KOMBO 3rd ANNIVERSARY



Salam Kaseh semua.
Sempena Ulang Tahun Kaseh yang ke 3, Pre Order KOMBO 3rd ANNIVERSARY dibuka bermula hari ini sehingga 31 Januari 2019 dengan hanya  RM50 sahaja termasuk Sabah/Sarawak. POSTAGE PERCUMA untuk pembelian Kombo ini.
Diskaun RM2 sebuah untuk pembelian single daripada harga asal. 
Postage RM8/RM11.
KARAM DI HATI ENCIK BERG ~ Sara Hezra. Genre romantik komedi.

Teaser.....
TEMUDUGA. Awal-awal lagi dia, Mya Adellia sudah terbuat hal. Dia menyembah kaki kerani yang memanggil namanya untuk masuk ke bilik temuduga.

“Bangun, cik. Kalau hormat sekali pun, cik pergilah hormat tuan CEO yang nak interview cik tu, bukan saya. Saya kerani cabuk tukang panggil nama aje.”

Mya mengangguk-angguk sambil memohon maaf. Dia melangkah masuk ke bilik, tempat temuduga bakal berlangsung. Malang nasibnya, dia tersadung sekali lagi. Hilang tiba-tiba dari pandangan tuan CEO yang sudah menanti. Terkejut lelaki itu hingga dia tertunduk-tunduk ke bawah meja untuk melihat persembahannya. Dalam hati dia menyeranah kasut yang dipinjam dari Nazira. Tekadnya, dia akan patahkan tumit 6 inci itu seusai sesi temuduga itu nanti.

“Lain kali kalau datang interview, tak payahlah pakai kasut macam model runaway. Tadi kat depan pintu sana dah tersembam. Depan saya pun masih nak buat acrobatic show. Mesti kasut pinjam ni.”

Dia menelan liur. Gugup, malu dan rasa disindir bercampur-aduk. Sekaligus dia dapat merasakan wajahnya berubah sekejap merah, sekejap biru.

“Bangunlah. Berapa lama nak meniarap macam tu? Ke saya kena meniarap juga untuk temuduga cik?”

Mya bingkas bangun. Tanpa disuruh, spontan saja dia menarik kerusi dan duduk. Tudungnya yang senget dibetulkan walaupun dia tahu, tudung bawal yang susah dibentuk itu akan menjadi lebih teruk rupanya.
*************************************************
PEMILIK CINTA ZANIA ~ Miss Dee
ZANIA STUDIO

DANIA merenung lama nama yang tertera di pintu kaca itu. Tangan naik memegang dada sendiri. Jantung seperti mengepam laju daripada biasa. Kakinya juga mula terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam. Entah kenapa, perasaan yang tidak enak mula timbul, memikirkan sesuatu yang buruk bakal berlaku.

“Dania…” Lamunan tercantas saat mendengar namanya dipanggil.

“Zaf...” Tangan Zaf yang ingin menolak pintu kaca itu terhenti.

“Kalau kita datang lain kali boleh tak? Tiba-tiba I rasa tak sedap badan. Tapi, kalau you dah janji dengan sepupu you, you sajalah yang jumpa dengan dia. I boleh je balik sendiri.”

“Tapi, you dah janji dengan I. Kalau I ajak you lain kali, belum tentu you nak setuju. Lagipun I dah cakap dengan sepupu I yang I nak kenalkan you dengan dia.”

Dania tersentak. Tidak sempat dia membalas, tangannya sudah ditarik masuk ke dalam.

“You tunggu sini. I nak cari sepupu I dulu.”

Dania melabuhkan punggung di satu sudut. Matanya melingas ke sekeliling. Dia seperti berada di dalam sebuah studio gambar. Sana sini penuh dengan kamera dan komputer. Ada juga beberapa orang model yang sedang berposing penuh gaya di hadapan lensa kamera. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, kelihatan beberapa orang model sedang menunggu giliran.

Klik!

Terpejam mata Dania apabila satu cahaya terpancar di hadapannya.

Di hadapan dia, berdiri seorang lelaki berkemeja ketat berwarna hitam yang masih memegang kamera DSLR di tangan. Kamera itu masih dihalakan ke wajahnya membuatkan dia tidak nampak wajah lelaki itu. Lengan kemeja lelaki itu pula sengaja dilipat hingga ke paras siku.

Zapp…

Berubah pucat wajah Dania saat matanya bertembung dengan anak mata lelaki itu. Tangan naik memegang dada sendiri.

No comments:

Post a Comment