KOMBO CINTA HATI ~ TERATAK

READY STOK
LIMITED PRINT ~ STOK MAKIN SUSUT
KOMBO CINTA HATI 
RM62.00 SEM / RM66 SS 
termasuk postage
HARGA SINGLE:
TAJUK : KETIKA CINTA BERBISIK KEMBALI
PENULIS : APRIL SNOW 
HARGA : RM28 [SM] / RM28 [SS]
POSTAGE : RM8 [SM] / RM12 [SS]
-
TAJUK : CINTA YANG DILUPA
PENULIS : MELL MARIANN AURORA
HARGA : RM26 [SM] / RM26 [SS]
POSTAGE : RM8 [SM] / RM12 [SS]
NO BOOKING. 

SINOPSIS
CINTA YANG DILUPA

Apa yang akan kau lakukan bila 3 tahun daripada ingatan kau hilang begitu saja?
Apa yang akan kau rasa bila kebahagiaan kau bertukar duka tanpa kau mengetahui apa sebabnya?
Apa yang akan kau buat apabila mengetahui cinta kau dikhianati namun kau masih tetap utuh mencintai?
Bagi seorang Reen, Zarul itu cinta hatinya. Dari kecil sudah bersama hingga masing-masing jatuh cinta lalu ikatan perkahwinan mengikat mereka. Kebahagiaan menjadi milik mereka untuk seketika hinggalah ujian demi ujian mula melanda. Dan kemuncaknya, Reen terlibat dalam kemalangan yang membuatkan sebahagian daripada ingatannya hilang. 
“Saya cuba nak ingat semula memori saya yang hilang.” - Reen
“Reen. Please jangan paksa diri you. I risau you sakit.”- Zarul
“Tapi saya nak tahu…” - Reen
Sejak kemalangan yang menimpa dirinya, Reen dapat merasakan hubungannya dengan Zarul tidak lagi seperti dahulu. Banyak persoalan yang timbul dan jawapannya ada dalam cebisan memorinya yang hilang.
“Please Zarul. Ceritakan dengan saya. Saya keliru bila awak dingin dengan saya. Awak layan saya seperti orang asing. Saya seperti tidak kenali awak lagi…" - Reen
“Reen… Please don't cry. Bukan sekarang. Nanti bila you dah betul-betul sihat kita bincang ya." - Zarul 
Kedinginan Zarul membimbangkan Reen. Keengganan Zarul berkongsi kisah yang hilang itu mengelirukan Reen. 
Sudah hilangkah cinta suaminya itu? Apakah sebenarnya yang terjadi hingga kemesraan antara mereka bagai sudah tidak wujud lagi? Dan mengapa... suaminya seperti mengharapkan dia tidak akan ingat kembali?

-
-
KETIKA CINTA KEMBALI BERBISIK
Setia itu tidak susah tapi payah. Kena kebal dan kalis segala macam godaan. Dan setia seorang Katleeya teruji apabila tunang tercinta bernikah senyap-senyap di belakang. Paling tak boleh blah dia sendiri yang tangkap encik tunang dan isterinya si copper blonde sedang bermesra di depan mata. Nah! Bukti TUHAN dah beri. Baik putus daripada kena tipu hidup-hidup sampai mati!

“We’re finish. Over. Full stop. No more us between you and me. Got it? I am no longer your fiancée. Kita putus. Tamat.” - Katleeya

Cinta lelaki memang dusta. Di mulut gula, di mata sempat melilau sini-sana. Dia dah tak percaya. Boleh jalan dengan cinta-cinta ni. Setia mati pun tak guna. Batalkan sahaja majlis kahwin. Habis cerita. Orang nak kutuk dan mengata pun sekejap sahaja. Bukan boleh mati! Tapi tidak si veto daddy.

“This time you will follow my way, young lady. And my decision is final.” -Tan Sri Khalid.

Daddy kotakan kata. Dipinang si lelaki yang sungguh tak disangka. Bengang punya pasal, dia selamba serbu pejabat tuan punya diri minta ditolak pinangan sang daddy. Dia tak mahu dipaksa dan terpaksa. Tapi lain yang jadi. Kenapalah boleh tersangkut hati pula ni?

“I tak ada perasaan pada you.”- Katleeya

“No problem. I’ll make sure you fall for me.”- Ahqaf

“In less then two months? Are you sure?”- Katleeya

“I think it is not that difficult to charm you. I am good at charming a woman.” - Ahqaf

Berkahwin itu mudah. Namun menjaganya sukar. Katleeya dan Ahqaf tak terkecuali. Tak terduga Katleeya, musuh tak diundang datang menghunus dendam lama. Bagaimana harus dia berdepan dengan adik ipar sendiri yang tekad mahu ‘menuntut bela’ kekecewaan dulu?

“Time for payback, Kat. Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa dulu. Rasa ditinggalkan. Ditinggalkan tanpa rasa bersalah.” - Adlina

Bahagia itu tak datang menyerah. Tanpa cabaran dan dugaan, manakan ada manisnya bahagia. Bahagia juga tak akan hadir kalau diri tak cukup kental diuji. Dan ujian yang menimpa bukan calang. Terjelepok Katleeya akhirnya. Mampukah dia bangkit semula demi sebuah cinta? Cinta yang pernah berbisik dalam jiwa.

atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment