HATI YANG TERCALAR

ORDER DIBUKA SEHINGGA 10HB FEB
Teaser7
RM40 sem /RM43 ss
termasuk poslaju
50 TERAWAH YG PRE ORDER dengan Mybiz SantaiShop Inshaa allah akan dapat tandatangan penulis
-

"Assalammualaikum.."
Terangkat bahu Nur Ameenah, terkejut mendengar suara orang memberi salam. Suara garau yang cukup sebati dengan dirinya satu masa dulu. Terus Ameenah keraskan badan.

“Ehemm..!”

Mendengar deheman dari belakang, lantas Nur Ameenah berpaling.

"Waalai..kum..musalam.."

Tergagap-gagap Nur Ameenah menjawab. Tidak menyangka ada orang yang akan bertandang ke rumahnya awal-awal pagi. Jantungnya hampir luruh menyembah bumi kerana di depannya terpacak seseorang yang ingin dielaknya sebaik mendarat semalam.

"Encik nak cari siapa?" Nur Ameenah berlagak tenang.

"Ehh... Meen. Bila balik? Meen… Sihat?" Lelaki itu pula bersuara tergagap-gagap.

Sudah lama tidak memandang perempuan yang pernah menjadi suri hidupnya. Yang memporak-perandakan hidupnya. Yang membunuh kepercayaannya pada wanita. Walaupun dalam samar cahaya, wajah itu tetap menarik di mata lelakinya.

Berderau darahnya mendengar si lelaki menyebut namanya. Jantung mula berdegup tak sekata, laju mengepam darah. Lelaki yang bertakhta di hatinya. Dari dulu dan sampai sekarang, mungkin…

Nafas ditarik dan dihembus berulang kali. Cuba menenangkan hati, mententeramkan akal. Rasa tidak enak hadir berhadapan dengan dengan lelaki itu apatah lagi dalam keadaannya yang masih berbaju tidur. Walaupun tidak seseksi mana, tetapi tetap kurang sopan.

‘Macam mana aku boleh tak dengar langsung bunyi enjin kereta dia ni?’ Wajahnya diraup kesal.

"Sihat saja. Baru balik semalam." Dingin jawapan Nur Ameenah.

Dapat dirasa si lelaki merenungnya tajam. Dijawab lebih kurang, malas melayan mata miang si lelaki dari dulu tak pernah berubah. Bila 'nak', renung macam nak telan. Bila 'tak nak', dia dipinggirkan.

"Lee nak jumpa mak kejap, nak ambil barang yang umi pesan." Beritahu Khairul Azlee. Lagi lama merenung batang tubuh di depannya, lagi kuat rindu mencengkam hati. Hati memberontak, akal pula menafikan apa yang dirasa.

"Hah, nak jumpa mak? Sekejap ya, Meen panggil." Sebaik mungkin suara dilunakkan. Tidak mahu si lelaki itu perasan suaranya yang bergetar. Lemah lutut ketika melangkah.

Belum sempat Khairul Azlee membalas, bayangan Nur Ameenah sudah menghilang dari pandangan mata. Mata merenung sekilas belakang bekas isterinya tadi.

‘Makin berisi. Senang hatikah dia? Tidak kecewakah dia? Aku saja ke yang menderita selepas lepaskan dia?’ Hati Azlee tertanya-tanya.

Nafas dihela dalam. Kepala didongak ke langit. Merenung ke dada langit yang masih kelam hanya disimbahi sedikit cahaya mentari mulai terbit, menunjukkan sinarnya.

Andai perkahwinannya masih bertahan sehingga sekarang, mungkin anaknya masih hidup. Mungkin juga sudah berusia empat tahun. Silapnya meninggalkan Nur Ameenah terkontang-kanting bersendirian selepas melafazkan talak hingga Nur Ameenah terjatuh dan pengsan pun tidak disedari.

Anak yang dikandung Nur Ameenah sudah berusia 7 bulan pergi begitu sahaja. Kembali ke rahmatullah sebelum sempat melihat dunia. Sedikit sebanyak dirinya berasa bersalah. Tetapi bila diingatkan tentang Nur Ameenah yang menduakan dirinya, terus rasa bersalah itu lenyap. Berganti dengan rasa sakit hati, rasa dipermainkan, rasa diperbodohkan. Dayusnya dia sebagai lelaki ditipu hidup-hidup.

"Astaghfirullah al adzim." Wajah diraup, menyingkir kisah silam yang sudah 4 tahun berlalu.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment