SEPERTI ADA CINTA ~ HEZZY AZRA

RM40.00 SEM / RM43.00 SS
termasuk poslaju
“Kenapa kita kena tengok movie tengah-tengah minggu macam ni? Why can’t we wait until weekends? Esok kan kerja?” Farra keberatan. Kalau sudah menonton wayang selama dua jam, pasti mereka akan lewat pulang ke rumah. Lagipun, dia tidak ada mood untuk sebarang filem bila tidak sedap badan begini.
“Oh dear Farra… what’s wrong with you?” Ilhan pelik bila Farra banyak sangat soalan. Selama ini, tidak pernah pula Farra menolak bila diajak menonton wayang tidak kira masa dan hari.
Farra terdiam. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa hatinya rasa panas sahaja dengan Ilhan hari ini. Sedangkan sebelum ini, dia ternanti-nanti untuk bertemu tunangnya itu. Bila berjumpa, ada sahaja pula yang tidak kena.
“Kalau I busy… you bising sebab kita lama tak jumpa. Bila I ada masa untuk you, kenapa you masam-masam muka macam ni?” Dalam nada lembut, Ilhan bertanya. Segaris senyuman pun tidak Farra hadiahkan kepadanya sejak tadi. Dia fikir, bila mereka tidak berjumpa selama hampir dua minggu, Farra akan merinduinya seperti selalu. Namun kerinduan itu bagai tidak terbias di wajah bujur sireh itu. Apa yang mengganggu fikiran Farra sepanjang permergiannya ke China?
“I’m not feeling well today. Rasa macam nak demam.” Mungkin kerana kesihatannya yang kurang baik telah mempengaruhi mood Farra.
“Laa… kalau you tak sihat, kenapa tak cakap awal-awal? Kita boleh jumpa lain kali.” Ilhan tidak paksa pun Farra bertemunya pada hari itu. Jika Farra tidak sihat, boleh sahaja ditundakan perjumpaan hingga ke hujung minggu nanti.
“Nak jumpa you bukannya senang.” Sindiran halus Farra. ‘Lain kali’ Ilhan itu entah-entah seminggu atau dua minggu lagi.
“Then, make the best out of it. Tak payahlah nak moody dengan I macam ni.” Sejak kebelakangan ini, Ilhan rasa sukar untuk memahami sikap Farra terhadapnya. Kadang-kadang Farra layannya dengan baik. Tetapi ada masanya, Farra bertukar dingin begini. Di manakah kemanisan cinta mereka seperti tujuh tahun dulu?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

No comments:

Post a Comment