PROJEK SATU MALAM 3 ~ ABANG BAD

HANYA YG SERIUS BERMINAT SILA 
WHATSAPP  018-9666752
"Apa ni?" Kisstirana belek-belek botol berbungkus. Badri pandang saja. Macam tak minat nak bagi penjelasan. Kisstirana tahu sangat, terus buka bungkusan.
Mata terbeliak. Muka membahang. Pandang lelaki di sisinya. "Feminine wash?" Biar betul dia ni.
Badri macam tu jugalah. Riak sekata.
"Apa maksud you bagi feminine wash ni?" Hati dah hangat. Muka macam kena tampar. Otak dah geliga berfikir. Bukankah dia yang kata dia suka bau...? Argh!
Tenung punya tenung Kisstirana nampak sesuatu. Aduh! Abang Bad senyum? Dia senyum, kan? Muka ketat tu, terkuis sikit pun Kisstirana tau lelaki tu tengah senyum. Tak payah nak sorok-soroklah.
"Abang!" Tak boleh jadi ni. Kisstirana lipat lengan baju. Feminine wash ditenung dengan rasa geram sebelum...argh! rasa nak lempar saja kepada lelaki tu. "Abang ingat..." Mulut terkunci tiba-tiba apabila Abang Badri sedang merenungnya. Aneh dan pelik, mata itu berkilauan.
"I nak tolong you jaga teman you tu baik-baik. Biar sentiasa sihat macam you. Senang I nak berkunjung." Nadanya mendatar, mukanya tetap ketat. Tapi kan, matanya bersinar-sinar.
Aduhh! Muka Kisstirana yang membahang, bertambah-tambah panas. Tapi kan, ada debar di dada gitu. Malunya.

No comments:

Post a Comment