MELASTIK KE HATIMU

HARGA RM26 SM / RM29
postage RM8 SEM / RM12 SS

TEASER

“Coconut shake yang awak kisahkan. Suami awak kena langgar ni, awak tak kisah pula.” 

“Yang Encik Ziyyad tak tengok kiri kanan dulu masa melintas tu dah kenapa? Nasib baik motosikal, kalau kereta tak pasal-pasal saya jadi janda,” sempat Haura mengusik. Masa tu dia dah nampak muka suaminya berubah. Kasar sangat agaknya gurauan aku.

“Sakit lagi tak?” Cepat-cepat Haura tukar topik. Kesian sungguh dia tengok keadaan lelaki ini. 

Nasib baik sikit saja kesan luka pada bahagian muka. Kalau tak, hilang kekacakan suami aku ni. Haura gelak dalam hati. Suami aku? Macam pelik pula ayat tu.

“Awak dah sapukan ubat, mestilah okey. Sayang juga awak pada saya,” senyum Ziyyad. Dia suka dengan sentuhan lembut daripada isterinya itu.

“Jangan nak perasan! Oh ya, lelaki yang langgar Encik Ziyyad tadi macam mana?” 
Baru Haura teringat tentang motosikal yang melanggar suaminya tadi. Kata orang yang menyaksikan kejadian itu, penunggang motosikal itu adalah seorang lelaki. Kalau aku dapatlah lelaki tu, memang aku penyek-penyekkan dia sampai jadi lempeng. Berani dia langgar ‘budak’ handsome aku!

“Macam mana apa, larilah,” ringkas jawapan Ziyyad sambil meneliti luka pada lengannya. Mula terasa pedih bila ubat gamat meresap ke dalam lukanya. Harap-harap tak semakin teruklah.

“Encik Ziyyad nak apa-apa tak?” Perkakas untuk merawat luka dimasukkan ke dalam peti kecemasan sebelum bangun dari tilam suaminya.

“Kalau saya cakap saya nak awak, boleh?” Usik Ziyyad.

“Dalam sakit-sakit pun sempat nak menggatal!” Haura ketap bibir. Belum sempat dia melangkah keluar dari bilik, namanya dipanggil sekali lagi. Kepala lantas berpusing.

“Terima kasih, sayang,” ucap Ziyyad.
Dia nampak yang Haura begitu risau akan dirinya. Teringat lagi kejadian di tepi jalan petang tadi. Wanita itu beria menangis, padahal dia hanya luka sedikit sahaja. Semua orang gelakkan isterinya yang gaya seperti kucing hilang anak. Memang betul-betul kelakar.

Haura hanya menguntumkan senyuman. Laju dia atur kaki meninggalkan bilik sambil tersengih-sengih sendirian hingga ke dapur. Hatinya mula kembang semangkuk. Perkataan ‘sayang’ tu pun dah mampu buat dia di awang-awangan. 

Kenapa dengan kau ni, Haura? Tak kan kau dah jatuh cinta pada dia? Tapi kalau betul, apa salahnya. Dia suami aku dan selayaknya aku cintakan dia. 

Peti sejuk dipeluk erat sambil menyanyi-nyanyi. Tak tahu kenapa tiba-tiba gembira dia lain macam malam ini. Macam baru kena loteri pun ada. 

“Kau buat apa dengan peti sejuk tu?”

Tersentak Haura dengan teguran yang tiba-tiba itu. Kalut dia menuju ke singki.

“Ya Allah… yang kau letak ubat gamat dalam singki tu dah kenapa?” Bebel Mak Limah dengan tindakan anak keduanya itu.
Dah peluk peti sejuk, lepas tu boleh pula letak ubat gamat dalam singki. Dah tak betul agaknya anak aku ni.
Haura garu kepala yang tidak gatal. Disebabkan terlalu terkejut, semua benda jadi tak kena. Alahai Haura, apa kena dengan kau ni?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment