DOUBLE BADBOYS ~ HANA EFRIENA

REPRINT VERSI BARU 
PRE ORDER SEHINGGA 31 OCT
HARGA :
KOMBO RM70 SEM / RM80 SS termasuk postage
SINGLE RM40 SEM / RM47 SS termasuk psotage

HATI TETAP CINTA (HTC)

“Rio..” Suara Dhaihani melontar perlahan. Cukup perlahan. Menyeru figura yang langsung tidak menyedari akan kehadirannya.

Rio yang baru saja hendak menolak pintu D’Novel Cafe tersentak. Kejung dia berdiri di situ.

Suara itu..

Hati Rio pula yang berdebar-debar. Senyuman di bibir Dhia mati tatkala dia menyedari akan kehadiran Dhaihani.

“Ya?” Dhia menyampuk. Berpura-pura tenang.

Mata Dhaihani terkalih pada wajah Dhia. Cantik. Cukup cantik.

Jadi disebabkan ini ke awak langsung tak ingat pada kami, Rio?

“Lelaki tu, nama dia Rio Haqil bin Datuk Haslan ke?” Lancar suara Dhaihani setelah puas dia kumpulkan keyakinan diri. Mata Dhaihani melirik pada belakang tubuh lelaki yang masih tidak mahu berkalih memandangnya. 

Tidak dapat tidak.. Dhia jatuhkan kepalanya sekali.

“Ya. You kenal dia ke?” soal Dhia teragak-agak.

Dhaihani jatuhkan kepala. Akhirnya.. setelah lima tahun baru saya dapat lihat awak kembali. Syukur padaMu, Ya Allah.

“Dia sua..”

“Dhia, masuk!” arah Rio cukup tegas. 

Dhia terpinga-pinga. Dhaihani terkedu.

Belum sempat tubuh Rio menghilang, Dhaihani sambar lengan itu. Menghalang Rio daripada berlalu.

“Bagi saya lima minit untuk bercakap dengan awak, Rio.”

“Aku tak ada urusan dengan kau.”

“Rio, tolonglah..” Dhaihani sudah mula rasa sebak. Hingga sebegini dirinya dilayan oleh suami sendiri?

Rio mendengus keras. Lengannya direntap kasar sejurus tubuh dibalikkan berhadapan dengan Dhaihani.

Melihatkan wajah Rio secara dekat begini, sungguh rindu itu bagaikan menjerit-jerit minta dileraikan. Belum sempat jemari Dhaihani hendak mengusap wajah berjambang nipis itu, 
sekali lagi tangannya ditepis kasar.

“Jauhkan diri kau daripada aku, Dhaihani Medina.” Sepatah-patah Rio ungkapkan ayat itu.

Hati Dhaihani bagaikan terhentak ke lantai. Pedih. Ngilu. Belum sempat dia hendak membalas, Rio laju saja pusingkan tubuh untuk berlalu.

“Sekurang-kurangnya jumpa Dira untuk sekejap, Rio. Dira rindukan daddy dia.”

“Aku tak pernah ada anak.”

“Allah.” Terlucut kalimah indah itu di bibir Dhaihani.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

BIAR HATI MENCINTAI (BHM)

“You buat apa menangis kat sini malam-malam macam ni?”

Pantas Nathifa bangkit berdiri. Pipi yang basah lencun disapu dengan kedua-dua belah tangan. Tanpa menjawab soalan Dhaif, Nathifa tergesa-gesa hendak berlalu. Dhaif berdecit sedikit.

“I tak suka ditinggalkan tanpa jawapan.”

Automatik tubuh Nathifa terpusing. Berdesing sekejap telinganya mendengar suara tegas lelaki itu.

“Encik tak ada kena-mengena untuk tahu apa sekalipun tentang saya.”

“Oh, really?” provok Dhaif cukup sinis. Rasa tercabar pula dia jadinya. Terus lengan Nathifa digenggam kemas sebelum tubuh itu dihimpit pada sisi keretanya.

Mata Nathifa terbuntang. Berubah pucat wajahnya dalam sekelip mata.

“You tahu kereta ni kereta siapa?”

Nathifa menggeleng lambat-lambat. Pelik juga dia dengan soalan Dhaif tu.

“Ni kereta I.”

Okey, kali ni Nathifa rasa ada baiknya kalau dia pengsan. Macam manalah dia boleh pula bertenggek menangis kat kereta mamat yang cukup menakutkan ini?

“Sa.. saya minta maaf. Lagipun, saya tak ada rosakkan apa-apa pun kan?” Gugup suara Nathifa. Dhaif lorek senyum senget di bibir.

“You should behave yourself, young lady. You dah tahu I ni jenis lelaki macam mana kan? Kenapa lepas buat salah, baru reti nak minta maaf?” Dhaif tayang muka minta penampar bertubi-tubi.

“Saya buat salah apa?” Bengang pula Nathifa jadinya. Setakat dia tumpang bersandar, tu pun nak berkira ke? Tahulah kereta mahal.

“You dah kotorkan kereta I dengan pakaian you yang berhabuk dan berbau.”

What the..

Mata Nathifa nyaris nak terjojol keluar. Lelaki ini sedang menghinanya ke?

“Encik!”

“Move.” Satu patah perkataan sebelum tubuh Nathifa didorong ke tepi oleh tangan kekar miliknya. Mujurlah Nathifa tak jatuh tersembam.

Selamba Dhaif menapak ke pintu sebelah pemandu. Sebelum tubuh dilolos masuk, sempat lagi dia ‘basuh’ Nathifa cukup-cukup.

“Satu yang you perlu tahu tentang prinsip I. Bila I dah buat baik, you jawab serupa nak cari gaduh. Please don’t expect me to always be good and kind.”

Pintu kereta ditutup. Nathifa terlopong untuk seketika. Hilang rasa sedih sebab tak dapat nak balik ke rumah gara-gara kehabisan wang, timbul rasa bengang dengan perangai lelaki yang langsung dia tak tahu nama itu.

Pap! Sebiji batu yang tidak terlalu kecil disepak kuat. Dan malangnya.. sepakan Nathifa kali ni betul-betul memakan tuannya sendiri.

Street! Bunyi kereta dibrek secara mengejut. Dhaif keluar sambil hempas pintu dengan kasar. Belakang cermin yang dah mula retak direnung sebal.

Oh, Tuhan. Apa kau buat, Thifa? Lari. Lari. 

Akal waras cuba hendak menyedarkan dia yang masih kebingungan. 

“Berhenti di mana you sedang berdiri sekarang juga!”

Yang aneh, kaki Nathifa terlalu patuh pula untuk mendengar kata kali ni. Gosh!

Habislah kau, Nathifa Mumtaz!

No comments:

Post a Comment