DARJAT CINTA ~ DILLA AHMAD

PROMOSI NOVEMBER POSLAJU PERCUMA
RM24 SM / RM27 SS
Melangkah saja masuk ke atas rumah, Amanda sudah ternampak beg pakaian dan baju-bajunya sudah dilonggokan di ruang tamu. Amanda menelan liur.

"Emak nak kau keluar dari rumah ni dan jangan balik ke sini lagi. Mak tak ada anak yang kotor macam engkau ni."mendatar nada suara Mak Dijah, tanpa memandang Amanda.

"Emak..."

"Sanggup kau tipu mak, Zara. Selama ni mak makan hasil dari duit haram kau tu ya?" Suara Mak Dijah sudah bergetar. Laju Amanda menggeleng. Menafikan.

"Tak, mak. Zara buat dua kerja untuk menampung hidup emak dan untuk bayar hutang Pak Majid sial tu!"

"Kau lagi sial dari dia. Kau tak fikir ke bila buat kerja jadi pelayan tu maruah kau tu sudah ditapak kaki rendahnya? Kau tak fikirkan emak dan Jihan ke hah? Siapa Datuk tu? Datuk mana yang jaga kau ni? Apa yang kau buat sebenarnya?" Mak Dijah sudah tidak mampu mengawal perasaannya. Amarah semakin berselirat dalam hati.

Laju kepala Amanda menggeleng. Itu semua tidak benar.

"Zara buat semua ni sebab nak tolong mak. Emak yang cakap duit asyik tak cukup. Zara buat semua ni sebab emak. Zara tak mahu emak kena pukul lagi. Kena sepak terajang dengan lelaki jahanam tu. Emak yang manjakan sangat Pak Majid tu. Beri apa saja yang dia nak. Emak kangsung tak fikirkan pasal Zara dekat sana tu. Zara makan ke, sakit ke. Emak tak pernah bertanya. Emak tak pernah ambil tahu kerja Zara. Semuanya sebab emak sayangkan lelaki tak guna tu!"

Melayang tamparan hinggap ke pipinya. Pedih dan perit. Ini yang dia dapat setelah mengorbankan masa depannya. Air mata dipipi dibiarkan saja. Redup mata Amanda merenung wajah emak yang sedang menyinga itu.

"Aku nak kau keluar dari rumah aku ni. Jangan kau jejakkan kaki ke rumah ni lagi. Aku tak ada anak yang kotor macam kau. Pergi berambus!" Jerit Mak Dijah.

Buat beberapa ketika dia terpaku disitu. Hanya mata saja yang merenung wajah perempuan yang sangat dia sayang. Perempuan yang bersusah payah, bertarung nyawa melahirkannya ke dunia. Kalau hendak difikirkan apa yang dia lakukan pada emak, apalah sangat. Amanda mengeluh lemah

No comments:

Post a Comment