Sekayu Cinta Dia ~ Muna Mahira


LIMITED / SPECIAL EDITION
RM50 SM/RM55 SS 

TERMASUK POSTAGE


~SEKAYU CINTA DIA~
Sesudah subuh tadi dia menghubungi lelaki itu mahu bertemu. Ditolak bulat-bulat kerana mahu ke gym. Lalu dia melangkah ke sini mencari mangsa yang mengelakkan diri.
Kaki terhenti melangkah sebaik mata mendarat pada susuk tubuh sasa yang sudah bermandi peluh. Buatnya mahu terkam sahaja. Saat lelaki itu mengangkat besi, urat-urat tersembul di tangan kekar yang nampak begitu ‘menyelerakan.
Adlina meneguk liur seperti orang lapar. Mata sengaja dikecilkan menikmati hidangan di hadapan mata.
“Wow! You look yummy,” komen Adlina selamba saat mata mereka bertemu. Lelaki itu sudah perasankan kehadirannya.
“Yummy?” soal Dzal sinis.
Siapa sebenarnya yang nampak begitu menyelerakan? Matanya tidak lepas menjamah sesusuk tubuh yang hanya dibalut dengan sweater biru gelap. Zip pula dibiarkan hingga separas dada bagai sengaja menayang tube top pink yang dipakai di dalam. Yummy!
Sudahlah hanya bergaya dengan sweater dan tube top, sepasang kaki panjang menawan milik si gadis hanya dibalut legging hitam sendat. Manalah lelaki-lelaki di dalam gym ini tidak habis-habis mencuri pandang ke arah si gadis seksi yang begitu selesa berada di kalangan lelaki-lelaki sasa tanpa rasa silu sedikit pun. Hampir gugur imannya dibuat Adlina.
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment