KOMBO NOTTY GIRL


PREORDER KOMBO NOTTY GIRL masih dibuka ♥️
#CETAKANMENGIKUTPERMINTAAN
TARIKH AKHIR PREORDER = 31/12/2018
💋KOMBO NOTTY GIRL💋
SINOPSIS
💋 MY BABY BOO 💋
👩🏻‍💻 SUCI HIDAYAT
BOO, gadis cantik dan digilai ramai namun serik untuk memberikan ‘setia’nya pada makhluk bernama lelaki. Ditinggalkan setelah memberi seluruh cinta dan setia, membuatkan Boo merasa bodoh, hina dan sia-sia.
Bagi Boo, semua lelaki yang cuba mendekatinya pasti punya niat buruk. Lelaki-lelaki itu pasti hanya mahu mempermainkannya. Lelaki-lelaki itu suatu hari nanti pasti akan meninggalkannya dan pergi bersama perempuan lain. Lelaki-lelaki itu pasti hanya mahu menikmati kecantikan luaran miliknya. Setelah bosan dan puas, Boo pasti ditinggalkan.
Berbeza bagi BARD, lelaki yang tak serik-serik mencurahkan setia kepada insan yang tak pernah menghargai. Berkali-kali dicurangi, ditinggalkan dan dipermainkan, tidak menggoyahkan setia milik Bard. Lelaki itu tetap menunggu, tetap memaafkan, tetap memberi ruang dan peluang.
Sehinggalah takdir menemukan kedua-duanya. Bard si pencinta setia. Dan Boo si penagih sebuah kesetiaannya. Dua hati yang cukup sempurna dan saling melengkapi.
Namun laluan untuk bersama tak semudah yang disangka apabila kedua-duanya terjerat dalam hubungan cinta yang salah. Dengan orang yang salah.
Mampukah kedua-duanya melepaskan diri dari jerat itu dan bersatu? Sedang hati sungguh-sungguh yakin, inilah pemilik ‘setia’ milik mereka.
SINOPSIS
💋 CIKGU, KAHWINLAH DENGAN SAYA 💋
👩🏻‍💻 MAYYA BELLA
Bukan mudah menjadi sorang Ardleen Arsya. Mungkin orang lain nampak hidup dia selalu happy. Tergedik sana, tergedik sini. Huha sana huha sini.
Tapi hakikatnya, cuma dia dan tuhan saja yang tau betapa hidup dia diuji.
"Aku bukan suruh kau mengangkang. Aku suruh kau ringan-ringan je. Alah...macam tak biasa. Kau tu dari kecik lagi makan duit haram..Hasil aku jual tubuh. Dah besar nak jadi baik konon." - Mak.
Membesar dalam keadaan tertekan. Buat Ardleen rasa, hidup ni tak berbaloi kalau hanya diselubungi rasa sedih.email : mybizsantaishop@gmail.com

No comments:

Post a Comment