Kombo KUCH-KUCH HATIKU
CATATAN CINTA BUAT DR.LUQMAN -#Sophilea (sekuel #NotaBuatCempaka)
DI MIHRAB TAKDIR - #YattAhmad
CATATAN CINTA BUAT DR.LUQMAN -#Sophilea (sekuel #NotaBuatCempaka)
DI MIHRAB TAKDIR - #YattAhmad
๐๐๐๐๐๐๐๐
(sequel NOTA BUAT CEMPAKA)
Bukan mudah untuk aku menolak rasa yang mula menyinggah
Bukan mudah untuk aku menepis suara yang berbisik rindu
Bukan mudah untuk aku hilangkan namamu dari hati
Tak mudah dan payah untuk aku lakukan nya- Dian Tihani
Luqman,
Biar datang seribu Luqman aku tetap Cempaka yang dulu yang hanya menyintai seorang Luqman Harith.
Luqman… masa menguatkan cinta kita, menganugerahkan kasih yang semakin kuat dan erat aku Cuma mahu kamu sebagai pelindungku
Aku Cuma mahu kamu yang menemani malam-malam ku
Aku mahu bina cinta kita sehingga syurga
Aku mahu kamu tetap menjadi imamku di dunia yang abadi nanti…
Abang…Cempaka menyintai abang sehingga hujung nyawa.-cempaka Elina.
๐๐๐๐๐๐๐๐
BERSEMUKA dengan Adam bukan hal mudah. Puas Hana cuba membuang egonya semata-mata demi sebuah kamera.
“Doktor…” Adam menoleh. Dia sedang berdepan dengan seorang perempuan yang membawa kanak-kanak sakit. Dan kanak-kanak itu sedang merengek tidak selesa.
“Tolong saya di sini.” Hana akur. Semua sedang sibuk, kurang ajar sangatlah dia mementingkan kemera mendahului rasa kemanusiaan.
“Doktor nak saya buat apa?” Adam menunjukkan ke arah glove dan beberapa peralatan lain.
“Pakai itu dulu, baru sentuh benda lain.” Sekali lagi Hana akur.
Sejam…dua jam lalu membawa sehingga ke petang. Rupa-rupanya pesakit bertali arus. Penat! Hana benar-benar letih. Menjelang malam, barulah mereka kembali semula ke khemah sukarelawan Malaysia.
Hana duduk bersandar di dinding pick-up yang membawa mereka pulang.
“Letih?” Hana angguk. Hanif menyedut kreteknya lagi. Hana sedikit rimas. Tapi Hanif sajalah yang paling rapat dengannya.
Hana hanya tersedar bila bahunya ditunjal-tunjal. Ketika itu cuaca mulai gerimis. Terpisat-pisat dia mengelap wajahnya yang basah.
“Kenapa berhenti? Kereta habis minyak ke?” Hana menyoal tanpa menyedari lelaki yang berada diluar pick-up mereka.
“Pindah ke depan.” Adam mengarahkannya.
“Eh, tak mengapalah.”
“Pindah sajalah!” Hana menjeling Hanif. Hana segera bangun. ‘Takkan nak langkah orang ni.’ Hana menjeling ke arah beberapa sukarelawan lain yang lena berbaring walaupun gerimis.
“Turunlah!” Hana geram bila Adam meninggikan suara. Mahu tidak mahu dia ambil keputusan untuk melompat saja.
“Ouchhh!” Kepalang geramnya bila dia dibiarkan berdebuk di atas tanah. Cepat-cepat Hana bangun lalu bergegas ke depan. Tidak rela dia terus malu di hadapan Hanif dan Adam. Jatuh saham!
“Suka sangat berhimpit dengan lelaki di belakang tu.” Tiba-tiba sahaja Adam ‘menyerang’ sebaik sahaja di masuk ke bahagian pemandu.
“Kenapa tak sambut saya?”
“Oh, rupanya awak bajet saya nak sambut awak?” Adam ketawa kecil. Sinis.
“Lelaki budiman takkan biarkan perempuan jatuh.”
“Aku lelaki beriman. Apa gunanya budiman kalau tak tahu pasal dosa dan pahala.” Pedih! Hana rasa tertusuk. Dia terus berdiam.
“Mulai esok dan sampai bila-bila selagi kau di sini, naik di sini. Dengan aku.” Wah! Adam mula beri arahan.
“Suka hati akulah nak naik dengan siapa!”
“Baik, kalau kau nak charge kamera ke handhone ke jangan cari aku.”
Kejamnya Adam!
Hujan semakin lebat. Hana sempat menoleh dan melihat mereka melalui kaca di dinding yang memisahkan mereka. Masing-masing menutup kepala dengan baju. Hana kasihan.
email : mybizsantaishop@gmail.com
No comments:
Post a Comment