DESTINY ~ Lana Sophillea

RM26.00 /RM29.00
postage rm8 sem / rm12.00 ss
“Fattah jadikan Yana bahan pertaruhan Fattah?” Yana pandang Fattah dalam-dalam. Sungguh dia tak sangka. Dia rupanya hanyalah bahan pertaruhan antara lelaki. Terasa seperti hubungan yang mereka jalinkan saat itu adalah pertaruhan semata-mata juga. Terasa seperti seorang perempuan yang tidak ada maruah. Murah.
“How could you?!” Teriaknya kuat, sudah tidak
kisah dengan keadaan sekeliling yang tiba-tiba senyap, mengalihkan kepala memandang mereka dengan persoalan dan berbisik sesama sendiri.
“Yana, tak! Bukan! No, Yana. Please, jangan
salah sangka...” hilang kata-katanya melihat air mata
bergenang di tubir mata Yana. Damn it! Fattah tarik
nafas panjang. Ah!!! Apa aku dah buat? Kenapa tiba-
tiba aku yang menjadi pesalah dalam hal ini?
Yana senyum sinis.
“Jangan salah sangka? You‟re so full of lies,
Fattah!” Tanpa berfikir panjang, dia berlari pantas,
keluar dari dalam dewan hotel tersebut.
Fattah mengejar dan berteriak memanggil
nama Yana berulang kali tetapi gagal. Dia tidak tahu
Yana boleh berlari begitu laju dengan keadaan emosi
yang tidak stabil. Yana terus masuk ke dalam keretanya.
Mengunci dan terus meninggalkan tempat itu. Kini
barulah dia tahu mengapa Fattah beria-ia mendapatkan
dirinya. Dia hanyalah bahan taruhan. Tidak lebih, tidak
kurang. Malangnya, dia telah masuk ke dalam perangkap Fattah.
Kecewa. Dia telah berikan satu-satunya perasaan yang tidak pernah diberi kepada mana-mana lelaki. Dia sedar apa yang tinggal kini hanyalah sisa-sisa cinta. Ia adalah penyesalan yang dia takkan mampu untuk perbaiki. Airmatanya mengalir laju tanpa henti.
Fattah masuk semula ke dalam dewan. Semua mata memandangnya sambil berbisik sesama sendiri meskipun tidak tahu hujung pangkal cerita. Dia mendekati Faiz dan mencekak kolar baju lelaki tersebut.
“Thanks, thanks sangat! Aku harap kau puas
hati. Jangan sampai aku nampak muka kau lagi lepas
ni!” dan dia memberi sebiji tumbukan pada pipi lelaki
itu hingga Faiz terjelepok jatuh.
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment