KESUMA JIWA

BAKI TERHAD

KESUMA JIWA

harga rm40.00 sem / rm42.00 ss

termasuk poslaju



#Palingkelakar  

#BukanheroCEO

#Kesumajiwa
Teaser 👇


Sampai sahaja di rumah, azan maghrib mula berkumandang. Pisang yang berada di dalam motosikalnya di bawa turun. Setelah dia membawa turun pisang, Jiwa kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik. Dia mengangkat kedua-dua tangan.



E…. busuk! ‘Kalau macam ni, memanglah si Juwita tak nak lekat dengan aku.’ Jiwa menggelengkan kepala. Hai, Juwita. Rindu pula abang dengan Juwita. Rindu…. Rindu serindu-rindunya….a…a… Layan lagu spoon pun best juga. Oh, Juwita pujaan hatiku. Bilalah kita nak berjumpa lagi. Wahai mimpi, bawalah daku berjumpa dengannya malam ini. Tidak tertanggung rasanya rindu di hati.



Ceeewaaahhh….


“Jiwa!!!!” Terus terkejut dibuatnya Jiwa. Bukan sahaja dengan Jiwa, Pak Saad yang berada di dalam bilik air turut terkejut.

“Ye, mak. Kenapa mak? Mak ni hobi nak menjerit aje.” Tegur Jiwa yang sudah menjengahkan mukanya.

“Ini apa?” Jiwa menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Hai, kenapalah semua orang akan tanya benda yang sama. Tadi, Mak Joyah. Sekarang ni, emaknya pula.

“Buah strawberry, mak. Abah baru tanam hari ni.” Jawab Jiwa mengusik.
Mak Kiah tidak menjawab sebaliknya dia menghinggapkan tangannya ke telinga Jiwa. Jiwa mengaduh. Sakit kut kena piat dengan mak. Tapi, memang dia tidak faham kenapa pula dia kena piat telinga. Why!

“Kenapa buah strawberry kamu ni tinggal setandan? Abah kata bawa dua tandan. Mana satu lagi?” Tanya Mak Kiah tanpa melepaskan tangannya.

“Tu, nasib baik ada. Mak nak buat apa sampai dua tandan pisang? Jiwa tahulah mak suka masak guna pisang. Tapi banyak sangat kut dua tandan pisang mak nak.”

“Kenapa bising-bising ni? Dari dalam dah dengar.” Pak Saad yang baru sahaja keluar dari bilik air mula bertanya.

“Abahlah. Abah yang bagi.” Tunding Jiwa kepada Pak Saad. Pak Saad terkejut apabila dia pula yang dilibatkan. Hai, kita pula yang kena.

“Kenapa pulak salah abah?” Tanya Pak Saad.
“Tadi tu, Jiwa nak bagi kat orang abah yang tak kisah.”

“Berapa banyak yang kamu bagi?”
“Satu tandan.” Bulat mata Mak Kiah dan Pak Saad serentak.

“Kamu bagi kat siapa?”
“Kat Mak Joyah. Nak ngorat anak, kenalah jek mak dia dulu.” Kali ini telinga Jiwa menjadi mangsa piat dari Pak Saad.

“Bertuah punya budak, yang kamu bagi sampai satu tandan tu siapa suruh. Kamu nak suruh mak kamu ni nak berniaga apa?” Tanya Pak Saad geram.

“Nak buat jual ke? Abah tak cakap pun. Ingat nak buat sarapan esok. Bukan ke mak suka buat sarapan guna pisang. Aduh… duh…duh…” Mana aci kiri kanan kena piat telinga.

“Kan abah dah cakap tadi yang pisang ni nak buat jual. Kesian dengan mak kamu ni. Tak ada pisang nak buat berniaga. Itulah, berangan lagi. Apa yang abah cakap semuanya tak masuk kepala. Lain kali, kalau nak bagi kat orang tu sesisir dua. Bukan setandan dua. Kamu ingat Mak Joyah kamu tu ramai ke dalam rumah dia. Setakat dua mulut, sampai minggu depan pun tak habis lagi.” Bebel Pak Saad.

“Jiwa buat amalan jariah pun kena marah ke?”
“Kamu ni Jiwa, kalau nak buat amal jariah kenalah tengok dulu. Kalau kamu nak buat baik, tu… si Kesuma yang ramai mulut patut yang kamu tolong. Bukannya Mak Joyah kamu yang dah kaya tu.” Tegur Mak Kiah.

“Apa kena mengena dengan Kesuma pulak mak?”
“Dia tu yang patut kamu ambil berat. Bukannya si Juwita tu. Dia pandang kamu pun tidak, Jiwa.” Mak Kiah tak serik memberikan nasihat.
“E…. gatallah dengar nama dia.”
“Esok kamu ikut abah lagi ke kebun.”
“Ala… kalau tak pergi tak boleh ke abah?”
“Kamu ni, kalau nak pinang anak dara kenalah kerja kuat sikit. Barulah si Juwita tu pandang kamu. Kamu nak tak kahwin dengan si Juwita tu? Kalau nak, kena kerja.” Kali ini Pak Saad pula yang bersuara.

“Kalau macam ni, baik Jiwa cari kerja lain kat bandar dari kerja dengan abah. Penatlah kerja kat kebun tu.” Keluh Jiwa. 
Baru sehari dia menolong abahnya di kebun, rasa seperti tulang temulangnya dah patah seribu.

“Pergilah Jiwa. Mak dah tak sabar nak tengok kamu keluar dari kampung ni. Cari pengalaman bak kata budak muda sekarang ni.”

“Amboi mak. Sakan nampak.”
“Yelah, dah beratus kali kamu cakap kamu tak keluar juga. Jangan kata kami ni tak restu.”
“Mak tak sayangkan Jiwa nampaknya.”
“Bukan tak sayang, tapi kamu tu SPM pun semuanya cangkul ada hati nak kerja besar. Yang kerja kebun ini pun kamu tak boleh nak buat.” Aduh! Memang mencengkam di jiwa dibuatnya. Nasib baik sayang mak dengan abah. Okey, tak jadi pergilah.

“Yelah… Esok Jiwa ikut abah pergi kebun.” Janji Jiwa. Terus hilang wajah masam Mak Kiah dan Pak Saad. Sukalah tu. Ala…. Habislah tulang-temulang macam ni.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment