Pertemuan Kali Ini ~ Muna Mahira



LIMITED. TIADA DI KEDAI BUKU. 

HARGA RM50.00 SEM / RM55 SS

termasuk postage
SINOPSIS:
Aazeen terus membuntuti langkah Farzan hingga kaki mereka terhenti di hadapan bilik yang tertutup. Dia menanti Farzan memanggil penghuni bilik itu. Dadanya masih dihuni pelbagai rasa walau puas dia mencari jawapannya.
“Shaq!”
Panggilan Farzan itu menaikkan seluruh roma di tubuhnya. Bagai terkena renjatan elektrik. Nama itu tak mungkin sama. Tak mungkin! Dia salah dengar. Tak mungkin nama itu. Mungkin nama yang sama. Orang yang berbeza. Tak mungkin orang yang sama.

Dunia ini tak mungkin terlalu kecil untuk mereka bertemu begitu cepat begini. Tak mungkin. Nama itu terlalu segar di ingatan. Nama itu masih basah di bibirnya. Menghuni setiap mimpi ngerinya. Tak mungkin orang yang sama.
Saat mata jatuh pada nama yang tertera di pintu, dia tidak mampu menipu diri. Rasa yang bergolak sedari tadi rupanya naluri yang berbicara. Nalurinya dapat menangkap bahaya yang mendekat. Memberi amaran awal. Kenapa dia bodoh sangat? Tidak lari saat naluri mengeluarkan amaran bahaya. Saat ini dia terasa mahu lari. Sayangnya, kaki kejung di situ.
“Shaq, aku bawak assistant kau ni,” ucap Farzan berdiri di muka pintu bilik sahabatnya yang tampak khusyuk meneliti laporan di atas meja. Langsung tidak mengangkat wajah memandangnya.
“Sekejap aje ni. Nanti kau layanlah balik kerja kau yang tak pernah habis tu,” tingkah Farzan bengang bila tidak dipedulikan. Mendidih darahnya. Rasa mahu dihempuk sahabat seorang ini.
Ishaq meneruskan kerja bagai tidak diganggu. Kalau Farzan yang beria-ia mahu mendapatkan pembantu baru buatnya, biar Farzan sahaja yang melayan perempuan itu. Dia tak perlu ambil tahu. Buang masa. Buang tenaga. Masih banyak tugasan yang memerlukan perhatian.

“Cik Aazeen… masuk sini kejap,” ucap Farzan masuk ke dalam bilik Ishaq memberi laluan buat Aazeen menonjolkan diri.
Nama itu buat telinganya berdesing. Bagai mendengar sesuatu yang terlalu menyakitkan. Sesuatu yang buat darahnya menggelegak. Nama yang sudah terkubur tidak bernisan. Bertahun-tahun lamanya. Nama yang sepatutnya sudah tidak bisa menaikkan sebarang emosi dalam hidupnya.
“Cik Aazeen,” panggil Farzan bila gadis manis itu kaku di pintu bilik tidak berkutik. Dah jadi patung pulak. Takut sangat ke? Argh, sudah!

Lambat-lambat Aazeen menggerakkan kakinya yang terasa lembik ketika ini. Dia cuba menguatkan langkah. Dia tak boleh goyah. Tak boleh. Dia melangkah masuk. Namun matanya langsung tidak berani diangkat. Ibarat seorang pesalah yang bakal menerima hukuman gantung. Itu yang dirasakannya saat ini. Dia tak mampu mengangkat wajah.

WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment