JODOH

PRE ORDER
RM26.00 SEM / RM29.00 SS
poslaju RM8 SEM / RM12.00 SS
Ruang tamu banglo milik Datuk Oliver dan Datin Azizah yang
selalunya sepi tiba-tiba bergegar dengan suara anak lelaki tunggalnya, Ameer Zachary.

“Mommy! Daddy! This is mad. Totally mad! I can’t marry her... I’m still young, study pun tak habis lagi.”
“I don’t even know her... We just met them. Kita tak tahu apa agenda mereka.” Bertubi-tubi Ameer merayu. Sesekali matanya menjeling ke arah Hana Qamila.
“Mommy! Daddy! Please, jangan paksa Ameer. It’s my life. Sekarang zaman milenium. Tak ada orang paksa anak kahwin macam ni. Macamlah Ameer dah buat tak elok kat budak perempuan ni.” Ameer masih tidak puas hati.
Hatinya bertambah sakit apabila melihat Datin Azizah dan suaminya Datuk Oliver hanya berdiam diri. Begitu juga gadis kampung yang baru dikenali sebagai sepupunya. Gadis itu hanya tunduk tanpa mengeluarkan apa- apa suara. Dia hanya mengangguk apabila mommy meminta persetujuannya.
Kini hanya tinggal persetujuan daripada Ameer sahaja.
Segalanya berpunca daripada permintaan ibu Datin Azizah. Datin Azizah semahu boleh cuba menggembirakan ibunya yang masih terlantar di wad ICU. Apa permintaan ibu cuba ditunaikan secepat mungkin. Andai Allah menjemput ibu dalam masa terdekat, dia tidak mahu ibu putih mata. Cukuplah ibunya derita dengan perbuatannya dahulu.
Datin Azizah masih berdiam diri duduk di antara Hana dan suaminya. Keputusannya muktamad.
Hana pada mulanya juga terkejut dengan permintaan nenek. Namun hidupnya hanya ada nenek, ibu dan adik-beradik sahaja. Putih kata nenek, putihlah jadinya. Hana tahu nenek amat sayangkan dia adik-beradik. Mungkin permintaan nenek ada hikmah. Terus sahaja Hana akur tanpa apa-apa soalan.
Sesekali dipandang lelaki yang bakal menjadi suaminya esok. Rambutnya hitam panjang di hadapan tetapi kemas di sisi dengan potongan nipis. Hidungnya mancung, bola matanya berwarna keperangan. Banyak ciri-ciri kemelayuan di wajah lelaki itu walaupun dia berdarah kacukan. Tubuhnya sasa beralas kemeja kotak-kotak dan berseluar jean biru. Sungguh segak.
Hana memandang tubuhnya. Dia hanya bertudung bawal labuh, berseluar trek dan berbaju T-shirt lengan panjang sahaja. Mana layak dipadankan dengan lelaki sesegak Ameer Zachary. Usah mimpilah, Hana... Dia tu dah la handsome, kaya pulak tu. Entah-entah perempuan keliling pinggang. Tapi... Takkan nak hampakan nenek? Oh tidak! aku mesti setuju. Demi nenek. Hana berdrama sendiri dalam fikirannya. Sesekali suara Ameer mengganggu dramanya.
“Mommy... Please! I begged you. At least give me a chance to know her. We just met. Okay... Okay like this, what about an engagement? Kami tunang ke dulu.” Ameer memandang Hana, mengharap Hana menyokongnya. Tapi, hampa...
Hana hanya tunduk memandang lantai. Perbuatan Hana menaikkan lagi darahnya. Isy! Budak ni... Boleh pula dia diam aje. Gatal sangat nak kahwin kut. Huh! nampak sangat kolot, takut jadi andartu. Ameer menggaru kepalanya yang tiba-tiba gatal.
Ameer benar-benar terkejut dengan jawapan yang diberikan mommynya. Daddy hanya berdiam diri, seperti menyokong mommynya.
“Daddy... Please, daddy! At least bagi Ameer habis study dulu ke, please...”
Datuk Oliver hanya menggelengkan kepalanya.
“Ameer tidak setuju... Ameer tetap tidak setuju. This is mad!” kata Ameer keras. Kata-kata Ameer menarik tiga pasang mata di ruang tamu itu.
Renungan Datin Azizah dalam, memandang anak bujang tunggalnya kemudian dia memandang Hana yang masih tunduk kaku. Dia menggeleng, keputusannya adalah muktamad. Kali ini dia perlu tegas dan akur dengan permintaan Ustazah Khadijah walau apa pun terjadi.
“Let me talk to the stupid old lady,” kata Ameer tidak puas hati. Rambut hadapan yang terjuntai menutupi sebahagian dahinya, ditolak ke belakang. Mukanya merah, marah. Siapa orang tua itu yang boleh merubah mommy dan daddynya dan mengarah itu ini? Kenapa mommy dan daddy menurut sahaja, tidak membantah?
Hatinya panas. Sudah tidak ada guna berbincangdengan kedua-dua ibu bapanya itu. Dia perlu berdepan dengan Ustazah Khadijah. Tindakannya dihalang mommy.
Datin Azizah menarik tangan anaknya itu. Ameer terdiam seketika melihat mommynya menitiskan air mata.

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment