READY STOK
HABIS TIADA REPRINT
JUAL ONLINE SHJ
DIA ANTARA KITA OLEH SARNIA YAHYA
RM48 SM/ RM55 SS
termasuk pos
BLURP:
Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Itulah diibarat kepada perkahwinan Nuha dan Izhar. Nuha berharap perkahwinan itu kekal hingga ke Jannah. Namun, Izhar memilih untuk memutuskan ikatan ijab yang diikat untuk bernikah dengan kekasih hati sejak lama dahulu.
“Abang bagi tahu Nuha, apa yang tak betul pada Nuha... Nuha akan betulkan. Nuha mintak ampun kalau selama ini layanan Nuha pada abang ada yang terkurang. Tapi jangan... tinggalkan kami. Nuha sayangkan abang. Iman anak abang.” – Nuha.
Sedaya upaya cuba diselamatkan rumah tangganya. Namun, Izhar tetap dengan pendiriannya. Mahukan bahagia, tetapi bukan dengan Nuha dan Iman. Di hati selamanya Zalina yang menjadi puja sedari di university lagi.
“Berapa puluh kali aku nak cakap, haa?! Aku tak ada apa-apa rasa pada kau. Aku tak cintakan kau. Aku benci dengan kau, faham tak?!” – Izhar.
Kata-kata yang cukup mengecewakan Nuha. Namun, dipasrahkan hati. Reda dengan ketentuan yang telah tertulis untuknya. Cuba mencari bahagia bersama Iman yang menjadi semangatnya.
Tetapi, siapa menyangka, Allah mahu mengujinya lagi. Cemburu Zalina menghuru harakan hidup Nuha dan Iman, walhal, Izhar sudah diikat menjadi suaminya
Apa yang dicemburui oleh Zalina terhadap Nuha? Dan kenapa?

No comments:
Post a Comment