KOMBO ABANG HOT

SEBAB KORANG SELALU TANYA, KOMBO ABANG-ABANG HOT KORANG DAH MUNCUL🔥
.
.
PRE ORDER DAH DIBUKA SEKARANG TAU!

KALAU NAK TAHU KISAH BUDAK SETAN 3 & AZROY. JOM DAPATKAN SEBELUM PRE ORDER DITUTUP.
*** Gift untuk 150 orang terawal***
SINOPSIS CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN3
.
.
Perkahwinan Nia dan Andika yang selama ini bahagia, mengalami pergolakan dengan kehadiran Zahira ke dalam rumahtangga mereka. Zahira nekad mendapatkan Andika kembali dengan cara apa sekalipun.

" Tak lama lagi, kau akan kehilangan dia Nia. Dan kamar tidur kau, akan menjadi milik aku bersama Andika. Tempat tidur kau, akan ada aku tak lama lagi" - ZAHIRA
Namun, apakah usaha wanita itu berjaya untuk memisahkan Andika dari Nia? Pada masa yang sama, persahabatan Andika dan Remy juga sedang menanti retak kerana seorang pelajar yang bernama Rangga Haizer. Siapakah Rangga Haizer? Dan, benarkah Geng Budak Setan bakal berpisah dan hilang ahlinya?
Semuanya bakal terjawab dalam CINTA TERAGUNG SI BUDAK SETAN 3!
💛💜💛💜💛💜💛💜💛💜💛💜💛💜💛💜
SINOPSIS AZROY MY MAN
.
.
Pertemuan mereka mudah. Mereka bertemu di traffic light dan bertengkar di traffic light.

" Hey, mat rempit. Kalau ye pun nak jual minyak, janganlah sampai ketuk cermin kereta orang. Adab dekat mana?"- PELANGI MIRANDA
" Kurang ajar betul minah tu. Aku bukan puji dia. Aku puji kawan dia. Yang dia berlebih sangat kenapa"- AZROY AFFENDI
Namun dari detik pertemuan itu, kisah mereka berkembang menjadi cerita cinta yang mampu mengalirkan airmata. Mereka tersepit antara cinta dan persahabatan kerana pada masa yang sama, Dahlia juga turut mencintai Azroy.
" Azroy Affendi, saya nak beritahu awak yang saya dah jatuh hati dan jatuh cinta pada awak"- DAHLIA.
Cinta tiga segi ini kian rumit saat Dahlia terlibat dalam kemalangan.
" Akan ada ke laki-laki yang nak mengahwini aku saat melihat keadaan aku macam ni. Tidak akan ada lelaki yang inginkan perempuan cacat sebagai isteri" - DAHLIA
Demi kesembuhan dan senyuman Dahlia, Pelangi korbankan cintanya dengan melepaskan Azroy pada Dahlia. Azroy diminta mengahwini Dahlia dengan segera.
" Sayang, tolong terima Dahlia dalam hidup awak. Jadikan dia sebagai isteri awak yang sah"- PELANGI MIRANDA
" Awak nak saya berkorban demi melihat Dahlia gembira kembali? Ini kerja gila Pelangi"- AZROY AFFENDI
Apakah kesudahan kisah mereka bertiga? Kebahagiaan bakal menjadi milik siapa? Pilihan di tangan seorang lelaki yang bernama AZROY.

No comments:

Post a Comment