KERANA DIA LELAKI ITU ~ WAWA AKIL


BAKI TERHAD
PRINT ON DEMAND
HABIS TIADA REPRINT!
ONLINE SAHAJA
HARGA RM41.00 sem / RM47.00 ss
termasuk postage
“AKU tak mampu menjaga dan mendidik dia. Aku serahkan anak aku kepada kau dan Amin. Didiklah dia seperti kau didik anak sendiri,” wanita berusia lewat 20-an itu teresak-esak.Wajahnya mendung. Matanya berkaca-kaca.
Jari jemari si kecil digenggam erat. Airmatanya mengalir laju apabila memikirkan saat perpisahan dia dengan si kecil semakin dekat.

“Kau dah nekad ke?” soal Hendan. Bayi berusia sebulan itu direnung dengan pelbagai rasa. Sedih, gembira bercampur aduk. Dia gembira kerana impiannya untuk memiliki anak perempuan bakal tercapai tidak lama lagi.

Tetapi dia juga sedih kerana temannya itu bakal kehilangan anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari itu.

Wanita itu angguk.

“Aku tak mampu untuk menjaganya. Hanya kau dan Amin saja yang boleh aku harapkan sekarang. 

“Aku tak nak susahkan keluarga aku, kau tahulah banyak sangat kesalahan yang aku lakukan kepada mereka. Aku harapkan mereka ampunkan aku nanti,” 

“Hisyam?” Hendan bertanya lagi. Teringat dia suami temannya itu yang merupakan rakan seuniversiti dia dan suaminya. 

Tidak dia menyangka akhirnya pasangan merpati dua sejoli itu berpisah juga. Semuanya angkara ibu Hisyam, Puan Seri Anum.
Temannya itu menggeleng.
“Aku tak boleh harapkan Hisyam lagi,” katanya pendek.
“Sampai hati Hisyam buat kau macam ni,” bola mata Hendan mula berkaca. Kalau ada Hisyam didepan matanya, tahulah dia nak buat apa. 
“Jangan kau salahkan Hisyam. Dia terpaksa lakukan semua itu. Antara kasih sayang isteri dan ibu, dia memilih kasih sayang ibu. 
Sebagai anak, itu yang seharusnya dia lakukan. Aku tak salahkan dia, mungkin aku bukan isteri terbaik untuk lelaki sebaik Hisyam,” tuturnya.
“Aku minta diri dulu,” tubuh Hendan didakapnya. Air matanya tidak henti mengalir. 
“Kau nak ke mana?” soal Hendan laju. Terasa tidak mahu dilepaskan pelukan si teman. Dia dapat merasakan inilah kali terakhir dia akan melihat temannya itu.
“Aku pun tak tahu ke mana langkah kaki aku ni akan berhenti. Tapi kau jangan bimbang, aku akan hantar berita kepada kau dan Aminuddin. Tentang perbelanjaan anak aku, kau jangan bimbang, setiap bulan aku akan hantar nafkah kepadanya.” 
“Aku tak harapkan duit itu Bila… Aku langsung tak harap. Tanpa duit itu pun aku akan jaga anak kau seperti anak aku sendiri,” balas Hendan.
Tubuh Bila atau Nabila didakap lagi. Seperti tidak mahu dilepaskan.
“Terima kasih Dan. Aku tahu aku boleh harapkan kau bila aku ambil keputusan mahu serahkan bayi aku kepada kau. 
“Terima kasih Dan. Terima kasih,” usai kata-katanya itu, satu persatu anak tangga dituruni. Langsung tidak berpaling lagi. 
Dia bimbang, jika berpaling, langkahnya akan terhenti. Tidak sanggup untuk meninggalkan si kecil itu.
Nabila melangkah pergi. Hendan masih teresak-esak. Hanya matanya mengiringi langkah Nabila hingga tubuh langsing si teman lenyap dari pandangan matanya. 
“Pergilah kawanku... Aku doakan kau selamat walau di mana kau berada. Aku akan jaga amanah kau ini sebaik mungkin. Aku hanya menjaga tetapi anak ini tetap anak kau dan Hisyam. 
“Apabila luka kau sudah sembuh, pulanglah kawan… kerana ada insan yang akan menunggu kau di sini,” katanya.
Hendan bergegas masuk ke ruang tamu apabila mendengar tangisan si kecil.
“Mama datang sayang. Jangan nangis sayang, panjang umur nanti kita jumpa mummy ye,” cepat saja bayi itu diangkat dan dimasukkan dalam buaian. 
Buaian milik si bujangnya yang kini berusia lima tahun sudah berpenghuni. Sudah lama buaian itu disimpan dan kini sudah ada pengguna baru.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment