KOMPILASA NUANSA CINTA ~ MAHAR CINTA KITA Wawa Akil

Ready stok ~ KOMPILASI NUANSA CINTA
Projek 4 penulis empat cerita, 1 cinta
RM43 sem / Rm49 ss
termasuk poslaju
Tiada di kedai bku
Print limited
MAHAR CINTA KITA
WAWA AKIL

PROLOG
“ I CINTAKAN you…” tanpa segan-silu gadis itu menutur bait-bait indah itu. Wajah kekasihnya opss… bekas kekasih direnung sepenuh jiwanya. Tapi sayang lelaki itu langsung tidak mengendahkannya. Tiada riak gembira dipamerkan lelaki itu.
“Sayang tak boleh ke bagi I peluang sekali lagi. Cinta I tak pernah berubah. Tetap membara, menyala.” Gadis itu masih cuba meraih simpati lelaki itu.
“No... Sekali you curang, you tak setia jangan harap I kembali pada you. Cukup kelukaan yang you simbah. Tiada simpati untuk perempuan seperti you.”
“I curang disebabkan you. I sering diabaikan jadi I terpaksa cari lelaki lain. Jangan hanya nak salahkan I kerana you juga bersalah dalam hal ini. You busy… you tak pernah pedulikan hati I.” berair kolam mata gadis itu. Rambutnya yang berwarna perang itu dikuak.
Bulat mata lelaki itu.
“You curang jangan nak salahkan orang lain. Cinta tak sekadar ucapan. I love you, you love me tapi cinta lebih daripada itu. Dia menuntut kesetiaan, kejujuran tapi I tak nampak itu semua ada pada diri you,”
Makin kuat esakan gadis itu. Namun hati si lelaki sudah beku. Sebekunya. Cukuplah sekali dia dilukai dan prinsip hidupnya tidak akan dilukai dua kali dengan wanita yang sama.
“Please bagi I peluang sekali lagi. I janji peluang kedua ni, I tak kan sia-siakan. I promise,” air mata gadis itu masih menitis.
“Sekali lagi I said no. Jawapannya tetap no.” Siap dengan gelengan kepalanya. Matanya meliar memerhati ke sekeliling restoran. Nasib baik tidak ramai pelanggan dalam restoran itu masa ini.
“I serik. Lagi pun I dah ada pengganti you.” Dia bercakap main belasah saja. Harap-harap bekas kekasihnya itu tidak akan bertanya lanjut.
“Itu sebabnya kan. I curang hanya sekadar alasan you saja walhal you mahu tutup curang you sendiri. Entah-entah ketika masih dengan I, you dah curang sebab tu cepat sangat dapat penggantinya.” Tuduh wanita itu lagi.
“Siapa perempuan tu?” Nada suaranya makin kuat. Makin banyak mata mata yang memandang mereka.
Lelaki itu mengeluh. Kalau ikutkan bukan susah pun nak bercerita tentang kekasih barunya itu tetapi masalahnya gadis itu memang tak pernah wujud. Kepalanya ligat berfikir. Ligat memikirkan siapa yang boleh dijadikan mangsa.
“Siapa?”
“Siapa?” dia pula menyoal.
“Perempuan tu.”
“Nama dia Asya. Asya Hazra.
“Puas hati?” Dia menyoal. Serius suaranya. Nama itu tiba-tiba saja terlintas dibenaknya. Entah nama perempuan mana dia petik.
“Siapa pun awak saya minta maaf sebab terpetik nama awak,” desisnya.
“You tipu kan. I tahu you saja nak sakitkan hati I. Lain kali cari alasan lain untuk sakitkan hati I.”
“Excuse me... Tak ada masa I nak buat begitu untuk sakitkan hati you. You pun bukan siapa-siapa pada I. Lagi pun I nak jaga dia daripada you. You bukannya baik sangat,” sinis dia berkata.
“Whaterver. I memang tak percaya. Cakaplah apa pun I tak mudah percaya.”
“Okey... terpulang. So lepas ni jangan sesekali tunjukkan muka you depan I.” kedengaran kata-kata itu sedikit keras tapi itu lebih baik. Dia bangun menuju ke kaunter bayaran. Sekeping note RM20 dikeluarkan dari walletnya.
“Baki simpan.” Katanya kepada pekerja kaunter. Tanpa berpaling, dia menarik pintu kaca restoran dan melangkah keluar. Langsung tiada penyelesan di hatinya. Laju dia meninggalkan gadis itu.
“Aku bebaskan kau. Terbanglah kau ke mana saja.”

*********************

"Nina P.I"

“Apa sebenarnya kerja yang Encik Haqeem nak syarikat saya buat? Untuk makluman Encik Haqeem syarikat saya ni memang masih baru beroperasi. Saya ada sediakan perkhidmatan untuk private investigator, kawalan keselamatan dan juga turut memberikan nasihat berkaitan undang-undang."

“Kalau saya nak dapatkan private investigator untuk jaga hati saya dari dicuri oleh orang lain boleh tak?” jawab lelaki itu dengan senyuman meleret.

Nina memandang lama wajah di hadapannya dengan perasaan meluat. Walaupun boleh lah dikategorikan sebagai sedap mata memandang tetapi kenapa lah dia rasa hendak cekik cekik sahaja batang leher lelaki itu.

“Encik Haqeem ingat sekarang ni kita tengah buat show Maharaja Lawak ke?” tanya Nina kemudian terus menarik nafas panjang. Dia bersandar di kerusi dengan berpeluk tubuh. Lelaki itu bukan sahaja kuat perasan tetapi juga berhati tebal kerana langsung tidak ambil hati dengan kata-katanya. Malah senyuman terus terukir lebar di bibirnya yang merah.

“Hmmm…, memang betullah profesion saya sekarang ni kan sebab saya tak pandai buat lawak. Kalau saya pandai buat lawak mesti Cik Nina dah ketawa lebar. Tapi tak apa sebab apa sahaja ayat yang keluar dari bibir Cik Nina tu bagi saya seperti butir-butir pop corn caramel yang manis bergula…”

“Ohhh!!! Stop it Encik Haqeem. Saya setuju untuk adakan meeting ni bukan sebab nak dengar kata-kata mengarut dan merepek ni. Saya kalau bekerja sangat professional dan saya tak suka nak campur adukkan dengan persoalan peribadi. Jadi kalau Encik Haqeem nak buat lawak cia cia cia tu atau nak try skill menggoda wanita, I’m sorry. You are at the wrong place.”

Nina terus bangun dari kerusi kemudian berjalan menuju ke pintu biliknya. Dia berdiri di situ dengan berpeluk tubuh dengan harapan lelaki itu faham maksudnya.

“Okey fine. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya memang tak patut buat perangai macam tu. Can we continue our discussion now?”

“What discussion? Kita dah ada buat discussion ke ni? Saya rasa tak mula apa-apa pun lagi sebab awak hanya merepek sahaja tadi. Sorry lah, saya dah tak berminat. Mood saya dah tak ada. Mungkin lain masa itupun kalau Encik Haqeem betul-betul serius perlukan khidmat P.I. If not, don’t come here for whatever reason.”

“Okey fine!” jawab Khairul.

“Yes! Fine!” Nina menjawab juga dengan wajah yang kelat. Dia memalingkan muka apabila lelaki itu melihat wajahnya dan menyarungkan cermin mata hitam.

Khairul rasa tercabar juga apabila dia dihalau begitu sahaja oleh gadis itu. Walaupun memang dia sudah mula suka pada Nina tetapi dia adalah seorang lelaki yang punya maruah dan ego yang tinggi. Dengan wajah yang masam mencuka, Khairul terus berjalan keluar dari pejabat Nina P.I. Sebelum meneruskan langkahnya, Khairul berpaling semula ke pintu pejabat Nina P.I dan dengan wajah yang mencebik dia berkata,

“Piiirraaahhh!! Dia ingat dia cantik sangat ke nak sombong macam tu? Patut lah tak kahwin-kahwin sampai sekarang! Berlagak! Dia tak kenal aku ni siapa. Sekali petik, berebut-rebut perempuan nak duduk bawah ketiak aku ni.”

Khairul terus turun ke bahagian bawah dan berdiri seketika di depan tangga. Dia menarik nafas panjang kemudian berpusing semula ke belakang, ke arah tangga yang menuju ke pejabat Nina P.I. Hatinya tiba-tiba rasa pedih…..dia sendiri tidak tahu kenapa. Lalu dengan semangat yang masih berbaki, dia mengheret langkahnya untuk meninggalkan tempat itu.

Sementara itu, di pejabat Nina P.I, apabila sudah pasti lelaki itu betul-betul beredar dari pintu pejabatnya, Nina terus menutup pintu biliknya dengan kuat beserta keluhan yang kuat dan kasar.

“Bosan aku lelaki jenis macam ni!!! Apa dia ingat semua perempuan sama saja ke? Senang digoda dengan wajah perasan hensem dan gaya macho macam tu? Piiiraaahhhh!!!” Nina terus menghenyakkan tubuhnya ke sofa di hujung biliknya. Dia cuba menenangkan dirinya. Helaan nafasnya yang tadi kencang kini semakin normal. Tetapi tiba-tiba sahaja wajah lelaki bernama Haqeem itu kelihatan di pandangan matanya. Nina rasa berdebar…., ada rasa asing sedang bermain di hatinya sekarang. Nina terus memegang dadanya kerana dia terasa denyutan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini.

Cik Noni yang sejak dari tadi hanya menjadi pemerhati mula tersenyum sendiri kerana dia rasa seperti ahli nujum yang dapat membaca hati dua manusia yang sangat berbeza yang masih tidak sedar bahawa ada satu RASA yang sedang menarik mereka untuk menjadi satu……

##########################

"Crush ada dua makna, Nina. Yang pertama, terpikat... jatuh hati. Yang kedua, hancur... renyuk... remuk. Jangan sampai mula-mula jatuh hati, lepas tu hancur hati." Amaran secara halus diberikan.

"Jangan seronok sangat bila boyfriend bagi bunga." Kata Muzammil sambil merapati Nina. "Entah-entah dia bukan bagi bunga... tapi bagi duri."

##########################

Projek 3 bulan 4 penulis. Nuansa Cinta.

#ohnopembulicinta

"Ha, apalagi? Laplah cepat!" tengking Dazril sambil memerhatikan Deja mengelap mejanya dengan lambat.

Pagi ini Mak Cik Leha bercuti secara mengejut kerana cucunya masuk hospital. Kak Siah pula sibuk membersihkan bilik air staf. Air kopi yang tertumpah membuatkan Dazril bengang.

Terketar-ketar Dheja mengelap meja bossnya itu.

'Makan apa pulak mamat ni pagi ni? Dalam kopi tu ada racun kala jengking agaknya.'

Dazril melihat sahaja gadis manis berkulit putih kemerah-merahan itu mengelap mejanya. Dheja senang disuruh melakukan kerja-kerja lain selain dari kerja-kerja perkeranian di situ. Lagipun gadis itu masih lagi di dalam tempoh percubaan selama tiga bulan. Selagi belum diberikan status tetap, dia boleh disuruh pelbagai pekerjaan. Itu pada perancangannya.

"Hmm, awak orang utara kan? Selalunya orang utara berkulit gelap. Sebab kat sana panas. Tapi kenapa pulak awak berkulit putih?" soal Dazril penuh dengan rasa ingin tahu.

'Sabar ajelah wahai hati.'

"Encik Dazril pernah dengar tak pasal cerita Ugly Duckling?"

Dazril tergelak besar kali ini.

"Hahaha... Jadi awak nak cakap dulu masa kecik awak hodoh sekarang awak macam nilah ya?"

Dheja menjeling geram.

'Mujur sangatlah kau boss aku!'

Dheja mengelap dengan pantas. Sama dengan rasa geram yang meluap-luap di dalam hati.

"Hoi! Kau ni nak lap meja aku ke atau nak kikis meja aku?" jerit Dazril sambil bingkas bangun dari kerusinya dalam keadaan terkejut. Khuatir kopi yang masih bersisa terpercik ke kemeja putih yang dipakainya.

Sekejap dibahasakan aku-kau, sekejap dibahasakan saya-awak. Ikut sedap hati dia saja ya.'

Bagai dijampi-jampi, sisa kopi terpercik pada kemeja Dazril yang suka pok pek-pok pek itu.

"Whoaa... "

Dheja terkedu.

"Encik... Saya... Maaf.. Saya tak sengaja."

Kecut perut Dheja dibuatnya.

"Hoi! Kau tau tak berapa harga baju ni?"

"Encik... Encik... Buang baju, saya basuh kat bilik air sekarang!"
atau

WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment