JODOH ~ FARIESYA FAUZY

PRE ORDER MASIH DIBUKA!! 
FREE POS SEHINGGA 15/3/2018

TEASER!! TEASER!!

LAYAN
“Hana ingat nenek ke?” tanya Datin Azizah lagi.
Hana mengangguk. Hana dapat lihat Datuk Oliver memandangnya dari cermin melihat belakang.

“Don’t worry, dear. Nenek dah stabil, insya-Allah esok lusa boleh keluar hospital. Jangan risau, kami akan jaga nenek Hana tu sebaik mungkin,” sampuk Datuk Oliver. Hana memaksa dirinya senyum dan mengangguk tanda faham.

“Betul cakap daddy tu,” tambah Ameer tiba-tiba.

“Tak payahlah menangis bagai... Karang banjir satu KL ni. Dah la tak lawa... Lagi tak lawa jadinya,” tambahnya lagi.

“Ameer!” tegur Datuk Oliver

“Ameer! yang Ameer kata ni isteri Ameer tau,” ujar Datin Azizah pula.

Mata Hana bulat memandang Ameer yang kini sudah menjadi suaminya.

“Oppps! Lupa... Sorry ya, sayang?” usik Ameer sambil menghembus nafas marah.

Datin Azizah hanya tersenyum. Dia pasti satu hari nanti, anak lelaki tunggalnya itu akan terpikat dengan Hana.

Hana gadis yang comel, wajahnya lembut, bibirnya merah sesuai dengan kulitnya yang putih melepak. Melihat Hana, teringat Datin Azizah pada dirinya masa muda-muda dahulu. Hana banyak mewarisi kecantikannya berbanding dengan adiknya Aminah, yang berkulit sawo matang. Bezanya, dahulu dia sangat seksi. Tetapi tidak Hana, auratnya ditutup sempurna. Nampak sangat dia mengikuti segala perintah neneknya Ustazah Khadijah yang agak warak.

“Hana dah habis belajar?” tanya Datuk Oliver cuba mengenali menantunya.

“Baru habis STPM. Kalau result bagus insya-Allah Hana masuk U,” jawab Hana. Di sisi matanya dia melihat Ameer seakan ketawa.

“Kalau result bagus.... Dah la tak lawa, bodoh pulak. Aduh!” kata Ameer perlahan. Namun dapat didengari Hana.

Sabar, Hana... Sabar. Hana menarik nafas geram.

“Kalau sambung belajar terus kat London macam mana? Hana nak pilih jurusan apa?” saran Datuk Oliver.

“Hah! London? Jurusan apa? Scholarship lepas result... Lagipun Hana nak jadi pendidik macam ibu.” Datin Azizah tersenyum. Dia tahu maksud suaminya.

“Daddy sponsor Hana belajar. Jadi boleh belajar sekali dengan Ameer. Ameer balik lusa, kan?”

Hana ternganga... Dia terkejut. Biar betik? Belajar dekat London, boleh ambil literature... Terbaik ni, Hana berkhayal sendiri. Tapi tidak lama apabila suara Ameer tiba- tiba mencelah.

“Hah... Belajar sama Ameer? No way! Don’t tell me that we will stay together. This is mad. Apa nanti kawan- kawan Ameer kata?”

Hana memandang sinis pada suaminya... Sah-sah nampak bertuhankan kawan-kawan dia ni. Mampus aku dapat laki macam ni...

“She’s your wife... Apa salahnya? Inilah masanya Ameer belajar jadi suami mithali. Lagipun dekat sana tak ada halangan untuk student berkahwin. So...” jawab Datuk Oliver.

Ameer menepuk dahinya. Aduh, parah macam ni... Tidak apa, Ameer. Inilah masanya aku balas dendam. Siap kau mata duitan. Jangan kau ingat nak jadi mem, aku akan jadikan kau maid aku. Siap kau!

atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment