DIA YANG MENCINTAI AKU ~ Wawa Akil



PRE ORDER

RM41 SEM

RM47 SS
JUALAN ONLINE SHJ 
TIADA JUAL DI KEDAI BUKU

BULRB

Lelaki itu pernah dicintai dalam diam. Inilah lelaki yang bakal menjadi imamnya suatu hari nanti. Dia yakin lelaki itulah yang akan menemani hari-hari tuanya. Namun, belum sempat bunga-bunga cintanya mekar mewangi, dia diminta melepaskan lelaki itu.
Walaupun terluka dengan permintaan itu, Hidni terpaksa akur. Perasaan yang baru bercambah itu harus diketepikan. Lelaki bernama Aqid Rayyan perlu dilepaskan daripada hatinya. Lelaki itu bukan miliknya. Ada insan lain sudah bertakhta di hati lelaki itu.

Tiga tahun Aqid meneka dalam kesamaran. Mencari di mana silap dirinya sehingga gadis itu menghilangkan diri. Separuh dirinya hilang. Kehilangan gadis itu betul-betul membuatkan dia hilang semangat.
“Kau jangan nak seksa diri sendiri Qid. Aku tak nak hilang sahabat hanya kerana seorang wanita seperti dia tu. Tak berbaloi langsung.”- KAMARUL
Namun...
Percaturan Allah memang hebat. Saat Aqid mulai reda dengan kehilangan gadis itu, Allah menemukan mereka semula. Pertemuan yang tidak dijangka itu membuatkan jiwa lelakinya kembali resah. Ternyata rasa cinta itu masih ada. Namun, ego seorang Aqid Rayyan memang tinggi. 
“Tiga tahun saya menanti dan mengharapkan awak muncul semula. Sehingga satu ketika saya sudah berhenti untuk mengharap. Lelaki ini hilang semangat untuk hidup hanya kerana seorang wanita.”- AQID ZAYYAD
“Saya tahu saya silap kerana menghilangkan diri. Saya tak kisah awak nak salahkan saya tetapi jangan sesekali awak menyalahkan pertemuan kita. Sudah lama saya nantikan saat ini. Saat kita dipertemukan semula” - DURATTUL HIDNI
Bagi Aqid, kisah mereka sudah lama tamat tetapi bagi Hidni kisah cinta mereka baru bermula. Makin Aqid menjauh makin dekat Hidni datang. Cuma Wizran jadi penghalang antara mereka. Siapa Wizran? Siapa pilihan Hidni? Bagaimana kesudahan cinta mereka. Semuanya akan terjawab dalam Dia Yang Mencintai Aku.

atau
WhatsApp 018-9666752atau

No comments:

Post a Comment