REEZ, SWEET ROMANCE FOR YOU LOVE

TEASER 10
REEZ, SWEET ROMANCE FOR YOU LOVE
#onlinesahaja
#tiadadikedaibuku

“Abang tak apa-apa?” tanya Sofea.

“Abang okey, cuma rasa takut tak hilang lagi.” Tanpa sedar Reez membalas pelukan Sofea. Separuh dari hatinya mula menerima Sofea untuk berhabitat di situ.

Hujan turun dengan lebatnya membasahi kedua-dua mereka. Sofea menarik Reez agar berlari untuk berteduh di kandang kuda. Lama Reez merenung tangannya yang bertaut bersama tangan mulus Sofea. Hatinya rasa lain.

Perasaannya tidak sama seperti sebelum ini.

Apakah Reez telah jatuh cinta kepada Sofea? Satu perasaan yang sebelum ini dirasakan mustahil untuk dirasai buat gadis itu.

Sebaik sahaja berteduh di kandang kuda itu, Reez tidak putus-putus mencuri pandang ke arah Sofea. Apabila Sofea berpaling padanya, Reez melarikan anak matanya. Sekelip mata, Sofea yang dirasakan hanyalah gadis yang berwajah biasa kelihatan sangat menawan di mata Reez. Dahinya yang licin. Alis matanya yang lentik. Hidungnya yang comel seperti hidung beruang, dan bibirnya yang mungil.

Sofea memeluk tubuhnya yang menggigil sambil duduk di atas bangku panjang bersebelahan Reez.

“Kenapa?” tanya Reez. Anak matanya bersinar pada ketika menatap Sofea dalam-dalam.

Sofea menoleh. Terpaku dia saat bertentangan mata dengan Reez. Apasal dia tengok aku macam tu? Tidak pernah selama ini Reez melemparkan pandangan seperti buaya darat kepadanya.

“Sejuk,” ujar Sofea sambil cepat-cepat melarikan anak matanya. Muka Sofea terasa panas. Pipi merona merah. Jantung berdegup laju seperti sedang berlari.

“Kalau Sofea tak kisah abang boleh je...” Reez rapatkan diri duduk di sebelah Sofea.

Hampir terloncat Sofea gara-gara Reez duduk rapat begitu.

“... kurangkan sejuk Sofea.” Reez letakkan tangan pada bahu Sofea. Lalu ditarik Sofea ke arah dadanya. Dipeluk dengan sebelah tangan.

Terbeliak mata Sofea luas-luas. Mak aii... ini perkara baru. Sebelum ni Reez bukan macam ni.

“Sejuk lagi?” tanya Reez.
Sofea gelengkan kepala dengan laju. Kiri kanan. Kiri kanan.

“Dah kurang?” soal Reez lagi.
Sofea angguk atas bawah, atas bawah bagaikan spring.

Dalam keadaan itu, Sofea dapat dengar degupan jantung Reez. Sofea pejamkan mata. Terbuai dalam kebahagian yang tidak bertepi. Sofea dapat rasanya ubun-ubunnya diletakkan dagu oleh Reez.

πŸ’₯ free gift dah tak banyak.
print on demand(cetak atas pembayaran) πŸ’₯

No comments:

Post a Comment