Tuan Danial ~ Azizah Ami


BAKAL ADAPTASI DRAMA
REPRINT COVER BARU DAN ADA TAMBAHAN CERITA
RM24 SM / RM27 SS
poslaju rm8
SEPINGGAN kek minyak yang baru dipotong diletak dihadapan Tuan Danial dengan perasaan bangga. Tuan Danial meletak alat kawalan jauh televisyen di atas meja dan tersenyum memandang Is. Kepala Is dilurutnya. Is tergamam.

“Terima kasih” ucap Tuan Danial dan Is masih lagi tergamam. Tak mampu untuk membalas ucapan terima kasih Tuan Danial kerana sewaktu tangan lelaki itu singgah di kepala dan melurut lembut akan rambutnya, ada satu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata – kata. Waktu itu Is rasa dia adalah wanita paling istimewa di mata Tuan Danial.
“Is yang buat kek ni?” Tuan Danial menyuap kek itu ke dalam mulutnya. Is mengangguk. Menunggu reaksi selanjutnya daripada Tuan Danial.
“Sedap” mata Tuan Danial tertancap terus ke dalam anak mata Is dan segera Is menundukkan pandangannya. Tuan Danial senyum mengulum dan mendekatkan bibirnya ke telinga Is.
“Terasa macam air tangan seorang isteri buat suaminya”
“Mengada – ngada” balas Is
Tuan Danial senyum panjang. Dia berdiri dan meninggalkan Is di situ dalam keadaan tidak tahu nak buat apa. Nak melompat ketara benar gatal dan terujanya. Lebih baik Is duduk diam-diam. Hanya senyuman yang menghiasi bibirnya.



NELL memberhentikan keretanya di hadapan rumah Tuan Hashim. Kak Hasnah yang menyedarinya terus mencuit bahu Is yang sedang leka memotong bawang di atas meja. Kakinya mengekori langkah Kak Hasnah ke bingkai tingkap. Membesar bola matanya saat Nell menyerahkan satu bungkusan buat Tuan Danial yang turut berada di situ.
“Kak Hasnah, Is pergi intai kat balik jemuranlah ye?”
“Jangan sampai jatuh longkang sudah. Besar longkang tu, Is” peringatan buatnya dibalas dengan anggukan tanda faham. Perlahan-lahan kakinya menghampiri tembok rumah. Tubuhnya yang tidak besar mana itu disandarkan ke dinding tembok dengan kaki yang menahan tubuhnya di tepi longkang.
“Susah-susah sahaja. Saya dah makan sarapan pun” Tuan Danial nampaknya menolak pemberian Nell. Lebar senyuman Is.
“Tapi ini sandwich sambal tumis ikan bilis yang awak suka dulu tu” terang Nell dan masih lagi menghulurkan bungkusan itu pada Tuan Danial. Entah mengapa mudah sekali tangan Tuan Danial menyambutnya. Sudah lama dia tidak makan sandwich sambal tumis ikan bilis daripada air tangan Nell yang sememangnya lazat itu. Is menghentak kakinya tetapi sebaik sahaja dia ingin berlalu, kakinya tidak mampu melepasi longkang besar itu dan dia terjatuh ke dalamnya. Nell sudah pun pergi tetapi Tuan Danial masih di situ. Dia mengamati satu suara meminta tolong dari dalam kawasan rumahnya.
“Is!” Kak Hasnah menjerit dan berlari mendapatkan Is yang mengaduh kesakitan di dalam longkang. Tuan Danial berlari hingga sandwich di tangannya terjatuh tanpa dia sedari. Tuan Danial melutut. Tidak kisah seluarnya kotor asalkan dapat membantu Is keluar daripada situ.
“Ni kerja dengan indah water pulak ke?” soal Tuan Danial. Is berang. Dengan bau busuk begini boleh pula dia buat main. Tangan Is dipegang dan ditarik dengan kuat hingga tubuh Is terjatuh ke atas tubuhnya. Is tergamam.
“Is...” panggil Tuan Danial.
“Hmm” jawab Is
“Berat, busuk dan sakit” sengih Tuan Danial. Cepat-cepat dia berdiri. Rambut yang sudah lencun dek air longkang itu disentuh. Dia sendiri naik geli-geleman.
“Awak tolong saya buat apa?” jeling Is. Kak Hasnah sudah ketawa terbahak-bahak.
“Sayang” jawapan ringkas itu tidak mendapat hadiah sekuntum senyuman sebaliknya hanya jelingan tajam.
“Sebab sayang?” nampak benar curiga Is pada Tuan Danial.
“Habis, sebab apa? Kalau tak sayang, memang saya biarkan saja awak dalam longkang tu. Peram jadi pekasam. Kejap, apa yang awak buat sampai terjatuh dalam longkang tu Is?”
“Erk...” nak jawab apa?. Takkan nak beritahu Tuan Danial yang dia mengintai Tuan Danial dan Nell di sebalik tembok itu dan seterusnya terjatuh ke dalam longkang tanpa rela? Habislah saham dia.
“Kenapa?” Tuan Danial masih lagi menyoal.
“Tak ada apa, memang hobi saya lepak dalam longkang. Ada masalah? Kalau tak ada masalah, diam saja” Is menapak pergi tetapi terhenti pula di hadapan pintu dapur.
“Kalau setakat sandwich sambal tumis tu, cicit saya pun tahu buat”
“ Cicit kita, sayang” Tuan Danial kenyit mata.
“ Lain kali teruskanlah hobi berfaedah ni ya, sayang?. Habis baju Abang Danial kena air longkang. Rasa macam nak potong gaji sayang tu saja” perli Tuan Danial terus menerus.
“Cicit ayam!” Is masuk ke dalam rumah untuk mandi dan menyental kulitnya sehingga wangi. Tak berbaloi sungguh kerja intai-mengintai ni. Kak Hasnah dan Tuan Danial berbalas tawa. Memang kelakar rupa Is terjelepok dalam longkang itu tadi. 

No comments:

Post a Comment