My Beloved Enemy

ALHAMDULILLAH.
My Beloved Enemy sudah siap. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Pengeposan akan dimulakan minggu hadapan. Setiap pembelian akan dapat fridge magnet yang cun dan penanda buku berkalendar poket.
masih pada harga pre order sehingga 30 Januari 
rm27 sm/ rm30 ss
postage hanya rm5 sm / ss
LIMITED PRINT. 
BAKI STOK SANGAT2 TERHAD 
*****teaser ๐ŸMY BELOVED ENEMY๐Ÿ*****
“Khayla!”
Satu lagi jeritan. Kali ni dengan Izz sekali disapa rasa terkejut. Sara muncul. Tak tahu dari mana. Cepat-cepat dia tarik lenganku dari dekati Izz.
“Izz, mulai saat ni saya minta sangat awak jauhkan diri dari Khayla,” Sara beri amaran tegas.
“Sara! Apa kau cakap ni?” aku menahan tindakkannya.
Rasa malu pada Izz timbul. Dalam masa yang sama aku marah dengan tindakkan Sara. Dah la datang tiba-tiba. Cakap macam ni pula.
“Kau diam. Aku tahu apa niat kau sebenarnya!”
“Sara, a… apa yang tak kena ni?” Izz yang dah kendur semangat untuk bersenam bersoal hairan.
“Banyak benda yang tak kena. Saya rayu bagi pihak keluarga Khayla. Tolong jangan dekat lagi dengan Khayla. Jangan berhubung dengan dia lagi. Awak dengan dia masing-masing tunangan orang dan tak lama lagi Khayla dah nak kahwin. Saya tak nak dia terus layan perasaan dia.”
“Sara, kau takde hak nak sekat apa yang Izz nak buat!” Sabarku mula hilang.
Dalam masa yang sama hatiku sakit. Kenapa Sara perlu masuk campur hal aku?
“Chop. Chop! Sara, Khayla. apa benda ni. Hak, jauhkan diri bagai. Tolong fahamkan saya boleh? Jangan nak bergaduh macam ni.”
“Khayla dah mula tergila-gilakan awak. Dia nak putuskan hubungan dia dengan tunang dia semata-mata cinta dia pada awak, Izz.”
Terluah lancar kenyataan dari mulut Sara. Aku hanya mampu mendengar sambil menahan rasa di hati. Wajah Izz kupandang penuh rasa bersalah. Malu? Cintaku melebihi rasa maluku. Aku mengharap Izz menyambut pengakuan Sara bagi pihakku dengan ayat yang buatkan aku terharu. Walaupun aku pasti benda ni takkan terjadi. Takkan terjadi!
Tanpa disangka, Izz berundur perlahan dan selangkah demi selangkah tinggalkan kami berdua dengan larian yang kian laju. Tanpa sepatah bicara dia dah hancurkan harapan dan perasaanku. Lariannya seakan memijak jiwaku. Buat pertama kali aku menangis kerana sebuah cinta.
“Puas hati kau sekarang? Kau memang kejam Sara!” bahu tu kutolak kasar.
“Kau lagi kejam. Kau lagi kejam Khayla! Kau benam kepercayaan tunang sendiri dengan datang sini jumpa lelaki lain hanya sebab perasaan yang entah betul entah tidak tu. Kalau mak dengan abah kau tahu, apa diorang rasa? Fikir la sikit Khayla.”
“Hati aku tak mampu terima dah. Kau ingat aku sengaja buat semua ni? Aku pun ada perasaan juga, Sara.”
“Kau jangan buat emosi kau kawal perasaan tu. Guna akal la, Khayla. Waktu bertunang macam ni memang hati akan berbolak-balik. Tapi tak bermakna kau kena ikut rentak tu. Izz tu, dah bertunang kau tahu tak? Kau nampak tadi apa reaksi dia bila tahu perasaan kau pada dia? Dia tak layan, Khayla. Dia langsung tak kisahkan kau. Apa kau rasa sekarang?” bidas Sara sehabis mungkin.
“Tak. Tak! Izz tak macam tu,” aku tolak kata-kata Sara dengan deraian air mata sedih.
“Suka hati kau la nak kata apa pun. Sapanjang minggu ni Kak Jas selalu cakap kau kerap sangat balik lewat. Aku dah agak ni kerja kau. Buat benda yang takkan datangkan untung. Wake up, Khayla. Jangan buang masa dengan benda mengarut!”
“Kau tak faham perasaan aku, Sara. Ada baiknya kau tak payah cakap,” ungkapku dala getar yang makin menjadi-jadi.
Aku terus tinggalkan Sara. Gugusan kunci ditanganku dirampas Sara. Aku persoalkan tindakkannya. Tanpa balasan Sara terus buka langkah nak menuju ke keretaku. Aku faham maksudnya. Ikut dia dan jangan cuba cari Izz lagi!

No comments:

Post a Comment