BUNGA-BUNGA BAHAGIA ~ WAWA AKIL

RM24.00 SEM / RM27.00 SS
poslaju RM8 SEM / RM12
“Kau tak rasa ke rumah aku pelik hari ni?” soal Nuha Qalisya sebaik saja Honda Citynya memasuki pintu pagar rumah keluarganya. Enjin kereta dimatikan tetapi masing-masing tiada tanda-tanda untuk keluar dari kereta.
“Apa yang pelik?” soal Maryam. Dia turut memerhati halaman rumah keluarga Nuha Qalisya. Langsung tidak nampak perubahan seperti yang diperkatakan temannya. Afifa dan Edora yang berada di seat belakang turut sama memerhati.
Tiada yang pelik, cuma yang kelihatan kerusi, meja yang tersusun di halaman rumah. Itu tidak pelik pada mereka kerana lusa dirumah Nuha Qalisya ada kenduri cuma temannya itu saja yang tidak mengetahuinya.
“Aku tak nampak ada yang pelik pun. Cuma tu lah, meja dan kerusi kat depan rumah kau, yang lain, aku tak nampak ada kelainan berbanding hari biasa,” Edora menjuih mulutnya kearah susunan kerusi berwarna biru yang diletakkan bawah khemah di halaman rumah Nuha Qalisya.
“Mmm… lagilah aku rasa pelik. Kalau sekadar nak buat kenduri arwah tak perlulah sampai sewa kerusi meja ni semua. Bentang tikar kat ruang tamu kira dah okey sangat. Ni tak. Kau tengok tu.. tu.. kau nampak tak apa yang aku nampak ni,” mulutnya dijuihkan ke halaman rumah.
“Mmm.. apa salahnya khemah tu. Aku tak nampak pun salah benda alah tu,” Edora pula bersuara. Dia tahu apa maksud temannya itu. Dia turut memerhatikan khemah warna biru yang siap beropol-ropol sudah siap dipasang.
“Kau tak rasa pelik ke? kenduri arwah biasanya taklah sampai nak pasang khemah bagai. Err.. ni aku dah rasa macam nak buat kenduri kahwin pun ada. Weh siapa nak kahwin kat rumah aku ni?” dia sudah menggeleng kepalanya beberapa kali. Dia masih lagi merugut-rungut. Dari jauh dia melihat kelibat umi berada dimuka pintu itu.
“Umi kau tu,” Mata Maryam menghala ke arah Puan Amnah yang menuruni anak tangga hingga ke halaman rumah. Maryam sudah bersedia mahu turun dari kereta.
“Hish perempuan ni. Degil pulak dia. Cepat” Arah Maryam. Dia sudah hilang sabar melihat Nuha Qalisya masih tiada tanda-tanda mahu keluar dari kereta.
“Aku pelik la…” masih tidak habis-habis dengan rasa peliknya. Jari telunjuknya diletakkan atas bibirnya. Di goyang beberapa kali. Dia masih lagi tidak berganjak dari tempat duduknya. Ketiga-tiga temannya sudah melolos keluar dari kereta.
“Dah dah dah… keluar sekarang,” arah Edora. Pintu kereta dibuka dari luar. Diheretnya Nuha Qalisya keluar. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga keluar dari kereta menuju ke arah ibunya yang masih tertinjau-tinjau seperti mencari sesuatu. Tangan dihulur, pantas dikucup lembut.
“Kenapa umi?” dia pula yang naik hairan.
“Kenapa tak keluar-keluar dari tadi. Siapa lagi ada kat dalam kereta tu?” soal ibunya. Puan Amnah masih lagi tertinjau-tinjau bagaikan mencari sesuatu.
“Mana ada siapa-siapa lagi Umi Amnah. Hanya kami berempat saja dalam kereta tu,” beritahu Afifa. Kedua-dua temannya mengangguk. Mengiyakan kata-kata Afifa.
“Habis korang buat apa lama-lama kat dalam kereta tu. Dah sampai dari tadi, tapi tak turun-turun. Umi tilik jam tadi, dalam 15 minit jugalah kau orang duduk kat dalam kereta,” leter Puan Amnah.
“Ooo.. anak umilah.. dia rasa pelik sangat bila dia masuk ke perkarangan rumah ni tadi. Dia kata rumah dia lain macam,” beritahu Afifa. Puan Amnah terdiam. Lain macam! Apa yang lain macamnya? Dia turut memerhati ke kiri kanan, mencari kalau-kalau ada benda yang pelik di pandangan matanya.
“Apa yang lain macamnya?” soalnya apabila dia tidak menemui sebarang benda yang ganjil. Mulut Maryam terjuih ke arah susunan kerusi di khemah di halaman rumah. Cepat saja Puan Amnah menangkap apa yang mahu disampaikan Maryam.
“Ooo.. kisahnya…apa yang lain macam dengan kerusi meja ni. Kalau dia bergerak-gerak dan menari tu umi rasa adalah yang peliknya. Ini umi tengok benda alah tu duduk statik je tak bergerak-gerak dari semalam,” Puan Amnah buat-buat tak faham.
Bukan dia tak faham dengan kemusykilan Nuha Qalisya tetapi dia malas nak melayan kerenah anak sulungnya itu. Kerenah? Nuha Qalisya ada kerenah ke? dia sendiri tidak pasti kerana selama ini anak gadisnya itu jarang menunjukkan sikap banyak songehnya kecuali bila berkaitan bab mencari jodoh.
“Itulah dia umi... Saya pun dah beritahu dia tadi. Tak ada yang peliknya dengan kerusi meja tu. Dah Umi Amnah nak buat kenduri doa selamat, memang patutlah kerusi meja tu ada kat situ,” Edora pula bersuara.
Dia cuba menahan ketawa bila melihat telatah Nuha Qalisya yang sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Tudung yang dipakai itu sudah nampak sengit bengek. Dia terpaksa berpuas hati dengan jawapan teman-temannya itu walaupun dia merasakan ada sesuatu yang disembunyikan mereka.
“Sudahlah tu. Masuk cepat, dah nak Maghrib ni. Korang ni pun nak balik terus ke rumah atau nak naik kat atas dulu?” soal Puan Amnah. Dia melihat ke muka pintu, Angah menggamitnya naik ke rumah.
“Cepat.. buat apa lagi termanggu kat situ. Alongggg…” tergopoh gapah si anak melangkah, diikuti tiga temannya. Meniti satu persatu anak tangga. Di hati masing-masing mahu melihat ‘pelamin kecil’ yang akan digunakan lusa.
“Mana?” bisik Edora. Matanya dihalakan kepada angah yang kebetulan ada berhampiran mereka.
“Belum lagi. Kami bimbang kalau buat awal-awal along perasan pula. Ingat angah nak buat esok dalam tengahari. Jadi pagi esok wajib kau orang semua bawa along keluar dari rumah ni,” Aina Izzaty memberi arahan. Afifa mengangguk tanda faham. Matanya dihalakan kepada dua temannya.
“Bolehlah… kami bawa dia ke Teluk Ketapang, makan ICT. Dah lama tak pergi sana kan?” Edora pula bersuara. Masing-masing mengangguk tanda bersetuju.
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment