KOMBO HADEE

PRE ORDER 
LAST 30 NOVEMBER. 
PRINT ON DEMAND ONLY.
Untuk order sila ..
www.wasap.my/60189666752/KomboHadee

πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
|Sinopsis| |Kombo Meena|


|Mine....Meena!|



Hadee Zulkarnain.



Lelaki tenang, menyimpan sejuta rahsia. Positif terhadap sebuah perkahwinan pilihan keluarga. Bagi Hadee, tiada istilah kahwin paksa setelah akad terlafaz.
Katanya, daripada kita ignore each other disebabkan tiada cinta, lebih baik kita cuba bina keluarga atas dasar 'halal'. Setahun, seorang baby. Kalau 2 tahun, dah dua orang baby.



Kau ingat aku kilang buat anak, Hadee? Atau aku mesin yang mana bila kau bagi arahan, aku terima tanpa membantah? Bagi Meena, sebelum melangkah jauh, serahkan segala-galanya, hati budi Hadee perlu dikhatam. Agar hidupnya tak menderita kelak.



"Sebelum I serahkan segala-galanya, mestilah ada sesi perkenalan sebulan dua. Bukan terus terjah je. Nak masuk rumah orang kena beri salam. So, I perlu tiga bulan untuk kenal you." - Meena



"Nak masuk rumah orang, tinggal bagi salam je. Tuan rumah akan buka pintu. Nak terjah you, I kena sentuh je. Bagi hint sikit. Takkan you tak nak buka pintu tetamu nak masuk? Tak pernah orang halau tetamu." - Hadee



Nakalnya Hadee, degilnya dia dalam mengambil hati, buat Meena terpaut dalam diam. Mulut kata perlu masa, tapi hati dah diserah tanpa sedar. Bila bahagia mula mengetuk pintu rumahtangga mereka, dosa semalam menghancurkan segala-galanya. Cinta yang baru berputik, layu sekelip mata. 



"I tak sangka, you manusia bertopengkan syaitan. Tak ada hati perut. Lelaki yang tak layak bergelar lelaki." - Meena.



"Bukan kerja you untuk menghitung dosa pahala I, Meena. I ada dosa, you ada dosa. Kita manusia tak pernah terlepas daripada dosa. Jangan menghukum." - Hadee.



"Seorang bapa, tak akan sesekali mengabaikan anaknya. Seorang lelaki, tak akan sesekali meranapkan hidup seorang perempuan. Dan you, bukan lelaki mahupun bapa." - Meena.



Perbuatan Hadee kali ni, tak mampu dia maafkan. Seluruh kepercayaan serta cinta, musnah ditelan dosa semalam. TAKDIR, DIA, dan HADEE...tanpa sedar telah memusnahkan CINTA.



πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
| Lelaki Milik Aku |



Badan sado, macho, serta rupa yang kacak, sepatutnya menjadi idaman wanita. Malangnya, dia turut digilai kaum sejenis. Tambahan pula, sikapnya yang tak reti bergaul dengan wanita semakin mengiakan telahan si keluarga.



"Kalau betul Dhizal bukan kaum yang dilaknat, buktikan! Kahwin dan dapatkan anak."



Dhizal buntu. Permintaan keluarga buat dia hilang arah. Kahwin? Dalam masa terdekat? Mustahil!



Tak ada jalan lain, akhirnya Dhizal nekad melamar cik setiausaha. Walau hakikatnya, antara mereka hanyalah bos dan pekerja.



"Dhia..kahwin dengan I, please.."



Dhia terngadah. Permintaan encik bos, buat dia kelu. Tambahan pula, status encik bos mengganggu fikiran.



"Bos kau tu, gay. Sebab tu dia tak pernah ada girlfriend."



Jauh di sudut hati, dia tak percaya. Mana mungkin bos yang gatal + miang + gedik itu homoseksual! Tapi, apabila melihat "adegan mesra" encik bos dan si pasangan, dia terkaku seribu bahasa.



"Jadi, betullah bos ni gay?"



"Kahwin dengan I, barulah you boleh nilaikan sama ada I gay atau tulen."



Awalnya, tawaran encik bos, ditolak mentah-mentah. Namun, bila hari berganti hari, hati mula kesian melihat Dhizal seringkali dipandang serong. Lalu, demi membuktikan "ketulenan" encik bos, Dhia akhirnya bersetuju menjadi "isteri eksperimen encik gay" walaupun dia tahu betapa besar risikonya. Hati dan hidup bakal tergadai jika Dhizal benar-benar gay.



πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒπŸ‚πŸƒ
|Dia isteri aku rupanya|
Pilihan keluarga? Kahwin paksa? TIDAK bagi Syifa Imani. Dia tak akan sesekali pertaruhkan hatinya untuk hubungan yang tak pasti.



Namun, siapa sangka, perkahwinan yang dia tolak akhirnya berlaku juga. Bukan keterpaksaan tapi, atas kerelaan hatinya sendiri. Malangnya, niat sucinya dicurigai oleh sang suami.



“Berapa mama bayar kau?” - Adi Firkash
“Dua juta. Puas hati?” - Syifa Imani



Bagi Syifa, bila namanya isteri, dia akan menjalankan tanggungjawabnya walaupun seringkali dipandang remeh oleh encik suami. Menerima segala kekurangan tanpa sedar ada cinta bertapak dalam hati. Sayangnya, belum sempat dia meluahkan perasaan itu, dugaan melanda sehingga dia terpaksa mengundurkan diri.



Dan bila tiba-tiba takdir menemukan mereka semula, adakah Adi Firkash mengenalinya meskipun dia menidakkannya?



“Syifa Imani bt Dollah... awak isteri saya kan?”



“Encik salah orang. Saya bukan isteri cik. Saya belum kahwin.”



Tatkala hati dah terluka teruk, dia terpaksa menafikan walaupun secebis rindu masih bertapak. Dan kehadiran Airil Izwan secara tiba tiba semakin mengeruhkan lagi keadaan. 



“And you tell me, suami mana tak marah kalau tengok isteri dia berpeluk dengan jantan lain?? Tell me!”



Dek kerana cemburu seorang suami dan lelaki asing, dia tersepit di antara sebuah kebenaran. Mampukah Syifa Imani menerima Adi Firkash setelah dia dibuang bagaikan kain buruk. Dihalau tanpa melihat seraut wajahnya? Masih wujudkah kemaafan buat encik suami setelah hati hancur berkecai?


No comments:

Post a Comment