KOMBO HOT HASH AULIA

PRE ORDER KOMBO HOT
DILANJUTKAN SEHINGGA 30 MEI 2018
RM104.00 SEM / RM115 SS
termasuk postage
Sinopsis LELAKI CIPTAANNYA
Gatal dan merenyam!
Itu yang terlintas di fikirannya tatkala pertama kali bertentang mata dengan Noah Malique. Duda yang bakal menyandang gelaran "bakal suaminya." Untuk menolak, dia tak mampu kerana ugutan mama buat dia terpaku dengan keputusan ini.

Namun, hati tak merelakan. Baginya, seorang duda adalah lelaki yang gagal memikul tanggungjawab.
"Kalau masjid pertama pun dah runtuh. Macam mana mama yakin dia boleh bina masjid kedua?" - Dian
"Mungkin kali ni I tak nak bina masjid. I cuma nak bina surau yang penuh dengan makmum. I memang failed jaga masjid I, tapi jangan risau. I masih boleh jadi imam untuk surau kecil kita. I pun terer bagi makmum kecil untuk you. Berapa ramai you nak? I boleh berikan. I'm strong man." - Noah

Dian tergamam. Jawapan daripada si duda buat dia membisu.
"Anak-anak adalah harta dunia dan akhirat. I cuma nak berikan harta yang tak ternilai kepada you. Harta akhirat you. Tak berminat ke?" - Noah

Bukan setakat ayat je yang manis, tapi siap dengan pakej senyuman dan tingkah menggoda lagi. Adakala, dia tergolek. Malangnya, ego menafikan segala-galanya.
Semakin Noah mengejar, semakin jauh dia melangkah. Tanpa sedar, setiap langkah yang dia atur, ada cinta buat encik suami. Tatkala hati mula menyedari, ada halangan yang terhidang.
Sekali lagi, Dian rebah. Kerana cinta lelaki itu, bukan miliknya lagi..

********************************
Sinopsis MR.PHILOPHOBIA
Philophobia!
Sukar untuk dia percaya bahawa lelaki depan mata, seorang yang takut bercinta. Sedangkan, kriteria si lelaki boleh masuk kategori buaya tembaga!

"I need your help, Ara. Please..normalkan balik anak aunty."

Permintaan diluar kawalan, buat Yuhara terngadah. Hilang reaksi! Mustahil, lelaki ini penghidap fobia. Dalam ragu, dia cuba melempar senyuman sebagai tanda perkenalan, namun jelingan maut yang dia dapat!

"Somkesangus!"
Gelaran pertama Yuhara berikan buat si lelaki. Sombong+Kerek+Perasan bagus =Somkesangus!
Tanpa sedar, ego mula tercabar. Lalu dia nekad untuk menerima lamaran daripada Aunty Julia tanpa mengira apa yang akan berlaku di masa depan kelak.

"Aku kahwin dengan kau, sebab bosan dengan mama membebel. Tak ada niat lain. Tapi, kalau kau ada niat lain, just forget it." - Rycarl
"Niat I cuma satu. Ajar you bercinta." - Yuhara
Rycarl terpaku. Wanita depan mata agak lain daripada yang lain.
"Kalau tak nak bercinta, mungkin kita boleh cuba untuk bermain dengan "anak-anak" kecil." - Yuhara
Yuhara sengih bersama niat terpendam. Semakin jauh lelaki itu pergi, semakin laju dia mengejar demi melunaskan sebuah impian.

Malangnya, hati mulai rasa penat apabila diri semakin tak dihargai. Dan ketika cinta mula berputik di hati Mr.Philophobia, Yuhara entah hilang entah ke mana, membawa hati yang berduka lara.

********************************
Sinopsis MR. ICEBERG (#REPRINT)
Benarlah, jodoh itu rahsia Allah S.W.T yang tak tercapai dek akal. Danina Aleesya..tak pernah terfikir akan menjadi mangsa khianat encik tunang sendiri.

Manakala, bagi Zarif Isqandar pula, tiada istilah kahwin paksa dalam hidupnya. Namun, demi maruah keluarga dia sanggup menjadi 'kambing hitam'. Berkahwin hanya untuk menyelamatkan keadaan.

'Siapa you yang sebenarnya?'

'Zarif Isqandar.'

'I tak tanya nama you!'
'I, Zarif Isqandar. Suami kepada Danina Aleesya.'
Bekunya wajah itu, dinginnya suara itu, menyukarkan dia untuk meneka apa yang ada dalam hati seorang Zarif Isqandar. Hidupnya tanpa senyuman. Jiwanya seolah-olah mati dan tak beremosi. Tapi, auranya sering buat jantung berkerja lebih masa. Dan renungan itu, tajam menusuk ke dalam hati sehingga sukar untuk dia bernafas.

'I bukan suami pilihan you. Tapi, I adalah pelindung dan penjaga you yang sah. You adalah amanat I. Suka atau tak, you kena tinggal dalam hati I sehingga akhir hayat. Titik!'

Bicara itu sedingin ais, namun auranya membelai jiwa. Tanpa sedar, yang beku itu menjadi pujaan hati. Malangnya, disaat bahagia ingin muncul,kebenciaan papa menjadi penghalang mutlak.
'Ingat, Danina! Dia cuma "kambing hitam" yang menyelamatkan keadaan! Papa tak nak keturunan perosak itu ada dalam keluarga papa!" Danina Aleesya terngadah.
Benarlah... Dalam hidup ini, kita tiada pilihan walaupun kita punya pilihan. Dan kembalinya encik tunang bersama nyawa baru, merumitkan lagi keadaan.

*200 PEMBELI TERAWAL DAPAT GIFT AND KAD RAYA.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment