JAUH KAU PERGI ~ DHIYA ZAFIRA

HARGA RM45 SEM / RM48 SS
termasuk poslaju

“Kau dah sedia?” soalnya perlahan. Jemari yang terletak kemas di stereng dilihat sedikit menggigil. Ya ALLAH Rif... Apa kau dah buat sebenarnya ni? Dia cuba bertenang. Cuba menyakinkan hati sendiri bahawa itu yang terbaik buat mereka. Tetapi sudah bersediakah dia menjadi seorang suami? 

Afi menggeleng. Dia tidak tahu sama ada dia boleh bersedia dengan perkahwinan seperti ini sehingga bila-bila pun. Mereka saling bertatapan sebelum masing-masing membuang pandang.
“Aku pun tak tahu sama ada aku boleh jadi suami yang terbaik Afi. Tapi aku janji aku akan jaga kau sampai bila-bila. Okey?” 
Afi mengangguk. “Okey.”
Untuk beberapa minit mereka meneruskan pemanduan. Afi cuba melihat Rif dengan ekor matanya. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan tetapi dia takut Rif tidak suka dengan soalannya itu. 
Rif menjeling ke sisi. Keningnya terangkat. “What?”
Afi buat-buat tidak faham soalan itu. Rif terus ketawa.
“Tak payah nak buat muka blur. Kau nak tanya apa?” Dia berkira-kira sebentar sebelum mengalah kepada rasa ingin tahu. Sudah lama dia tertanya-tanya tentang perkara yang satu itu. Harap-harap Rif tidak akan marah. 
“Kau tak nak beritahu uncle Rahman?”
Seperti yang diduga senyuman yang menghiasi bibir Rif hilang serta-merta. Kereta sekali lagi dihentikan di tepi jalan. 
“Kenapa nak kena beritahu dia?” Afi tidak pernah melihat wajah Rif setegang ini. Dia tidak pernah mendengar nada itu sedingin ini. Untuk seketika hatinya rasa gemuruh. Adakah dia melakukan kesilapan dengan menyebut nama itu? Tetapi sudah terlambat untuk dia berpatah semula. 
“Sebab kita nak kahwin? Sebab benda ni normal kan bila kita nak keluarga kita ada untuk majlis kita. Lagipun.. lagipun he’s your father, Rif.”
Mata helang Rif tajam menikamnya. Memberinya amaran supaya tidak meneruskan kata-kata itu. 
“Afi... kau pernah dengar tak orang cakap... if you don't have anything nice to say, dont’ say anything at all? So... how about you keep your mouth shut!”
“Please jangan macam ni Rif. Aku hanya nak kau happy.” Dan aku tahu kau dah lama tak rasa gembira, bukan? Tambahnya di dalam hati. 
“I am HAPPY. Without him. Aku tak faham kenapa kau nak sebut pasal dia? Macam mana kau boleh fikir yang aku boleh bahagia dengan dia? Kalau kau tak kenal dia, aku boleh faham, Afi. Aku boleh je buat tak tahu soalan kau. Tapi... kau kenal dia. Kau tahu macam mana dia dulu. Tapi... kau nak dia datang majlis kahwin kita? Kau tahu tak kat mana dia sekarang? Kau gila ke apa?” Rif tahu dia tidak sepatutnya berkasar dengan Afi. Tapi cadangan Afi untuk berhubung atau menjemput lelaki itu ke majlis kahwin mereka dirasakan sangat-sangat gila. 
“Rif!”
“He makes my life a living hell, Afi. Bukan aku je. Hidup mak aku sama. Kau ingat mak aku, Afi? Kau tahu apa jadi kat dia? Adik aku? Look I get it... hubungan kau dengan datuk nenek kau dah baik. Kau happy. Aku faham dan aku pun happy untuk kau. Kalau hubungan korang boleh baik, mungkin kau fikir hubungan aku dengan dia boleh baik sama, kan?” Afi tidak mahu mengakuinya tapi kata-kata Rif itu benar-benar belaka. Salahkah jika dia mahu perkara yang baik-baik untuk sahabatnya ini? Untuk bakal suaminya sendiri? 
Rif menggeleng perlahan. Jari menyentuh parut di keningnya. Hasil penangan lelaki itu. Peristiwa itu sudah berpuluh tahun berlalu tetapi parutnya masih jelas kelihatan hingga kini. Bukan hanya parut itu sahaja. Tetapi kerana lelaki itu telah... Rif mengeluh panjang. 
“Aku takkan maafkan dia, Afi. Sampai mati pun aku takkan maafkan dia.”
Afi terus diam. Apa yang boleh dikatakan lagi?
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM 

No comments:

Post a Comment