KOMBO TRIO Mum Linz

KOMBO TRIO Mum Linz

BAKI STOK SGT TERHAD

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
MR HOT DADDY
Blurb:
Doktor duda vs Cleaner muda
Cinta mereka buat dunia jadi panas dingin

Amanda Aisyah~ Bibirnya kata benci.
"Doktor jangan cakap ayat pengasih dengan saya. Saya tak minat orang tua!"

Ilham Wazir~ Daddy hot yang perasan muda.
"Cik Amanda Aisyah, Awak tahu tak apa orang tua ni mampu buat. Jangan cabar saya!"

Ilham Tidak pernah membayangkan gadis cantik yang tidak setaraf itu berjaya mencuri hatinya. Saban hari hatinya diuji, sepinya diladeni oleh kehadiran gadis itu yang menjadi tukang cuci hatinya. Dan hati sepi manakah yang mampu bertahan?

"Oh pleaselah doktor, jangan perasan boleh tak? segak memang segak, tapi NOT MY TASTE!

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
ABAM BEKU CIK GEDIK
Blurb:
Izzul Haq, pakar neurologi yang kecundang dalam percintaan. Baginya tanpa cinta, hidup tetap boleh diteruskan. Kepala pun tak berserabut. Dua kali gagal dalam urusan cinta membuatkan dirinya dingin, beku dengan perempuan. Cukuplah dua kali hatinya dilukai, cukuplah dua kali dia merintih kesedihan.
Kamelia Ariana pula seorang perempuan yang happy go lucky. Sentiasa ceria dan mudah tersenyum. Suka berdandan dan memakai pakaian mengikut trend terkini. Pertemuannya dengan Izzul Haq ketika menemani daddynya, membuahkan rasa cinta di hatinya. Berkali-kali ditolak tetapi Ariana tidak pernah mengaku kalah.
“You jangan perasan boleh tak? Listen here Miss Kamelia Ariana. I think I should straighforward with you. First, I tak suka you datang cari I tanpa sebab. Second, I tak suka you terpekik, terlolong jerit nama I. Lastly, please wear something properly. Sakit mata I tahu tak?" 
"You nak I jumpa you bila I ada sebab kan. I'm here, because I miss you. You tak nak I jerit nama you kuat-kuat kan, so after this, I akan panggil you dengan nada paling manja. Izzuulll Haqqq..." suara sengaja dilenggokkan. Jari mula menari-nari di atas meja, berlagak menggoda.
"And yang last tu, I janji lepas ni I akan pakai sopan sikit. Now, can we proceed to next level?" 
Dalam benci, dalam menyampah terbit rasa rindu di hati Haq. Hidup mereka mula disulami bahagia dan pelangi sebelum kecewa, kesedihan dan air mata mulai mengambil tempat. 
Badai yang melanda membuatkan mereka berfikir berkali-kali untuk meneruskan semuanya. Masih wujudkah cinta tanpa memerlukan pengorbanan? Atau sememangnya tertulis di dinding takdir untuk mereka berpisah? 
Sama-sama kita harungi kisah cinta Miss Gediks dalam menangani kedinginan MR Beku. Akankah bahagia menyinari hidup mereka?

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁
DIA LELAKI DURJANA
"Err... Tengku. Saya hauslah. Saya nak pergi ambil air dulu ya." Afrina meminta izin untuk keluar dari kelompok yang membuatnya mulai rasa rimas.
"You can go, but remember Afrina. Jangan kau cuba nak lari dari aku." Sempat lagi Farish memberi amaran keras kepada Afrina.
Afrina hanya mengangguk sekilas. Dia mengatur langkah ke sekitar ballroom sebelum berhenti di satu sudut yang berdekatan dengan susunan air. Segelas air yang berwarna hijau di atas meja dicapai Afrina dan diteguk rakus. Sakit kepalanya memandang suasana sekeliling yang seperti terkurung dengan orang-orang yang bukan setaraf dengannya. Dia tidak pandai bergaul dengan warga-warga elit yang ada di situ. Lebih-lebih lagi dengan wanita-wanita yang ada bersama mereka. 
Dari pandangan mata mereka sahaja Afrina sudah tahu yang mereka seperti tidak senang dengannya. Bimbang Afrina menggoda pasangan mereka agaknya. Sedangkan mereka tidak sedar yang pasangan mereka sendiri yang liar mata mencari mangsa baru. Seperkara lagi, walaupun suasana suram dan nampak eksklusif tetapi semua itu buat dia rasa rimas dan pening. Lebih-lebih lagi dengan pakaian yang sedikit sendat yang membaluti tubuhnya.
"Hai, Rina." Tegur seseorang dari arah belakang Afrina.
Lantas Afrina berpaling melihat siapa gerangan yang menegurnya.
"Eh, Fikri."
"Yup, it’s me. Buat apa kat sini sorang-sorang?"
"Ambil air. Haus. Lagipun saya bosanlah." Rungut Afrina dengan wajah masam mencuka.
Tergelak Fikri melihat mimik muka Afrina yang sudah berkerut sambil memuncungkan bibirnya.
"Tak apa, biar saya temankan awak. Awak dah makan?"
Afrina menggeleng. Sebu perutnya melihat makanan yang terhidang di atas meja. Tak ada satu pun yang dapat menarik perhatiannya. Tekaknya hanya teringinkan ikan pekasam dan nasi putih panas-panas. Itu sudah cukup.
"Ermm... awak dah makan ke ikan pekasam yang saya hantar hari tu?"
Afrina menggeleng lagi. Mengingati ikan pekasamnya yang jatuh ke lantai tadi, hatinya dicengkam rasa sebak. Tiba-tiba saja dia rasa nak menangis.
"Eh, awak kenapa ni Rina? Saya silap cakap ke?" Fikri mula gelabah bila melihat mata Afrina sudah berkaca-kaca. Air matanya seakan menunggu masa saja mahu menitis jatuh.
"Saya tak sempat makan lagi ikan pekasam tu. Ikan pekasam tu jatuh atas lantai. Sedih tau." Luah Afrina sebak.
Terhambur ketawa Fikri, agak kuat. Kelakar dengan rungutan Afrina.
"Takkan pasal ikan pekasam pun nak menangis?" Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Telatah Afrina benar-benar mencuit hatinya. 
"Awak apa tau. Kempunan saya tau." Afrina menarik muka. Masam mencuka bila ditertawakan Fikri. Dia tengah sedih, boleh pulak si Fikri ni ketawa sampai tak ingat dunia. 
‘Dia ingat aku buat lawak ke apa?’ Matanya menjeling Fikri yang masih seronok ketawakan dia.
"Okey-okey, dahlah. Janganlah merajuk pulak. Saya minta maaf ya. Jangan risau, nanti saya suruh mak saya poskan lagi ikan pekasam tu ya. Special untuk awak." Mata Fikri melekat lama pada wajah Afrina. Di matanya, Afrina nampak comel dengan wajah cemberut sebegitu. 
Terus wajah Afrina yang mendung berubah ceria. Gembira mendengar pujukan Fikri.
"Terima kasih, awak." Ucap Afrina dengan sengihan lebar.
"Sama-sama kasih. Untuk awak, apa-apa pun boleh." Fikri mengenyitkan matanya.
Terdiam Afrina. Lain benar kata-kata Fikri kali ini. Anak matanya dikalih memandang ke arah lain, sekejap memandang ke kiri dan sekejap memandang ke kanan. Jari-jemarinya turut diramas. Sedikit gelisah bila mata Fikri masih setia pada wajahnya.
"Jom, kita pergi makan. Kalau awak tak nak makan, awak boleh temankan saya makan. Manalah tahu lepas awak tengok saya makan, awak ada selera pulak." Ajak Fikri cuba mengalih perhatian Afrina. Bukan dia tidak perasan Afrina seperti kurang selesa dengan panahan matanya. Tetapi matanya pula seakan degil, tetap juga mahu merenung Afrina yang nampak terlebih cantik hari ini. 
Afrina ukir senyuman manis. Kepalanya diangguk sedikit. Dia berjalan beriringan dengan Fikri ke meja tengah yang menghidangkan pelbagai makanan dari menu utama hinggalah ke pencuci mulut.
Fikri mencapai satu pinggan kosong dan menyenduk spaghetti. Dituang pula kuah ke atasnya.
"Awak nak jugak?"
Afrina menggeleng.
"Awak nak makan apa? Saya tolong ambilkan."
Mata Afrina meliar memandang makanan yang tersusun. 
"Err..."
"Sayang..." Tiba-tiba pinggang Afrina dirangkul dari sisi.
Terkejut Afrina hingga membulat matanya memandang Farish yang tersenyum manis di sebelahnya. Seingatnya tak pernah lagi dia nampak Farish tersenyum begitu. Lebih-lebih lagi dengan panggilan ‘sayang’ yang baru sahaja terlontar keluar dari bibir sensual Farish. Jantungnya sudah mula buat lompatan kijang, seperti mahu melompat keluar dari badan.
"Makan, bos." Pelawa Fikri dengan senyum nipis. Tetapi senyumannya nampak tidak seikhlas tadi.
"Kau makanlah, aku nak ambil girl aku pergi sana kejap." Balas Farish dan menarik pinggang Afrina rapat ke badannya.
"Jom, sayang." Ditarik tubuh Afrina supaya mengikutinya.
Afrina cuba merelaikan pelukan tangan Farish di pinggangnya. Makin dia cuba, semakin erat pula tangan sasa Farish mencengkam pinggangnya.
"Tengku, sakit. Lepaslah Tengku." Meringis Afrina menahan sakit. Tangannya menolak-nolak tangan Farish yang melingkari pinggangnya bagaikan ular sawa yang membelit mangsa.
"Shut up and follow me!" Pinggang Afrina dilepaskan tetapi tangannya mencengkam lengan Afrina pula. Ditarik menuju ke kawasan yang agak terlindung dari orang ramai.

No comments:

Post a Comment