KOMBO MANDATORI ~ Muna Mahira

BAKI STOK TERHAD
KOMBO MANDATORI ~ Muna Mahira
RM65sm RM70ss
termasuk postage
HARGA SINGLE RM40 SEM / RM45 SS
termasuk postage
#STOKTERHAD
#ONLINESAHAJA
SINOPSIS BIARKAN KULUPA
MATA merenung dingin pada gerangan yang baru tahu datang menjenguk. Saat aku sudah dibenarkan keluar, baru mahu menunjukkan muka. Sudah terlambat.

Untuk apa berpura-pura? Lebih baik jangan muncul langsung di hadapanku. Aku juga boleh berpura-pura yang aku hanya sebatang kara di dalam dunia ini.

“Abah tak tahu Qis dah boleh discharge.”

“Tak tahu?” soalku sinis. Bibir kupasak senyuman manis. Senyuman yang tidak sampai ke mata.

Macam mana nak tahu bila tidak langsung cuba ambil tahu?

“Abah sibuk kat syarikat, Qis,” sampuk gadis ayu di sebelah Encik Wafri. Nur Fatini!

“So?” Kujongket kening mahu mendengar alasan seterusnya yang bakal terbit dari bibir Fatini.

“Qis jangan macam ni. Waktu Qis tak sedar… abah selalu datang temankan Qis,” tambah Fatini dengan nada sayu. Cukup untuk melembutkan hati sesiapa yang mendengar.

Malangnya, tidak padaku yang terlalu kenal siapa Fatini sebenarnya. Di hadapan ramai, dialah gadis ayu yang baik budi pekerti. Di hadapanku, topeng yang dipakai tanpa silu dibuka.

Hakikatnya dia tidak perlu membuka topeng di hadapanku. Aku tidak bodoh untuk menilai karakter perempuan seperti dia. Perempuan yang lahir hasil dari hubungan yang haram!

“Doktor cakap Qis hilang ingatan. Betul ke Qis dah tak ingat Zaf?” soal Encik Wafri. Tiada nada prihatin di situ. Sekadar ingin tahu situasi sebenar. Bukannya risau tentang kesihatan seorang anak.

“Encik Wafri datang untuk apa?” soalku dingin.

“Balqis!” Tinggi suara Encik Wafri bergema di ruang bilik yang sempit. Membingitkan telinga. Marah bila si anak begitu kurang ajar dengannya.

Aku tertawa sinis. Marah? Hanya kerana aku tidak memanggilnya abah? Layakkah dia dipanggil abah sedangkan dia sendiri melayanku bagai orang asing?

Jika diikutkan hati mahu sahaja aku terus keluar dari bilik ini. Malangnya Widad belum tiba untuk menjemputku.

“Abang Zaf datang jemput Qis tak?” soal Fatini lembut menjadi pendamai. Diusap lengan si abah meredakan kemarahan lelaki veteran itu.

Aku memandang jelak lakonan di hadapan mata. Fatin anak yang cukup ‘baik’. Menyenangkan hati Encik Wafri. Dan aku tidak layak pun dianggap anak. Sentiasa buruk di mata lelaki veteran itu.

“Kenapa tanya aku? Tanyalah dia sendiri,” bidasku kasar.

“Qis… Abang Zaf kan suami Qis. Takkanlah Qis tak tahu,” tutur Fatini dengan nada cukup perlahan. Seolah aku berbuat salah dengannya.

“Suami aku? Bukan lelaki yang kau cuba goda, huh?”

“Balqis!” Kali ini lebih tinggi suara Encik Wafri membingitkan telingaku.

“Datang sini nak jerit kat patient ke?” soalku menjongket kening. Tidak rela gegendang telingaku terus didera lelaki veteran itu.

Untuk apa datang sekadar mahu menduga kesabaranku? Aku tidak perlukan keluarga begini. Aku berpeluk tubuh. Bersandar santai di katil. Memejamkan mata. Malas melayan manusia di hadapan mata.

“Kurang ajar!” deram Encik Wafri. Sakit hati dilayan seperti angin lalu. Mahu sahaja dilempang si anak yang tidak tahu menghargai kehadirannya.

“Abah,” tegur Fatini lembut. Menghalang amukan Encik Wafri.

“Tengoklah adik kamu ni. Kurang ajar betul!” Encik Wafri mendengus kasar. Tidak berpuas hati dengan layanan si anak.

“Qis tak sihat tu,” pujuk Fatini lembut.

Aku tertawa bisu mendengar bicara Fatini yang begitu prihatin. Loya tekak dengan lakonan kakak penyayang itu.

Mata terus kupejamkan. Menghalau tetamu tidak diundang keluar dari bilikku. Dahiku terasa berdenyut sakit.

Tidak lama kudengar derapan langkah mereka menjauh pergi. Aku menghela nafas lega. Kurang satu masalah.

SINOPSIS TIADA SALAHNYA
ERANGAN kecil bergema di ruang bilik yang sepi. Kening yang terlukis indah bertaut rapat. Mata yang terpejam rapat bergerak-gerak seperti ingin celik. Namun pemiliknya jelas masih enggan melihat dunia.

Jemari runcing si gadis naik ke dahi yang berdenyut tanpa henti. Terlalu sakit. Kepalanya terasa seperti mahu pecah membuatkan sekali lagi erangan kecil terletus di bibir yang pucat.

Kafil tersenyum sinis kala mendengar erangan yang mampu menimbulkan salah faham itu. Mengusik nafsu seorang lelaki.

Dia memandang sekilas gadis yang terbaring tidak bermaya di katil. Kemudian matanya kembali menilik laporan pagi yang dihantar ke emailnya.

Pagi lagi dia sudah sibuk dengan urusan syarikat. Selalunya ketika ini dia sudah masuk ke pejabat. Hari ini dia membuat pengecualian.

Memandangkan si gadis memerlukan teman, dia sengaja menanti untuk melihat sendiri reaksi di wajah itu kala membuka mata. Dan tidak lama untuk itu berlaku.

Perlahan-lahan mata si gadis terbuka luas. Terkelip-kelip seketika memandang siling putih yang nampak begitu asing.

Didi memicit dahi yang begitu hebat berdenyut. Kepalanya bagai dihempap konkrit. Sakit sangat!

Siling putih yang asing membawa memorinya kembali pada tragedi semalam. Memori yang ingin dipadam dari layar ingatan.

Dia masih sedar ketika diri dipaksa meneguk alkohol oleh lelaki-lelaki durjana yang ingin mengambil kesempatan terhadap tubuhnya. Dapat dilihat semua itu dari renungan mereka yang tidak silu menjamah tubuhnya.

Pun begitu dia tahu dia tidak dapat mengelak. Tidak dapat lari. Memikirkan hakikat itu membuatnya bingkas bangun.

Comforter yang membalut tubuh melorot turun menunjukkan realiti sebenar. Dirinya tanpa seurat benang!

Hatinya tenggelam di laut dalam. Bibir bergetar hiba. Tangan menggigil dengan kemungkinan yang berlaku.

Tak mungkin! Dia ingin menidakkan hakikat itu. Tidak sanggup memikirkan berapa ramai lelaki menjadi 'temannya' semalam.

Dia tergeleng-geleng sendiri. Mata jatuh ke tubuh yang terdedah. Membelek sebarang tanda yang menjijikkan. Tiada!
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment