JANGAN TAK BALAS CINTAKU

JANGAN TAK BALAS CINTAKU ~ Zaza Qry
Harga: RM25.00 SM / RM28.00 SS
Pos: RM8sm / RM12ss

Istihana betul-betul rimas dengan bekas abang iparnya. Kubur isteri masih merah dia sudah bersetuju berkahwin. Kalau dengan orang lain, Istihana tak hairan, tapi mahu dijodohkan dengan dirinya. Mereka ingat Istihana ini barang mainan? Boleh buang jika tak suka dan simpan apabila suka?

“Isti, kenapa nak lari jauh daripada abang?” - Ilhan 
“Aisy, saya tak sukalah awak dekat dengan saya. Rimas!” - Istihana 

Selepas kahwin, Istihana buat kerja gila. Kerana rimas berdekatan dengan Ilhan yang sudah bertukar status daripada abang ipar kepada suami, Istihana menghilang. Istihana larikan diri! 

Selepas tiga tahun, Istihana bertemu semula dengan Ilhan yang menjadi CEO di kilang tempatnya bekerja. 

“Marah, suka, bahagia atau teruja mungkin. Semua perasaan tu. Abang cakaplah kalau-kalau Isti tak tahu?” - Ilhan 
“Tak mahu kuasa dua. Sebab semua perasaan tu, saya tak ada.” - Istihana.

Istihana tak mahu kuasa dua, tapi dalam hati jantung berirama beat box saat berada dekat dengan Ilhan. Buat apa menidakkan rasa hati yang dah penuh dengan cinta? Tambahan pula Ilhan tak pernah beralih selepas mencintainya. Akhirnya cinta Ilhan, Istihana balas. 

Tapi, muncul pula si kawan baik yang terlebih sudu daripada kuah. Sameer, mahukan Ilhan kembali kepada kekasih lama iaitu, Adlin. Pelik, tapi cinta Istihana dan Ilhan tidak pernah goyah dengan sikap Sameer.

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment