JADIKAN AKU YANG TERAKHIR ~ EMAN SUFI

TERBITAN JULAI TAPI ADA EXTRA 1 LEBIHAN PESTA BUKU HARI TU

ADA YG MINAT TAK

HARGA RM33 SEM / RM40.00 SS
termasuk poslaju
Selamanya kau kucinta hingga ke syurga...
Kisah bermula apabila Deniz diarahkan oleh ayahnya, Aziz bekerja di kafe yang terletak di kawasan jauh dari Kuala Lumpur. Tanpa pengetahuan ayahnya yang bekerja di Madinah, Deniz telah bertukar tempat dengan adik tirinya, Aisyah Nadine. Sementara Aisyah menyamar sebagai dirinya, Deniz pergi ke Izmir untuk bertemu ibu kandungnya tanpa pengetahuan Aziz.
Kerana terlalu sayangkan kakak tiri, Aisyah sanggup menyamar sebagai Deniz. Dia yang merupakan graduan dalam bidang veterinar terpaksa bekerja sebagai bakeri di kafe milik Iskandar.
“Kalau untuk Deniz, bukan setakat madu... Dengan sarang kelulut, satu ladang ni abang bagi percuma... Syaratnya... Jadi isteri abang nak?” - Reyhan
“Eee... Abang Reyhan ni kan banyak sangat makan madulah ni! Cakap pun merepek aja… Orang seriuslah!” – Aisyah
Tanpa dirancang, Aisyah jatuh cinta dengan Reyhan, abang kepada Iskandar hingga dia lupa kehadirannya di kampung itu hanya sementara. Bahkan dia sendiri tidak bersedia berdepan dengan Reyhan jika identiti sebenarnya terbongkar. Sungguh dia tak berniat menipu sesiapa!
“Awak tak patut libatkan Reyhan... Apa salah dia? Awak tahu kan yang awak dah perbodohkan dia... Perasaan dia macam mana pulak? Awak ingat dia nak bertepuk tangan kalau tahu awak tipu dia? Awak bukan Deniz! Awak Aisyah...”- Iskandar
Cinta... Bukankah asasnya keikhlasan dan kejujuran? Mampukah Aisyah terus berahsia tatkala semuanya mulai berubah? Masihkah cinta Aisyah menjadi yang terakhir buat Reyhan?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

No comments:

Post a Comment