MR ICEBERG ~ HASH AULIA


stok terhad ~ reprint
RM43.00SEM / RM48.00SS

TERMASUK POS

#REPRINT

MR.ICEBERG.

Yang beku itu, pujaan hati.


TEASER 1

“Kenapa you buat semua ni? Kenapa you ambil tempat Firman?”

Sekilas, Zarif Iskandar hela nafas berat. Dia sendiri pun tak jangka semua ini akan berlaku. Dia sendiri masih terkejut. Langsung tak terfikir bahawa Firman Hakim akan melarikan diri pada malam perkahwinannya. Meninggalkan Danina Aleesya seorang diri.

Dan sekali lagi, Zarif Iskandar berikan keluhan sebagai jawapan.

“Isqandar, look. Masalah tadi, bukan masalah you. Firman tak datang, tak bermakna you kena jadi galang ganti, kahwin dengan I. Bukan kerja you bersila depan tok kadi, dan salam tangan tok kadi. Tapi, kenapa you buat semua tu sedangkan I sendiri sanggup untuk menanggung malu!”

Sungguh, dia tak faham dengan lelaki bernama Zarif Isqandar ini. Mereka hanya jumpa sekali sahaja. Itupun masa Firman Hakim bawa dia pulang ke kampung. Dan, mereka tak pernah bercakap!

“Pengorbanan you, bukan menyelesaikan masalah. Tapi, menambahkan masalah pada I! I dah terikat sebagai isteri you, Zarif Isqandar!” Danina Aleesya terus menyelar sang suami.

“Kehidupan you tak akan berubah. Teruskan macam biasa.”

“Itu kata you! Bukan kata masyarakat. Bukan juga kata mama dan papa I.” Wajah diraup kasar. Tak cukup hatinya dilukai, kini dia terpaksa hadapi satu lagi masalah.

Di mana, hidup dengan lelaki yang tak pernah dia kenal dan cintai.

“Tak cukup dengan kekecewaan Firman bagi, kini kau orang pula bagi masalah.” Dia bersuara sendu. Duduk mencangkung sambil menekup wajah. Di sebalik tangan, air mata Danina Aleesya akhirnya gugur jua.

Dia dah tak boleh bertenang seperti tadi. Lakonannya sudah tamat. Skripnya sudah habis. Teresak-esak Danina Aleesya menangis. Sungguh, dia tak sangka hari yang dinantinya selama ini adalah hari yang membawa malang kepadanya.

Mama dan papa pula, tak pernah fikir soal hatinya. Apa yang mereka fikir, maruah harus dijaga. Disebabkan tak nak menanggung malu bila pengantin lelaki tak hadir, dia main cekup saja lelaki yang sesuai untuk dijadikan kambing hitam.

Dan Zarif Isqandar pula, menurut tanpa membantah.

“I minta maaf.” Suara Zarif Isqandar menyapa cuping telinga. Terasa dekat.

Lalu, Danina Aleesya turunkan tangan. Anak mata naik merenung encik suami. Pandangannya sedikit kabur memandangkan kolam matanya masih dibanjiri air jernih.

“Mak paksa I. Mama you minta tolong I untuk selamatkan keadaan.” Dia buka sila depan Danina Aleesya.

Mata bertentang mata. Hati disapa kasihan melihat wajah sembap itu. Namun, dia tak berani untuk menyentuh, apatah lagi menyeka air mata yang mengalir itu.

“You burukkan lagi keadaan.” Suaranya selang-seli dengan esak tangisan.

Cara Firman Hakim tinggalkan majlis, itu dah dikira kejam. Tapi, cara Zarif Isqandar menjadi galang ganti suaminya, itu bertambah kejam. Sebab, antara mereka tiada cinta. Macam mana dia mahu teruskan kehidupan?

Dan ini adalah kali pertama dia duduk berdepan dengan Zarif Isqandar. Berbual seperti ini. Selalunya, lelaki itu lebih pendiam. Berbekalkan wajahnya yang dingin tanpa senyuman.

Selama sepuluh minit berlalu, Zarif Isqandar hanya jadi pemerhati. Melihat Danina Aleesya menangis tanpa rasa ingin memujuk. Sekali-sekala, dengar dia menghela nafas perlahan. Kemudian, dia bingkas bangun.

“Nah..”

Danina Aleesya angkat wajah. Sehelai tisu dihulur kepadanya.

“I tak menangis,” tak tahu kenapa, jawapan itu yang keluar daripada bibirnya.

Diam sesaat. Kalau tak menangis, habis tu kenapa wajah Danina Aleesya basah? Baju pengantin pun turut terkena tempiasnya.

“Ya, tahu. I suruh you lap baju you yang basah tu. Baju sewa tu. Karang, rosak pula baju orang.”

Dan alasan paling bodoh dia berikan.
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment