MY LOVELY MAI

BAKI STOK TERHAD!
HARGA RM30 SEM / RM33 SS
postage RM8 SEM /ss
Menikahi wanita lain, mencintai pula wanita lain. Yang manis manja, yang dukalara, yang romantis bicara semuanya terhimpun dalam naskah ini.“Beri aku masuk bilik kau Mai. Kau nak orang nampak aku dekat luar bilik kau ni ke?” Sekuat tenaga Faris menolak daun pintu itu hingga terbuka lebar.
“Pergi balik ke bilik awaklah. Jangan ganggu saya boleh tak!
Awak nak dengar saya menjerit ke, biar semua orang terbangun.” Tak terdaya Maizatul untuk menghalang perbuatan Faris itu. Faris mengunci pintu. Pantas sahaja tangannya menangkap lengan Maizatul yang memukul dan menolak tubuhnya. Meronta-ronta Maizatul cuba melepaskan dirinya daripada pegangan Faris. Esakan Maizatul mula kedengaran. Mengigil dia menahan tangisannya. Sampai hati Faris buat dia macam tu.
“Mai…” Lembut sahaja suara Faris menyeru nama Maizatul. Tubuh Maizatul dipeluk erat. Tersentuh hatinya mendengarkan tangisan sayu Maizatul. ‘Apa yang aku dah buat pada Mai ni?’ Sikap tidak ambil peduli yang ditunjukkan oleh Maizatul sejak beberapa hari yang lalu buat hati Faris terasa.
“Abang minta maaf… .” Terdongak terus wajah Maizatul.
Matanya berlawan pandang dengan anak mata Faris. Abang?
“Maafkan abang, Mai… .” Semakin laju air mata Maizatul mengalir di pipinya. Pelukan Faris dibalas erat. Tudung di kepala Maizatul, Faris tanggalkan. Rambut panjang Maizatul diurai dan dibelai perlahan-lahan. Haruman rambut Maizatul dihidu panjang. Rindu sungguh Faris dengan bau harum itu.
“Kenapa awak buat saya macam ni? Awak jahat! Sampai hati awak… .” Kata-kata bersulam tangis Maizatul hamburkan. Pelukan Faris, Maizatul rengangkan. Tubuh lesunya dilabuhkan di atas katil. Berdenyut-denyut kepala jadinya. Kepala direbahkan di atas bantal. Kelopak mata dipejamkan. Letihnya mengharungi kehidupan yang sebegini. Bergegar badan menahan tangisan daripada meletus dengan lebih kuat lagi.
**************************BLURB:Siapa yang tak panas hati kalau di tuduh cuba merosakkan anak dara orang.Sudahlah begitu, kena paksa menikah dengan orang yang dia tak cinta pulak tu, Mana tak meletup gunung berapi dalam dada Faris Farhan. Dia balik ke kampung sebab nak bercuti, bukannya nak beristeri! Lagipun dia sudah ada pilihan sendiri.
“Kau ingt aku hndak sgt ke khwin dgn engkau?”~ Maizatul Akmar
Trpksa & dipaksa,perintah org tua tdk boleh dipndang sbelah mata.Faris mmbawa Maizatul blk ke Kuching.Pahit manis,tangis tawa mnjdi rencah dlm brumah tangga.Dripada bnci mnjdi suka. Baru hndak mngecap bhagia,Faris Farhan mnceraikn Maizatul krana jnji kpda kekasihnya msti dikota.
Lima thun kmudian mreka brjmpa smula.Faris mnjdi pensyarah kpda Maizatul di IPG.Huru hara jdinya hdup Maizatul bila Faris sering mngnggu Maizatul spaya rujuk smula dgnnya.Jantan gila talak. Itu yg Maizatul gelarkn Faris.
Ktika mnanti tawarn utk dihntr brkhidmat di sekolah, Maizatul bkerja smntara di pejabat sbgai pmbntu setiausaha.Masalh lain pula yg timbul bila Firhan Haqim Al-Bakri,Mr. COO yg dipnggil Mr. choo choo train pula trpikat dgn Maizatul.Pening kepala Maizatul dgn kerenh lelaki 2F itu, Faris dan
“I love you my lovely Mai…”
Siapakh yg mnjdi pilihn Maizatul?
Faris Farhan yg tdk sudah2 dgn pujuk rayunya atau Firhan Haqim Al-Bakri yg suka mnggoda dgn ayat2 sengalnya.

No comments:

Post a Comment