BUNGA HATI MR JUNG




BUNGA HATI MR.JUNG
RM38 SEM / RM45 SS
termasuk postage

SINOPSIS
BUNGA HATI MRJUNG

“Kenapa buka kemeja ni?” Tegang sekali
suaraku. Sakit pula rasanya mata ini saat melihat
Erwan muncul tanpa kemeja yang tersarung di
badan, sebaliknya digayutkan di lengan sahaja.
Hanya tinggal t-shirt putih tanpa lengan yang
cukup-cukup makan sahaja separas bahunya.
Angkat tangan sah nampak ketiak. Seksi!
“Panas sangat.” Selamba Erwan menjawab
sambil buat muka tidak bersalah.
“Siapa suruh awak pakai baju dua lapis. Tapi
tetap tak boleh macam ni.” Aku tidak mahu kalah.
“Kenapa?” Erwan tergelak kecil ketika
menyoal. Nampak seperti sengaja ingin
menyakatku.
“Lengan awak ni tak bertutup.” Jawapanku
jujur sekali.
“Bukan aurat pun.” Memanglah bukan Erwan.
Saya tahulah! Aku menjerit dalam hati.
“Eiiii memanglah bukan aurat tapi saya tak
suka penampilan awak macam ni. Jujurnya saya tak
suka orang tengok awak macam ni. Seksa mata ni.
Tak payah nak seksi sangat boleh kan.” Aku
mendengus perlahan. Sempat mengerling beberapa
orang gadis yang kuyakin mencuri pandang Erwan.
“Awak jealous?” Jelas sekali Erwan sedang
mendugaku.
‘Ya saya memang jealous. Mana boleh orang
lain sesuka hati tengok free macam tu aje.’ Namun,
itu semua hanya mampu kuungkap dalam hati.
Pandanganku terus dialihkan empat puluh lima
darjah dari Erwan.
“Okeylah saya pakai semula.” Akhirnya Erwan
mengaku kalah dan selamba sahaja menyarungkan
kemejanya semula di hadapanku malahan di
hadapan khalayak ramai. Geram sungguh aku.
Hendak marah nanti berlarutan pula. Asyik aku
sahaja yang tidak puas hati dengan Erwan. Erwan
pula sekali pun tidak pernah merungut dengan
sifatku. Baru sedar diri ini sangat teruk.
Jeles tahap mana dah si Alisya ni? Nak tau, nanti order novel ni eh....😚
Kaseh...it's about Love.
atau
WhatsApp 018-9666752
atau
 KLIK SINI UTK ORDER FORM

No comments:

Post a Comment