πMy Love Bodyguardπ
“Boleh bawak kereta?” Aku angguk.
“Tahu seni bela diri.” Aku angguk lagi.
“Boleh menembak?” Aku angguk lagi.
“Jadi bodyguard saya boleh?”
“Apa bodyguard?!” Akim mengangguk mengiyakan kata-katanya.
Jodohnya dengan lelaki tua. Kecoh satu kampung bila pengantin melarikan diri di malam pernikahannya. Tapi Kuala Lumpur tidak menjanjikan yang indah buat dirinya yang naif. Sehinggalah dia terpilih sebagai Bodyguard kepada seorang usahawan muda yang kacak.
“Bodyguard?” Aku lihat Airiel senyum meleret bila aku sebut bodyguard.
“Yess I’m the bodyguard from Taiping… ada masalah ke?” Airiel melongo mendengar aku speaking.
Rupanya cinta itu bukan esa, bukan tunggal. Ia boleh bercabang-cabang dan bercambah-cambah sehingga dia keliru.
Aulia, baginya cinta itu adalah dosa. Ketika hatinya menyedari ada rasa yang indah antara dia dengan Akim, Airiel pula muncul antara mereka. Menyenangkan dan amat setia disisinya. Mungkin ia karma atas dosa-dosanya kerana dia sebenarnya telah dinikahkan dengan si tua bangka yang tetap menuntut haknya sebagai suami.
Akim, kehebatannya belum tentu menjamin kemenangan untuk memiliki hati Aulia. Menakluki bukan bererti memiliki.
“Jadi awak akan merayu pada saya?”
“Tak, saya takkan merayu pada awak. Saya hanya akan merayu kepada Allah, kerana DIA yang memiliki awak.”
“Saya hanya cintakan Arjuna.”
Dan lelaki yang biasa-biasa itu membuatkan Akim menjadi sangat kerdil.
Seorang sahabat, seorang abang atau seorang kekasih. Aulia keliru…
-------------------------
πWarkah Dari Armadaπ
It takes a second to know someone
It takes a minute to like someone
It takes an hour to love someone
But it takes a rest of your life to forget your love ones"Masa mendewasakan kita Amru..menjadikan kita seperti Adam dan Hawa usuf dan Zulaikha tapi mampukah kita bina sebuah mahligai seperi Ali dan Fatimah?- yasmij Nur Raihan"Min...kita berjodoh tanpa kenal tanpa cinta tapi Am yakin cinta kita ada..cinta kita bukan hanya pada pandangan mata tapi jauh di sudut jiwa."-Amru Iskandar.antara cinta dan begara Am harus bekorban Am pergi dan Am pasti akan kembali lagi. am pergi kerana negara Min...dan Am akan pulang demi cinta kita."samudera itu indah seperti indahnya cinta yang kita kemudi..

No comments:
Post a Comment