KOMBO ALPHA ~ PENERBITAN KASEH


Assalamualaikum dan Salam Rejab.
Yang ditunggu sudah tiba!!!
Pre order KOMBO ALPHA dengan rasminya dibuka hari ini sehingga 25 April. Nak beli single pun boleh, nak beli Kombo, lagilah boleh 😘
Hangpa mai la cepat order harga Pre Order ni sebelum kembali ke harga asal.
DIA ENCIK IMAM EXPRES
“Alhamdulillah… murah rezeki abang hari
ni.” Entah apa yang dia cakap.
“Hari ni, abang dapat saksikan keindahan
yang selama ini tertutup rapi. Yang sememangnya hanya milik abang. Bidadari yang cukup cantik dengan mahkota indahnya.” Dengan ekor mata, aku nampak tangannya yang mula singgah pada helaian rambut aku yang terdedah. Salah satu mutiara berharga yang selama ini aku pertahankan dari tontonan mata-mata ajnabi, kini menjadi santapan mata dia yang bergelar suami aku.
Hampir terloncat jantung aku bila aku
rasakan satu sentuhan lembut pada ubun-ubun aku. Mata terpejam rapat menerima sentuhan itu. Hanya sekali bibirnya singgah di situ, tapi lama. Melekat.
-
-
DIA SETAJAM KAKTUS
Nama aku Ummu Aiman atau mesra digelar Iman.Aku sebatang kara yang menumpang kasih Muhammad, lelaki yang aku sayang.Memang untung dapat lelaki segak berkaca mata yang diminati ramai walau Muhammad tak segak mana pun. Mungkin sebab kaca mata membuatkan Muhammad matang dan bergaya.Tapi satu benda yang orang tak tahu mengenai dia.

Dia tak romantik. Tak apa... Aku tak kisah pun tapi dia seorang yang berhati keras. Senyumannya manis tapi harganya mengalahkan mahal sejongkong emas. Susah nak tengok! Seorang yang kepala batu. Nak aku ikut cakap dia tapi cakap aku? Tak pakai langsung! Mulut dia asid. Setajam kaktus walau itu pokok kesukaan aku. Padan sangatlah tu.

Kisah bermula bila selepas arwah abah angkat aku meninggal, aku jumpa seorang bayi yang hanya dibaluti kain batik lusuh di dalam kotak yang tertera logo sabun pencuci baju keluaran syarikat Muhammad .Fikiran dah fikir bukan-bukan. Tak sanggup aku kalau itu anak Muhammad.

Anak siapa? Ada kaitan dengan Muhammad ke? Kenapa budak ni juga diletakkan depan pintu rumah aku?

************************
Macam-macam hal berlaku pada Iman. Tapi Iman kuat walaupun dia masih muda. Nak tau kisah selanjutnya, jangan lupa masukkan dalam list PBAKL anda ya.
-
-
CINTA KARIPAP PUSING
Muiz yang cepat sentap, ngee...
Cinta Karipap Pusing - akan dtg.
Assalammualaikum & slmt mbaca.
“Umi kata apa?” soal Muiz.
“Sungguh-sungguh ke abang nak pindah ni?”
Entah berapa kali soalan itu disoalnya. Penat. Muiz ni macam budak-budak. Cepat sentap. Walhal suaminya itu yang mengajaknya tinggal dengan orang tuanya. Sekarang begitu pula keputusannya. Rasa bingung sekejap.
Lama Muiz memandang isterinya. Tangannya memegang tangan Humaira. Kemudian mengangguk.
“Tak kesian dengan umi?”
“Kesian, tapi perempuan tu...” putus kata-kata Muiz.
“Perkara kecik aje pun. Tak ada apa.”
“Kecil sayang cakap. Selama ni abang dah banyak bersabar dengan dia, tapi bila dia kait-kaitkan sayang dalam hal tu, abang memang rasa macam nak bunuh dia!” Muiz meluahkan rasa marah.
“Tak baik fikir macam tu.” Humaira menepuk paha Muiz agar lelaki itu bersabar.
Muiz menarik nafasnya dalam-dalam.
“Sebelum kita nikah, abang ada bagi tahu Maira, kita akan tinggal di rumah umi dan ayah. Abang nak jaga umi dan ayah.”
“Ya...”
“Tak kesian dengan umi?”
“Mestilah abang kesian.”
“Habis tu?”
-
-
JIKA ITU YANG TERTULIS...
Farha mengangguk-angguk. Menanti. Beg sandang yang terletak di belakang di bawa ke depan. Mencari sesuatu di dalam beg. Senyumnya melebar tatkala benda yang dicari, jumpa. Terus meletakkan ke telinga. Wayar bersambung pada telefon di tangan. Namun sebelum sempat Farha on telefon, tepukan di bahu hampir-hampir menggugurkan jantungnya. Terkejut. Cepat Farha berpaling ke belakang. Berganda terkejut. Mata Farha terbulat seketika sebelum kembali normal.

“What are you doing here, young lady?”
Suara halus itu menerjah ke telinga Farha. Halus sangat hinggakan Farha rasa suara itu membingitkan gegendang telinganya. Mata Farha turut terarah ke arah figura yang tegap berdiri di sebelah amoi jelita. Segak seperti selalu. Senyum juga seperti kebiasaannya. Ada rasa yang bertakung tidak mengalir dalam hati Farha tika ini.

“Saya nak basuh kain!” Senang jawapan itu. Senyuman Farha senget sebelah. Rasa yang bertakung tadi terus mengalir. Lega!
Amoi jelita ketawa.
“Well… you memang kelakar, kan? Ada jugak orang datang basuh kain kat cinema. I rasa better dengan you-you sekali kena dimasukkan dalam washing machine. Spin! Cuci otak sikit!” Kenyitan mata kanan diberikan. Airis tersenyum kemenangan.

‘I’m a gamer, right?’ Bisik hati Airis bersama tawa yang tidak tercetus.
Farha mula panas. Dan lebih panas lagi ialah Izzad yang hanya memerhati. Lelaki itu tidak malukah mempunyai teman wanita yang sebegini cabul mulutnya? Sengaja Farha pandang ke atas ke bawah amoi jelita. Puhhh! Seksi giler! Blause berlengan panjang tapi material kain nipis sangat. Kalau dikatakan kulit bawang itu nipis, nipis lagi jenis kain yang tersarung di tubuh amoi jelita. Mujur yang nipis dan jarang tu hanya di lengan. Kalau seluruh tubuh? Entahlah. Hati Farha mengomel-ngomel.
Farha pandang makin ke bawah. Biar betik? Skirt pendek separas peha. Si amoi jelita ni tidak rasa sejuk ke? Tahulah kulit putih melepak. Kalau semua aset nak tunjuk kepada semua orang, apa lagi yang tinggal untuk seorang suami? Eh, suami? Farha pandang pula ke arah Izzad. Kesian. Betul-betul kesian kat suami tu? Nafas ditarik panjang. Entah kenapa Farha rasa nak meraung. Namun cepat-cepat dia menelan raungan itu.

“Bagus jugak tu kakak, cuci otak! Otak saya ni pun dah lama tak bercuci. Hati pun lama tak bercuci. Rasa sakit sangat ni… agaknya kena buat rawatan susulan ataupun buat plastic surgery.” Nada geram sudah memuncak. Merah muka Farha menahan lava panas yang mengalir.

“What are you calling me? Kakak? Hei, si comot! Rasanya umur kita sebaya. You tak sepatutnya panggil I, kakak. Silap-silap haribulan. You yang lebih tua daripada I.” Kening Airis sudah terjongket. Bibirnya herot.
“Iyelah tu dengan muka kerepot macam plastik kena api.” Farha ketawa. Ketawa dan ketawa.

“Youuuuu…” Muka Airis tersimbah warna. Kelabu dan keruh. Dia tidak menyangka Farha seorang yang tidak mudah dipermainkan.

“Apa yang kecoh-kecoh ni?” Shahril tiba-tiba bersuara dari belakang.

“Abang Shah…” Cepat Farha menerpa. Dia terus menyauk lengan Shahril bersama sengihan yang melebar. Sesekali lengan Shahril diusap, lembut.

“Ehhhh…” Dengan tangan yang penuh memegang plastik, Shahril kelihatan bingung.

Shahril memandang Izzad yang tegak macam tugu yang di tongkat dengan besi. Memberi isyarat mata, bertanya. Namun Izzad mengelak pertembungan mata antara mereka. Hati Shahril sudah tergaru kepelikan. Mata memandang pula manusia paling cantik di situ. Muka jelita itu kelihatan sedikit keruh. Terjongket seketika kening Shahril. Cantik yang seksi. Dia memandang pula Farha di sisi. Sekali lagi keningnya terjongket. Nampaknya Farha ada saingan tetapi jika dinilai dari segi kecantikan, Farha sudah kalah.

“Jom Abang Shah… kita tengok cete Insidious 3.”

Ajakan Farha menyedarkan Shahril. Berkali-kali dia beristhighafar dalam hati. Nampaknya makhluk tuhan yang bernama perempuan memang dilahirkan untuk dicintai.

“Eh! Tadi kata…”

“Insidious, kan?” Farha mengelip-ngelipkan mata.
a dia tidak tahu apa yang sedang berlaku. Dengan kehadiran seorang wanita jelita. Berdiri pula bersebelahan Izzad.

“Kenapa nak tengok cerita seram macam tu?” Izzad tiba-tiba bersuara. Bertanya.

Mata Izzad sudah terarah tajam ke arah Shahril. Soalan itu memaksudkan Shahril menjawabnya.

“Seramlah best sayang… boleh peluk-peluk, kan?” Airis menyampuk. Sengaja menambah rasa. Senyumannya sudah selebar muka.

“Eh! Maaf, saya… emm… bukan saya nak tengok cerita tu. Silap-silap! Saya… emm… kami nak tengok Big Hero 6. Farha tersalah sebut tadi.” Shahril terasa peluhnya mengalir perlahan-lahan. Risau dengan situasi. Lebih-lebih lagi dia seakan nampak api yang sudah menjulang atas kepala Izzad.

“Tapi Farr nak tengok Insidious 3 laa rasanya sekarang, Abang Shah.” Farha mengelip-ngelipkan matanya lagi. Kepala sengaja dilentuk-lentukkan.

Shahril makin keliru dan resah. Dia tahu Farha sengaja.

“Tapi abang nak tengok Big Hero 6. Ada 6 hero. Abang suka
cerita ramai hero.” Shahril terpaksa bertegas.

Shahril tidak mahu ada pergaduhan di situ, antara dia dan Izzad. Hanya itulah caranya. Bertegas dengan yang tersayang. Terpaksa! Walau hati sendiri sudah separuh layu kerana kesiankan gadis idaman.

“Insidious!” Secara perlahan membentak. Farha menyatakannya lagi.

Bibir Shahril bergentar. Dia sudah kehabisan daya dengan Farha. Rasa sayangnya mengatasi sikap tegasnya.

“Tapi…” Shahril teragak-agak kini.
“Abangggg Shahhhh…” Farha bersuara lebih manja dengan menyebut nama Shahril.
“Ehhhhh!!!!” Farha terjerit kecil.
Cepat Shahril berpaling ke sisi. Mata sudah terbuntang. Terkejut. Nampaknya Izzad yang sudah dapat menahan sabar, menarik kasar lengan Farha. Pautan Farha pada lengan Shahril terlepas. Laju kaki Izzad melangkah dengan mengheret sekali Farha yang tergamam. Kaki Farha turut laju mengikut Izzad. Seberapa ketika, mereka berdua hilang di sebalik lot-lot kedai meninggalkan Airis dan Shahril yang termangu-mangu.

“Dia tinggalkan I macam tu je?” Airis bagaikan tidak percaya. Kakinya terhentak perlahan ke lantai. Geram.
“Ehemm!”

Airis berpaling dan senyumannya melebar. Hampir dia terlupakan Shahril. Lelaki itu masih memegang plastik berisi air dan popcorn. Terasa juga Airis hendak ketawa melihat lelaki di hadapan yang telah direbut teman wanitanya. Tapi kesian pula! Cepat Airis menghampiri dan memaut lengan Shahril.

“Ok… oleh kerana kita berdua telah ditinggalkan. Apa kata, kita berdua sajalah yang tengok movie. Daripada membazir air dan popcorn tu, adalah lebih afdal you kasi je kat I makan dan minum. Macam mana?” Kata-kata Airis berakhir dengan kenyitan mata. Sudah habit dia begitu.

“Sa… saya…” Shahril seakan terhenti kata-katanya.

“Tuan peguam sudah kehilangan kata-kata?” soal Airis.

“Mana awak tahu saya peguam?” Shahril tidak menjawab tapi dia pula yang menyoal.

“There is no secret can be hidden from me, Mr lawyer. You should be extra careful with me, you know? Moreover, I’m a gamer.” Airis mendabik dada. Senyuman pun sudah nampak keegoaan dirinya.

“Ok, k, k… saya tak nak menyoal dan saya tak nak jawapan. Tapi perlu ke kita menonton bersama? Saya rasa baik kita balik jelah, Cik Airis.” Shahril sudah menggaru kepala. Matanya memandang Airis.

“You nervous ke? Alaaa… janganlah macam tu. I tak makan orang pun. I hanya makan nasi je. So… macam mana? Should we?” Airis menanti. Keningnya naik. Kaki pula melangkah.

“O… o… ok!” Shahril mengangguk. Sedikit kelegaan. Mengekori si jelita.

“Saya ingat Cik Airis makan bayam.” Entah kenapa itu yang terkeluar dari mulut Shahril.

“What?” Langkah terhenti. Airis berpaling.

“Bayam… macam popeye. Kurus tapi kuat makan. Makan banyak-banyak pun tetap kurus.” Shahril sengaja tanyang sengihan.

“Macam takde kena mengena hal makan dengan I je ni. You demam rindu dekat Farha ke? Lupakan jelah dia. Now you are mine! Jom, cepat… nanti habis movie. Kita jugak yang putih mata…” Airis menyauk lengan Shahril. Terus mengheret lelaki itu mengikut langkahnya.

Namun tanpa sedar Shahril, Airis makin melebarkan senyumannya. Mentol dalam kepalanya menyala. Ternyata satu plan yang dia rancang telah berjaya. Dari hal booking restoran hinggakan mahu menonton wayang telah Farha ketahui sebenarnya.

Kenapa? Sebab Airis ‘ringan mulut’ memberitahu tentang romantic dinner yang bakal berakhir ke panggung wayang dan sepatutnya ada satu lagi tempat yang bakal dia dan Izzad pergi. Itupun jikalau mereka tidak terserempak Farha di situ. Dan paling menariknya ialah secara tiba-tiba Izzad pula hanya mengikut caranya.
‘Syabas Iz… you memang anak murid yang terbaik. Dan I pulak adalah sifu terbaik antara yang terbaik. Bonusnya pula, I sifu paling cantik!” Hati Airis turut tersenyum disebalik kata-kata yang bergema di dalam.
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment