Mimpi Kita Sama ~ Wawa Akil

Ready stok
RM44 SEM / RM49 SS
termasuk postage
700++ ms
Cetakan kedua.
REPRINT 200 naskah shj. 
HABIS NI TIADA REPRINT LAGI.

BAB 5
“Senyum seindah suria yang membawa cahaya,
Senyumlah dari hati duniamu pasti berseri.”
Memulakan kerja dengan senyuman! Itu pesanan khas DJ radio ERA.FM yang mengendalikan segmen JoHaRa yang sedang ke udara sekarang ni. Airis yang memandu ke pejabatnya tersengih-sengih mendengar coleteh ketiga-tiga penyampai stesen radio itu.
Sesekali dia tergelak mendengarnya. Nyata Johan bersama dua lagi DJ itu berjaya menghangatkan suasana paginya. Pelbagai adegan lucu dipaparkan termasuk segmen Mak Jemah menghubungi Zizan. Dia memang tak tahan mahu ketawa. Kelakar sangat.
Suzuki Swiftnya berhenti di lampu isyarat. Sempat matanya melilau ke kiri dan kanan. Mencuci mata, kononnya. Manalah tahu kut-kut terjumpa lelaki kacak dan muda yang boleh dijadikan stok geli-geli bak kata Humairah.
Kalau dengar dek orang, memang mencari nahaslah. Dapat cop perempuan tak tahu malu. Berkawan tidak semestinya untuk bercinta atau berkahwin. Memang masyarakat mudah mengadili sebegitu. Malah, kalau berkawan dengan lelaki muda sikit mulalah kata suka pucuk muda, isy…tak suka betul dia bila mendengarnya.
Apa salahnya berkawan? Takkan orang berusia tak boleh berkawan dengan lelaki muda? Bukan nak bercinta atau berkahwin pun. Airis maklum, kebanyakan lelaki kacak dalam usia sepertinya biasanya sudah berkahwin dan berkeluarga.
Kalau ada yang belum berpunya, pastinya muda daripada usianya dan dia pula memang langsung tidak terdesak sehingga sanggup mencari lelaki muda untuk dijadikan pasangannya.
Kalau boleh dielak, dia akan elakkan tapi kalau terkena juga dia tidak mampu untuk menghalangnya.
Tiba-tiba Samsung Note 4 berbunyi. Dia mengerling sekilas sebelum meneruskan pemanduannya. Dia biarkan deringan itu berakhir. Bukan dia tidak mahu angkat tetapi dia memang tidak mengenali nombor berkenaan.
Lagipun dia ni jenis berhemah di jalan raya, mana boleh memandu sambil ber-WhatsApp, ber-SMS atau menelefon. Lampu hijau menyala, cepat saja dia tekan minyak.
Namun, telefon itu bordering lagi. “Isy apa lagi ni? Siapa yang tak reti-reti bahasa ni. Orang tak angkat tak payahlah call lagi. Bermakna orang tu memang tak nak angkat,” Samsung Note 4 dicapai.
Dia melihat nombor yang tertera. Huh, nombor yang sama. Yang pasti nombor berkenaan tiada dalam senarai nombor yang disimpannya.
Beberapa minit kemudian kedengaran pula bunyi WhatsApp masuk. Ganggu betul! Desisnya. Cepat saja dia mencapai telefon bimbitnya itu.
> ‘TOLONG ANGKAT CALL I... I TAHU YOU SENGAJA TAK NAK ANGKAT! - ZIDAN
Ya Allah dengan font besar semuanya. Dia mendengus. Gila ke apa orang ni. Cepat saja dia campak telefon bimbit ke tempat duduk di sebelah.
Tak kuasa nak melayan orang gila.
Er.... Siapa tadi ek? Dia seperti perasan ada nama seseorang tertulis di situ. Cepat saja dia mengambil semula telefon bimbitnya itu. Nama Zidan tertera pada WhatsApp yang dihantar kepadanya.
Airis mengeluh. Patutlah rasa macam orang gila. Memang orang gila pun. Melihat panggilan masuk dan WhatsApp yang diterima itu, dia sudah semakin cuak. Semua bala ni. Sejak tiga minggu lepas, lelaki bernama Khaled Zidan sudah tidak makan saman.
Artikel sudah keluar, walaupun timbul sedikit kekecohan di situ.
“Apa lagi yang you nak ni?” Airis sudah menyinga sebaik saja mengangkat panggilan daripada lelaki itu. Selagi tidak dijawab, selagi itulah Khaled Zidan akan membuat onar. Menelefon dan memberi mesej tak henti-henti.
“I nak jumpa you. Mana janji you hari tu kalau I tarik balik saman I tu?” Selamba saja suara Khaled Zidan di hujung talian. Airis mengeluh. Disebabkan satu artikel yang dibuat, hidupnya menjadi kelam kabut.
“I tahulah... nanti I set kan masa untuk dinner dengan you. I tak lupalah.” Nada suara Airis sedikit tinggi. Ini semua gara-gara surat saman yang diberikan Khaled Zidan kepada Harian Kota dua minggu lalu.
Hanya kerana dia menulis kehidupan lelaki itu amat bertuah kerana di kelilingi wanita cantik membuatkan dia dan syarikatnya kena saman. Padan muka kau Airis, hari tu lagi pak su cakap baiki balik artikel tu, tapi kau selit juga fasal perempuan dalam hidup Khaled Zidan.
Sudahnya kena saman. Siapa yang susah sekarang? Dia juga sebabnya lelaki itu hanya akan tarik kembali saman itu jika Airis mengikut syarat yang ditetapnya dan antara satu syaratnya adalah makan malam bersama lelaki itu selama tiga bulan.
Inilah yang dinamakan tiada bala, cari bala.
“You kena ingat, bukan setakat dinner saja, tetapi I nak you jadi teman wanita I untuk tiga bulan. Setiap hari tak boleh miss temankan I breakfast, lunch, dinner dan supper, teman tidur, ops silap... tapi kalau you nak, I tak kisah. I on bila-bila masa.” Keluar sudah tawaran tidak masuk akal disusuli dengan tawa yang panjang.
Airis mendengus. Sakit hati.

No comments:

Post a Comment