba.
“Kain batik dengan baju-T ni? Nanti tak pasal-pasal ada orang mengutuk isteri Am pulak. Nanti Am yang dapat malu.” Balas Yasmin.
Amru ketawa kecil. Memerhatikan langkah Yasmin meninggalkannya.
Sedang Yasmin bersiap di dalam kamar, telefon bimbit Yasmin yang diletakkan di atas meja makan berbunyi. Amru melihat skrin. Imran? Cuba diingat kalau-kalau dia turut mengenali manusia bernama Imran ini. Namun gagal. Beberapa detik kemudian deringan tersebut mati. Namun persoalan siapa Imran masih menyelubunginya. Mungkin kawan sekerja Min kut. Katanya, cuba menyedapkan hatinya yang sedikit kacau dengan nama ‘Imran’ sebentar tadi.
Kisah Imran di tinggalkan bila Yasmin muncul di pintu bilik. Sekali hatinya berbisik.
‘Cantik…’
LIMA BELAS minit kemudian, mereka berdua sudah berada di dalam Honda CRV Amru menuju pangkalan. Tadi Yasmin melihat satu kain rentang dipasang di hadapan pintu masuk pangkalan: Hari Armada. Ditanyakan pada Amru. Kata Amru itu adalah Hari Terbuka TLDM. Maknanya semua pelawat boleh masuk ke Pangkalan TLDM Lumut ini. Bagaimanapun ia terhad hanya di kawasan jeti sahaja.
Pada hari itu semua kapal dari yang kecil sampailah kepada kapal pengangkut dan kapal perang akan dibuka kepada orang ramai, dan pelawat boleh naik mana-mana kapal. Malah ada kapal besar yang mengadakan jualan makanan dan siap dengan restoran di atas kapal. Bukan itu sahaja terdapat pertunjukan-pertunjukan lain seperti payung terjun,
pertunjukan pasukan komando yang terdiri daripada Pasukan Khas Tentera Laut membuat aksi dan ada pertandingan-pertandingan lain juga.
"Nanti Am bawak Min. Am nak tunjuk dekat Min kapal yang pernah Am servis sebelum tukar ke base." Janji Amru. yasmin tersenyum lantas mengangguk. kemudian bibirnya tetap sahaja mengukir senyuman pada provos yang di pintu gerbang harimau 3 ini. senyum bukan susah sangat tapi pahalanya dia yang dapat.

No comments:
Post a Comment