REEZ SWEET ROMANCE ~ SITI NUR DHUHA

FREE POSTAGE. 2 HARI sahaja

Starting dari novel REEZ....Jom baca bingkisan pilu dari Sofea...

***REEZ, cinta ini sangat menyeksaku***

Tidakkah kau rasakan getar rasa ini padamu. Sungguhku berduka, kasih yang ku persembahkan kau pandang sepi. Begitu sakitnya mencintaimu yang langsung tiada kesudian membalas kasihku.

Reez, aku menyayangimu lebih daripada segala yang pernah kukasihi di dalam hidup ini. Pastinya dirimu tidak dapat membayangkan hari-hari yang kulewati dipenuhi harapan untuk menjadi permaisurimu.

Sungguh, aku terlihat bahagia di hadapan semua namun menyimpan derita yang tidak tertanggung. Tidakkah kau berasa simpati padaku, Reez?

Aku teringin sekali merasakan hangatnya cintamu. Membaranya kasihmu.
Tidakku sangka, tidakku duga...
Jodoh menyatukan kita dalam ikatan pernikahan yang sering aku impikan selama ini. Kusangkakan kita mampu membina mahligai bahagia bersama, namun tidak terduga olehku semua itu hanyalah mimpi.

Diriku tetap dipandang sepi olehmu. Diri ini tidak ubah bagaikan perhiasan yang tidak diperlukan di dalam mahligai indahmu.

Kusedar diriku ini, hanyalah pengemis cinta. Pun begitu, tidak akanku berputus asa menawan hatimu...

Aku isterimu Reez, aku akan mencintaimu hingga kematian menjemputku.

Akulah Sofea Aisya, wanita yang akan teguh berdiri di sisimu selamanya selagi diizinkan Allah.

Bersama masa bergulir, kesabaran ku akhirnya berbalas. Kasihku bersambut jua. Sungguh bahagia diri ini dicintai olehmu.

Reez, asmaramu hangat membara. Maraknya kasihmu bagaikan bara yang tidak akan terpadam. Kasih yang kau persembahkan menjadikan aku beku dalam pelukanmu.
Namun tidakku duga, ombak membadai istana pasir yang ku bina bersamamu. Dugaan datang melanda disaat cintaku selama ini berbalas. Hebatnya cubaan ini, sehingga perlahan-lahan diriku sendiri akur untuk menjauh dari hatimu dan juga dari hidupmu. Meskipun lidahku melafazkan perpisahan, mengertilah hatiku tidak pernah mengantikanmu dengan sesiapapun suamiku.
Cuma, ujian ini terlalu perit buatku.

Abang... izinkan sayang pergi daripada hidup abang.
Selamat tinggal suamiku....
Reez, sad romance for you love
I’m so sorry.

p/s: apakah yang telah Melinda rumah tangga mereka? Hanya terjawab di dalam novel REEZ

SINOPSIS REEZ
MENJADI ‘penyelamat’ kepada seorang lelaki telah mengubah seluruh kehidupan Sofea Aisya. Buat pertama kali lelaki bukan muhrim dibawa masuk ke dalam kediamannya demi melindungi satu nyawa. Dibiarkan menumpang teduh di dalam bilik peribadinya sendiri. Mahu atau tidak, dia terpaksa merawat jejaka itu.
Sofea Aisya bukan tidak kenal insan yang diselamatkannya itu. Seorang jejaka tampan yang menjadi pujaan lewat usia remajanya lagi. Jauh disudut hatinya, Sofea berharap kebaikan yang dihulurkannya itu dibalas dengan cinta. Namun tidak terduga olehnya, budi yang ditabur di sambut dingin. Usahkan memberi cinta, hatta memberikan segaris senyuman padanya pun lelaki itu tidak sudi. Sampainya hatimu…
“Yalah, aku nikan handsome, kaya, kacak, dan ada segalanya. Siapa yang tak tergila-gilakan aku. Nak jadikan aku teman lelaki la. Suami la. Tapi aku ni susah sikit nak jatuh hati pada perempuan. Tambah-tambah yang terhengeh-hengeh macam kau ni. Hanya perempuan hebat je yang boleh buat aku jatuh cinta.”
Alamak! Perasan la pula dia ni.
Dalam misi menyelamatkan Reez, Sofea merancang satu agenda untuk mengikat Reez dalam perkahwinan. Biar lelaki yang dikasihi itu menjadi miliknya.
“Sekarang memanglah awak tak nak. Nanti pandailah saya nak buat awak kahwin dengan saya” Sofea sudah seperti perempuan yang tidak tahu malu. Dia sudah berkorban sejauh ini untuk Reez, takkanlah pulak nak bagi Reez kepada perempuan lain.
Terdesak! Ya, Sofea semakin terdesak ingin merealisasikan impian untuk menjadi isteri Reez. Sehingga dia sanggup menabur fitnah tanpa memikirkan dosa dan pahala.
“Sofea dan Reez memang bercinta selama ni. Bahkan kami dah ter… terlanjur bah. Sekarang ni Sofea hamil dua bulan. Kalau abah nak bukti, ada dalam beg tangan Sofea pregnant test.”
Sungguh Reez terpempan. Bila masa pula aku terlanjur dengan dia. Aku ni lelaki suci tau, sentuh perempuan pun tidak pernah.
“Macam mana aku nak jadi suami kau Sofea? Aku taka da rasa apa-apa pun kat kay. Sayang ke? Cinta ke? Rindu ke? Kasih ke? Sikit pun taka da Sofea. Aku tak mampu nak hidup bersama kau. Jadi suami kau.”
Disebabkan ugutan dari keluarga Sofea, Reez terpaksa menerima gadis itu. Dan hari pernikahan tiba jua.
“Kau nak sangat jadi isteri aku, kan Sofea?! Hmm? Baik! Aku akan kahwini kau. Aku akan buktikan, aku takkan sesekali jatuh cinta pada kau. Jasad aku bolehlah kau miliki, tapi tidak hati aku. Masa tu kau akan terluka, kecewa, dan menyesal.”
Baju pengantin yang terdampar di atas katil yang masih belum dicuba sejak hati Sofea memberikan kepadanya itu dicapai…

No comments:

Post a Comment