🌺Pre order sehingga 30/1/2019🌺
My Beloved Enemy - Novelis Puteri Aqish
HARGA RM27 SM / RM30 SS
💙POSTAGE HANYA RM5. 00 SAHAJA SEPANJANG PRE ORDER💙
💕 PEMBELIAN 200 UNIT TERAWAL AKAN MENDAPAT PERCUMA FRIDGE MAGNET YANG OHSEM 💕
Blurb
Status sebagai seorang bapa semestinya menandakan dia juga seorang suami. Namun, hati Khayla Imani tiba-tiba bagaikan ditarik oleh magnet untuk terus mengingati lelaki itu. Puas dibuang jauh perasaan yang mula menjalar itu agar tidak merasuk dia daripada menaruh impian yang tidak masuk akal. Khayla Imani sedar dia seharusnya tidak boleh berada di fasa perasaan sebegitu.
Namun, takdir bagaikan memihak kepadanya. Kehadiran Mizan Dazrin itu membuatkan Khayla Imani serba-salah. Mana mungkin dia akan lukakan hati wanita lain dengan cara begini. Dia tidak mampu membohongi jiwa sendiri dan mengikut sahaja rentak hubungan ini.
Pertemuan yang dirancang usai kata perpisahan diucap telah membawa satu peristiwa buruk dalam hidup Khayla Imani. Dia sudah jatuh terduduk dan lemah, angkara dendam Mizan Dazrin sebelum disambut oleh Izz, lelaki yang dikenali secara tidak sengaja.
Khayla Imani akur apabila dia tiada pilihan lain. Dia harus menerima Zayyan, walaupun seluruh jiwa dan hatinya sudah berada dalam genggaman Izz.
🌼🌻🌼🌻🌼🌻🌼🌻🌼🌻
MY BELOVED ENEMY
“Gila!”
Satu perkataan yang secara spontan terbit dari bibirku. Kad tadi ku baling ke lantai. Nak kata salah hantar, macam bukan. Memang nama aku tercatat kat situ. Nama penuh kut. Khayla Imani Bt Hamdan. Tapi mustahil jambangan bunga ni untuk aku.
“Amboi. Baru sebulan masuk kerja dah dapat bunga. Ros kuning lagi. Buah hati ke Khayla?” Usik salah seorang rakan sekerjaku sambil tersenyum.
Pintu pejabatku yang memang sengaja dibuka umpama bagi ruang untuk mereka lihat ke dalam.
“Bukan la.”
“Ye la tu. Tahniah Kahyla.”
Selorohnya lagi sebelum membawa kaki menyambung tugas. Menjadi kakitangan paling muda kat sini memang wajib kena usik. Aku makin kebal dengan kata-kata macam tu.
Aku kembali memandang jambangan bunga hidup yang masih tak berubah tempat. Aroma segarnya menyelinap ke rongga hidung. Kad yang kulempar tadi dicapai semula.
Buat Khayla Imani Bt Hamdan. Dari Mizan Dazrin.
Walaupun ahli keluargaku memanggilnya dengan nama Mizan, tapi aku tahu nama penuh lelaki tu. Mizan Dazrin, atau lebih tepat Abang Mizan.
Aku betul-betul tak faham dengan kehadiran bunga ni. Bukan aku yang patut terima bunga ni. Malahan benda lain sekali pun. Aku bukan siapa-siapa pada dia. Takkan dia… dia suka kat aku? Dia rasa perasaan yang sama macam aku rasa dulu? Bukan. Khayla, jangan nak perasan sendiri. Sedar diri sikit.
Menjelang waktu tengah hari, aku keluar ke kafe berhampiran untuk mengisi perut. Sara, kawan baikku masih belum kelihatan. Takde lain la tu. Touch up!
“Sara, kau pernah dapat bunga tak?” Aku memecah kebisuan antara kami setelah selesai mengisi perut.
“Bunga? Mesti la pernah. Hello. Ni Sara Sephia okay. Minah hot zaman universiti dulu. Bab bunga ni jangan tanya la. Dah boleh buka kedai bunga kalau buka sem baru. Maklum la. Ramai peminat.”
Bait jawapan Sara mengundang rasa menyampah aku. Melampau betul dia punya gaya. Halus je dia kupandang.
“Tu bukan hot. Gedik! Semua senior kau nak kaut. Keluar U, bertunang dengan jiran sebelah rumah. Mana pergi peminat kau yang berduyun-duyun dulu tu. Mana?”

No comments:
Post a Comment