TRANSISI ~ Ku Aminah Ku Mat



Halaman M/S: 670

Harga RM26/ RM29 
Postage : RM7 / RM9
HANYA JUALAN ONLINE
SINOPSIS 
Maryam Zulekha, gadis yang sudah terbiasa membesar dalam kehidupan liar akhirnya melalui sebuah transisi apabila sesuatu telah terjadi antara dia dan kekasihnya Syah Iskandar. Peristiwa itu membuatkan corak kehidupan Mar berubah sama sekali. 

Kehadiran sahabat lama, Samihah Jazlee bagaikan anugerah terindah dan sebagai tongkat buatnya.

Mar muncul dengan ‘wajah’ baru setelah membawa diri selama dua bulan. Dilema Maryam Zulekha bertambah apabila keluarganya berhasrat mengahwinkannya dengan jejaka alim bernama Ligs Mukri yang tak dipernah dicintainya.

Dalam diam, Syakir pula menyimpan perasaan cinta terhadap Mar. Sedang dia berusaha menguatkan diri sebagai wanita yang menjaga kesucian hati, dia pula kehilangan sahabat sejati. Dituduh pula melakukan sumbang mahram dengan pensyarah sendiri.

Kuatkah dia untuk terus kekal di jalan Ilahi? Atau kembali ke alam kehidupan seperti dahulu kerana tekanan yang bertubi-tubi? Bagaimanakah pula pengakhiran kisah cinta Mar? Lig Mukri, Syah Iskandar atau Syakir yang menjadi pilihan? Apakah sebenarnya yang membuatkan dia sanggup menghadapi segala proses transisi ini?

Maryam Zulekha, mewakili jutaan hati dalam kehidupan transisi seorang gadis zaman kini.

**************************** 

"Sam, takda ubat kat dunia ni yang boleh sembuhkan aku. Seksa. Perit”- Maryam Zulekha.

“In the name of God. I cut his ears for my lovely lady.”- Syah Iskandar.

“Ummi, ummi rasa dia boleh terima Mukri ke?”- Ligs Mukri.

“Hidayah takkan datang kalau tak dicari.”- Samihah Jazlee.

“See you tomorrow, my future wife.”- Syakir Masahar.

“Ling tengoklah apa yang dia buat kat dalam bilik tu. Tertonggeng-tonggeng, tunduk bangun, cium karpet.” - Puan Suraya.

Transisi bantu kita jadi Dedaun Baru... dan jadi macam Sungai yang Mengalir..
Sejuta kisah realiti dalam novel ni. Nak tahu lebih lanjut? Jom beli sekarang!
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment