Babak Cinta ~ Shiroe Sherry

BABAK CINTA
RM32 / RM35
Termasuk pos

Balik daripada sarapan dengan Fifi, bilik orang tu masih juga tidak menunjukkan kehadiran cahaya. Gelap tak ada orang. Dia cuti ke? Aku senyum dalam hati. Selamat. Tak payah aku nak menghadap wajah dia dan berbalah pasal Paloma. Best gila. Dah lama tak rasa best macam ni. Sekali lagi aku berjalan ke pintu dan menyandar di situ. Macam orang tak ada kerja pulak. 
“Psst…Fifi.” 

Fifi berpaling. Jarinya berhenti menaip. 

“OM cuti ke?” Soalku dengan mulut yang sudah senyum simpul. 

Fifi tersenyum dan mengangguk. Siap angkat ibu jari lagi. Aku ketawa dalam hati. Si Fifi ni tahu sangat ‘baik’ aku dengan Fahin tu macam mana. 

Kata Fifi memang dia pembantu aku dengan Fahin tapi dia lebih selesa bantu aku. Katanya dia kurang selesa dengan Fahin. Aku tanya kenapa? Dia jawab sebab Fahin selalu buat hati dia berdegup kencang kalau duduk dekat. Tolonglah! Macam dah tak ada orang lain kat hotel ni yang si Fifi nak berkenan. Menyampah aku. Kali ini up kuasa tiga!

“Kenapa dia cuti ya?” Soalku lagi. Musykil dengan feel Fahin. Kalau sebelum ni susah nak cuti. Tiba-tiba aje kenapa ya?

“OM call tadi cakap dia cuti sebab kucing dia nak beranak hari ni.” Jawab Fifi lancar. 

Aku terdiam dua saat. 

“Sekejap ya Fifi.” Aku terus menutup pintu bilikku sebelum bantai gelak habis-habisan. Gila mamat tu sanggup ambik cuti sebab kucing dia nak beranak? Kucing aje pun bukan isteri dia. Aduh, sakit perut aku ketawa banyak macam ni. Eh, kejap…jangan jangan Paloma yang beranak tak? Aku buka pintu.

“Kucing yang mana satu?” Semua tahu Fahin ni pencinta haiwan. Siapa yang pergi rumah dia akan tahulah macam mana tahap sayang dia pada haiwan. Sebab tu aku tak pergi, takut tersesat dengan haiwan-haiwan dalam rumah dia. Faktanya di sini aku bukan benci haiwan tapi aku geli. 



“Manalah saya tahu Cik Naurah. Cik tanyalah OM.” Fifi sudah ketawa senang. Saja nak kenakan aku. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi nada dering telefonku di atas meja. Lagu Wonder Pets berkumandang. 

Apa yang penting?

Kerjasama!

Apa yang penting?

Kerjasama!

Wonder pets, wonder pets kami datang

Membantu haiwan dalam kesusahan

Fahin! Memang aku sengaja setkan lagu tu untuk dia. Sesuai sangat.

“Assalamualaikum.” Sapaku sopan. Perangai tak semengah kelmarin sudah hilang berganti dengan perangai alim luar biasa. 

“Waalaikumussalam. You kat mana ni?” Terus Fahin terjah aku dengan soalan. 

“Kat mana lagi kat office lah.” Aku menjawab sambil berjalan ke kerusi empukku lalu melabuhkan duduk. 



“Paloma dah beranak.” Ujarnya sepatah. Aku berhenti memusing kerusi yang tadinya aku pusing tiga ratus enam puluh darjah. Memang aku dah agak. Nasib baiklah aku buang dia kelmarin kalau tak, boleh terberanak Paloma kat rumah aku. 

“Oh ya ke?” Aku buat-buat terkejut. 



“You ingat I main-main?” Dengar suara dia pun aku dah tahu dia sedang tahan marah. Marah dengan sikap lepas tangan aku?

“Kalau dia beranak sekali pun kenapa you call I? Bukan ke you cakap I ni tak berperikemanusiaan? Jadi I rasa tak ada kepentingan untuk I tahu semua tu.” Jawabku angkuh sekaligus membalas sindirannya petang kelmarin. Fahin mendengus di hujung talian. 

“You ni memang tak berhati perutkan?” Aku ketawa sinis. Pulak dah! 

“Oh, kelmarin I tak berperikemanusiaan dan hari ni I tak berhati perut pulak? Entah apa pulak I esok ya? Penyangak? Hati kering? Hati batu? Sudahlah Fahin, I tak nak dengar lagi you bincang dengan I hal yang berkaitan dengan Paloma. I tak nak dengar.” Macam tak percaya pula aku bertekak dengan Fahin pasal ni. Ingatkan cukuplah sekadar hal pejabat aku sering tak sependapat dengan dia, ini sampai masuk hal luar. Ish, sangat tidak selesa. 

Tiba-tiba Fahin ketawa. Apa lawak sangat ke ayat aku tadi?

“Kenapa you ketawa?”

“You tunggulah lepas ni.” Fahin seakan memberi ayat ancaman kepadaku tetapi malangnya sikit pun aku tak gentar. Dia ingat aku takut dengan dia? Bukannya dia boleh dakwa aku sampai bawa hal ni ke mahkamah pun. 

“Okey! I tunggu you.” Ujarku selamba untuk menambahkan rasa sakit hatinya sebelum memutuskan talian. Membazirkan masa aku aje jawab panggilan dia. Aku letakkan kembali telefon di atas meja. Badan disandar pada kerusi. Aku cuba menenangkan perasaan yang sedikit berkocak selepas menjawab panggilan orang sebelah. Perasaan aku macam nak bakar aje bilik dia tu. 

Sekali lagi telefonku berbunyi tetapi kali ini menandakan isyarat mesej WhatsApp. Fahin menghantar satu gambar. Aku klik ikon view. 

“Aaaaa!!!!!!!”

Cepat-cepat aku tutup mata sebelum telefonku itu terpelanting jauh ke atas lantai melepasi meja kerja. Tindakan luar sedar, semuanya berlaku dalam masa tak sampai dua saat. Jantung sudah berdebar kencang. Imej itu terbayang-bayang dalam kepala otak aku sampai aku rasa nak termuntah. Meremang bulu romaku, rasa seram sejuk. Tak guna betullah Fahin ni! Menyesal aku jawab aku tunggu dia tadi. Menyesal!



“Kenapa Cik Naurah?” Fifi sudah terjengul di muka pintu. Bukan Fifi saja staf lain pun ikut sama mengintai di belakang Fifi. Aku pula dah rasa nak putus nafas. 

“Fi..fi..Fifi tolong saya.” Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku boleh jadi gagap. Fifi kalut berjalan ke arahku. Aku capai tangannya.

“Ya Allah kenapa ni Cik Naurah? Sejuknya tangan Cik Naurah!” Aku tidak dapat berfikir dengan stabil walaupun raut wajah Fifi kelihatan cemas. 

“Awak tolong pergi delete gambar di telefon saya tu.” Telunjukku menunjuk pada telefon yang entah hidup entahkan mati di atas lantai yang berlapik karpet. Fifi memandangku dengan wajah berkerut. 

“Saya ingatkan Cik Naurah sakit.” Ujarnya selamba sebelum bergerak ke lokasi telefonku tercampak. Fifi tunduk mencapai telefon sebelum merenung skrin telefon.

“Eei, comelnya anak kucing ni. Merah-merah lagi. Cute betul. OM yang hantar gambar ni? Comelnya Cik Naurah, geram saya tengok.” Fifi sibuk berceloteh sampai dah tak ingat arahan aku. Staf lain juga sudah mula masuk dan menjenguk skrin telefonku. Semuanya ikut memuji. Diorang semua memang tak boleh kalau tak menyibuk. Anak kucing aje pun. Tiba-tiba aku hilang selera. Macam mana aku nak makan kalau asyik nampak benda tu? Fahin jahat!



“Cepatlah delete.” Ujarku kurang senang. Tidak semena-mena Lisa salah seorang staf angkat tangan macam na tanya soalan. 

“Cik Naurah, boleh tak sebelum delete gambar ni, Cik Naurah WhatsApp pada saya gambar ni?” Soalnya sambil tersenyum manis. 

“Ambiklah phone saya tu. Awak send sendiri dan pastikan lepas siap semua, delete gambar tu. Fifi you can handle it.” Aku kembali bersandar pada kerusi selepas staf yang lain mengikut Fifi ke mejanya. Fahin. Aku menyebut nama itu dalam hati. Kau main kasar dengan aku ya? Tunggulah kau. Aku akan pastikan kau akan menyesal sebab bergurau biawak macam ni dengan aku. Kau tunggulah.

WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment