HATI YANG TERCALAR

ORDER DIBUKA SEHINGGA 10HB FEB
Teaser 8 dan 9
RM40 sem /RM43 ss
termasuk poslaju
50 TERAWAH YG PRE ORDER dengan Mybiz SantaiShop Inshaa allah akan dapat tandatangan penulis
-

TEASER 8
"Sayang suka?" Bisik si suami hampir di telinga Nur Ameenah. Tangan mula melingkar dari belakang badan Nur Ameenah. Dipeluk erat pinggang Nur Ameenah dan ditarik rapat belakang badan Nur Ameenah menyentuh depan badannya.
Nur Ameenah sudah semput nafas. Tetapi dia tidak menolak. Tahu apa hukumnya sengaja menolak suami. Dia masih ingat hukum hakam. Cuma bila lama tidak berkeadaan begitu membuatkan kakinya terasa longlai. Hampir sahaja badannya melorot jatuh. Nasib baik pegangan suaminya di pinggang kejap.
Si suàmi ketawa kecil.
"Sayang… Sayang… Baru peluk sikit, dah nak terjatuh." Dagu pula dilabuhkan di atas bahu Nur Ameenah. Jantung Nur Ameenah sudah mahu melompat keluar dari badannya. Berdegup dengan irama yang tidak diketahui. Sebal rasa hati mendengar ketawa suaminya.
"Abang sediakan semua ni untuk sayang. Nanti bila sayang tak ada kerja, sayang bolehlah cuba resepi baru. Abang pula jadi tukang rasa."
TEASER 9
"Err... Saya..."
"Kenapa? Sayang tak nak?" Wajah isterinya dipandang.
Nur Ameenah menggeleng.
"Bukan." Perlahan Nur Ameenah membalas.
"Then?" Soal si suami.
Tiba-tiba bibirnya tersengih nakal. Tajam mata merenung isterinya.
"Sayang nak mandi dengan abang?" Kening dijongket-jongket.
"Hisyy... Bukanlah." Nur Ameenah mengalihkan wajahnya ke arah kiri, tidak mahu menghadap wajah gatal suaminya.
"Alah.... Mulut cakap tak nak tapi hati nak kan." Makin erat pautan di bahu isterinya.
"Eiii… Gatal… Miang… Bukanlah..." Perut suaminya dicubit pula.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment