Miss Reporter vs Mr Milionaire


PRE ORDER
🎊💃💃🎊😍😍 
pembeli terawal kombo dapat free gift metal bookmark from Korea ori.!! 
GOLD 
KALER!! BESI BUKAN BOOKMARK BIASA!! SANGAT2 LAWOO..
HANYA TERHAD 100 PEMBELI TERAWAL 
CEPAT CEPAT!! 💃🎊😍😍
KOMBO MRMM & DLJ
RM65 SEM / RM68 SS
termasuk postage

harga single tiap tajuk 
rm30 / rm33 ss
Poslaju RM8 sem / ss

TUTUP ORDER HUJUNG MAC 2017
#MissReporterVsMrMilonaire
#Randomteaser
“Aku tak nak kau interview. Aku nak kau siasat dia.”
Okey. Ini satu perkara yang menakutkan pasal Miss Zaara. Sejak aku kerja kat sini, aku perasan dia macam boleh baca fikiran orang lain. Dah tak ubah seperti Matthew Parkman dalam drama bersiri Sains Fiksyen Heroes. Lelaki yang punya kuasa telepath. Berupaya membaca fikiran orang lain hingga ke satu tahap dia dapat pula mengawal minda orang itu. Takut aku Miss Zaara kawal minda aku sebab benda baca fikiran ini dah banyak kali berlaku kat aku. Tak tahulah kalau orang lain tapi kalau aku... Ya! Salah satu daripadanya ialah... Err, macam sekarang ini! Apa hal pula nak siasat lelaki ini?
“Siasat? Untuk apa saya nak siasat dia pulak? Dia bukannya penjenayah.”
“Dia memanglah bukan penjenayah sebab tu lah aku nak kau siasat dia. Dia Millionaire yang baru diisytiharkan minggu lalu. Maknanya, benda ni masih hot topic lagi. Aku nak kau berkawan dengan dia, kenal dengan dia, tahu segala-galanya pasal dia dan akhir sekali, kau tulis tentang dia untuk edisi bulan hadapan. Kau akan buatkannya meletup like the boom! Aku akan bagi kau promotion dan usha kat bos untuk naikkan salary kau twenty percents. Of course, if you pull this off.”
Aku keluh. Benda berkaitan promotion dan kenaikan gaji kadangkala buatkan mata aku buta sikit. Yelah, aku dah kerja dalam syarikat ini lebih dua tahun setengah. Patutlah dapat promotion dan kenaikan gaji. Pekerja kat sektor awam pun naik gaji setiap tahun. Takkan aku tak? Dah banyak pengalaman sangat ketua aku ini dalam bernegosiasi. Pandai sangat dia gunakan kelemahan aku. Tapi kalau dia pandai negotiate, aku kena gunakan kelebihan dia itu juga untuk kebaikan diri aku sendiri.
“Tiga puluh percent.” Aku sengih.
“Eh, budak ni. Dah diberi betis nak peha.”
“Tiga puluh lima percents,” aku sengih, tingkatkan lagi.
“Okey fine. Thirty percent, that’s the max. I’ll try talking to boss.” Aku sengih panjang. Yes! Dengan kenaikan gaji ini, bolehlah aku cepat-cepat lunaskan hutang PTPTN dan pinjaman. Tengoklah macam mana tapi yang pastinya, dua benda itu sudah termasuk dalam perancangan kewangan aku. “Tapi kau hanya ada sebulan untuk lakukan semua ni. Edisi bulan depan mesti muka dia. Dah takde nego-nego,” tambah Miss Zaara menghilangkan lamunan perancangan kewangan aku.
“Okey, tapi macam mana saya nak kenal dengan dia?”
“Aik?” Dia kerut kening pandang aku. “Tu kau punya tau. Yang aku tau, bulan depan muka depan majalah kita mesti muka dia.” Aku kerutkan hidung. Kan best kalau aku yang berdiri di tempat dia. Boleh suruh-suruh orang bawahan sesuka hati. Guna jari telunjuk sahaja nak suruh-suruh sambil bercekak pinggang.
“Janji tetap janji. Kenaikan gaji dan promotion,” aku ingatkan dia.
“Of course! I’m a woman of my words, aren’t I?” Dia sengih.
Baiklah, aku percaya dia. Setakat ini, Miss Zaara tak pernah lagi kecewakan aku. Dengan alasan saling mempercayai itu, aku bersetuju. Seronok juga dapat atasan macam Miss Zaara, taklah stress sangat macam Iryana Fatihah Abdul Razak.
Hmm, Iryana. Iryana adalah colleague aku di jabatan lain. Hari-hari kena maki hamun oleh ketua dia, Hisham. Kadang-kadang aku kesian kat dia tapi apa yang aku boleh buat? Cakap belakang sewaktu lunch sahajalah, ye. Aku nak juga dia pindah jabatan aku tapi dia itu lebih hebat dalam kira-mengira. Maksud aku, dia hebat bahagian kewangan sebab itulah dia diletakkan dalam bahagian tersebut. Hmm, terima ajelah nasib kau ye, Yana. Oh, ya! Baru aku ingat. Dia ajak aku makan tengah hari ini sesama. Mesti ada benda nak lapor kat aku. Tadah telinga dah jadi sebahagian dari kerja aku kat sini. Bezanya, bahagian ini aku tak dibayar gaji.
“Kalau saya tak dapat buat, macam mana?” Aku soal Miss Zaara, sengaja menduga dia. Aku suka duga dia, bagi dia sakit jantung sikit sebab dia suka suruh aku macam ma’am.
“Takde guna syarikat gajikan kau kalau benda kecil macam tu pun tak boleh buat.”
Dia Lelaki Durjana - Mum Linz
Muzik yang diputar DJ membuatkan telinga wanita yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke kelab malam Zouk itu berdengung. Rasa menyesal timbul bila dia ikutkan idea bodoh kawan satu pejabatnya, Zaidah yang memberitahu dia akan bertemu jodoh dengan orang kaya di kelab malam Zouk.
Dan dialah Afrina Zuhaira. Usianya sudak menginjak ke angka 30 tahun dan dia masih belum pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Sifat pemalunya membuatkan pergaulan dia dengan lelaki terbatas. Disebabkan terdesak untuk mencari calon suami dan mengelakkan dari dikata anak dara tak laku, dia jejakkan kaki ke tempat yang paling digeruninya.
Matanya meliar di sekeliling club. Kepala digeleng-geleng melihat satu pasangan yang berciuman tanpa menghiraukan mata yang memandang. Anak mata dikalih ke arah lain pula.
Matanya kini tertumpu pada lantai tari. Begitu ramai pasangan melayu yang berpelukan dan tangan si lelaki sibuk meraba badan wanita tanpa ada rasa malu. Sekali lagi Afrina mengalih pandangan. Nafas ditarik panjang.
"Idah.. jom balik. Aku rasa lemas lah duk sini lama-lama." Lengan kawannya disebelah dipaut.
"Alah.. kita baru sampai 10 minit kot. Punggung pun tak panas lagi. Rilekslah. Kau tengok-tengok dulu. Cuci mata. Ramai kan lelaki kacak kat sini." Zaidah angkat-angkat kening.
"Tak naklah. Aku tak selesa. Sini bukan tempat aku." Pantas Afrina bangkit. Badan dipusing ke belakang dan tanpa sengaja dia terlanggar batang tubuh kekar di depannya yang membawa segelas coke di tangan .
"Shit!" Gumam si lelaki dan mengibas bajunya yang basah, kesan dari air coke tumpah. Sapu tangan dari dalam poket seluarnya dikeluarkan dan dilap ke bahagian bajunya yang basah. Wajahnya masih ditunduk ke bawah, menilik kesan air coke di bajunya.
"Maaf encik. Saya.. saya tak sengaja." Tergagap-gagap suara Afrina. Takut bila lelaki di depannya masih mengelap bajunya.
"Maafkan kawan saya encik." Ujar Zaidah pula dan berdiri di sebelah Afrina.
Lelaki itu memanggung kepala. Matanya memanah tajam pada wajah Afrina. Keningnya berkerut. Afrina dipandang dari atas hingga ke bawah.
Dupp..
Afrina bagaikan terpukau melihat wajah lelaki itu. Wajahnya yang bersegi dengan bulu-bulu halus yang meliar tumbuh dirahangnya. Dihiasi pula dengan bola mata yang berwarna kelabu, mampu membuatkan wanita tidak berkelip mata memandang ke arahnya termasuklah Afrina dan Zaidah.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment