BERANI BETUL ~ Saodah Lasim

PRE ORDER
BERANI BETUL

HARGA RM22 SM / RM25 SS
postage RM8 SM / RM12 SS
Dari penulis novel Sayang Scarlet (genre thriller psiko) dan Diari Dajal (seram, paranormal, yang tidak biasa), kini Saodah Hj Lasim muncul dengan Betul Berani. Novel terbitan CK Publication. Kali ini disertai oleh kawan-kawan iaitu Monalita Mansor, Muhamad Fazrin dan Deana April.
😃Novel yang harus ditambah dalam koleksi bahan bacaan anda😃
---
🍁Terdapat 8 buah cerpen karya Monalita Mansor, Muhamad Fazrin, Deana April dan Saodah Lasim.
- Tembikai - Simbol - Tembelang - Bilik - Dosa - Belantan - Hantu - Gelap. Dan 1 cerpen bonus dari Saodah Lasim 👉 menjadikan 9 semuanya!
Tempah segera. Cetakan terhad.
~ Gelap ~
“Ooi Abang Jamil! Baru nak balik ke?” Tiba-tiba dia menegur seorang pekerja yang dikenalinya. Tangan kanannya diangkat dan dia tersengih-sengih memandang ke satu arah. Kawasan di situ gelap gelita dan hanya tempat mereka makan sahaja yang diterangi lampu.
Mahesh yang baru menghabiskan air tehnya bertanya, “Kau nampak Abang Jamil?”
Dia mengangguk dan menyuap lagi nasi ke mulutnya. Dia memang lambat apabila tiba bab makan tetapi cekap bekerja.
Cepat-cepat Mahesh mengambil lampu suluh dan menyuluh ke situ. Dia menyuluh ke sana ke sini tetapi tiada sesiapa kelihatan.
“Kau cakap baik-baik. Abang Jamil dah balik tadi pukul 6.00, aku sendiri yang nampak.”
“Aiyoyo! Tadi tu siapa?”
“Manalah aku tau!”
"Mungkin dia baru balik dari surau?”
“Bro, mana ada surau sini floor? Surau di floor LGlah. Lagipun orang Islam sembahyang tadi, dalam pukul 9.00. Itupun semua dah balik dah. Pukul 11.00 ni time orang tidur. Kita dua saja ada sini tempat!!!” 😮😱👻😈

No comments:

Post a Comment