LIMITED EDITION KOMBO 3 IKP

LIMITED EDITION ~ READY STOK TERHAD!
JIKA INI CINTA RM34 SM/RM41 SS

HEY LADY RM35 SM/RM42 SS
UNTUK SESEORG SEPERTIMU RM36 SM/ RM43 SS
termasuk poslaju
-
-
KOMBO LEBIH JIMAT!

RM92 SM/ RM108 SS
termasuk poslaju
-
-
Whatsapp 018-9666752

Tajuk : HEY, LADY! dari Farah Husain

“L is Lena. Lena is Lovely. L is Love. And love is...you!”

Kata Lena, saka bengong Aali sedang ‘menurun’ saat dia lafazkan ucapan itu. Yang Lena tak tahu, bukan mudah sebenarnya untuk seorang Aali Azfar tundukkan ego sendiri dan ungkapkan kata-kata itu. Banyak yang terpaksa dilakukan demi mendapatkan cinta seorang Lena.

“Oh man! The things I do for love. Kalau tak dapat juga pikat hati dia, kena migrate ke Afrika juga nampaknya aku!” – Aali Azfar.

Mujurlah pepatah kalau dah jodoh tak ke mana itu berpihak pada mereka. Hubungan yang bermula sejak zaman awal remaja mereka berakhir dengan happily ever after. 
Tapi hidup berumah tangga ini tak semudah yang dianggap. Sewaktu bercinta, semuanya indah belaka. Bila dah jadi suami isteri, barulah boleh nampak ‘warna’ sebenar masing-masing.

“Mana pergi tuala abang?” tanya Lena.
“Dah masuk washing machine.”
“Kan baru pakai...”
“Abang memang tukar tuala hari-hari.”
“What???” Mata Lena membulat. Berapa banyak tuala pula dia kena belikan untuk Aali ni?


JIKA INI CINTA dari Illa Shanahila

Ana Najwa - Jadi jutawan dalam perniagaan sebelum umur 30 tahun dan menjadi isteri kepada Izzat adalah impiannya.

Namun bila lukisan takdir tidak berpihak padanya, seorang Ana Najwa mula jatuh tersungkur dengan pelbagai dugaan.
Kepercayaannya dikhianati dan kesedihannya berganda bila mendapat berita yang perit untuk diterima.

Nasrin - Dia bukanlah yang pertama di hati Najwa. Namun cinta yang ada dalam hati terlalu menginginkan dia jadi yang terakhir untuk gadis yang dicintai. Kecurangan Izzat terhadap Najwa bagaikan memberi dia nyawa untuk merebut hati gadis itu kembali.

“Kau jangan sesekali nak samakan aku dengan dia. Ini bukan simpati, Ana Najwa. Ini cinta.” - Nasrin
“Kalau betul ini cinta, tolong pimpin aku ke syurga.”- Ana Najwa.

Nasrin mengajar Najwa erti cinta yang sebenarnya. Hati Najwa mula rasa suka dan jatuh cinta. Namun keadaannya tidak mengizinkan untuk dia terus mencintai Nasrin selama yang dia inginkan.

Mereka mencipta impian untuk bersama selamanya. Tapi, lakaran takdir mendahului semua yang diimpikan.
Apakah harapan yang mereka kumpul untuk bahagia bersama mampu mengatasi ketentuan yang telah tertulis?




Tajuk : UNTUK SESEORANG SEPERTIMU dari Rose Harissa

“KITA tak boleh bersatu, sayang...” – Zahier.

Ucapan si abang angkat dan aturan pertunangan oleh keluarga menjadi titik tolak Nur Zuhrah melarikan diri.
Siapa menduga dia akhirnya sesat di hutan dan dipertemukan dengan Fath Azhari yang membantunya. Fath yang tinggal bersama kakaknya, Kak Yen si baik hati di rumah hutan tapi, kenapa Fath tak sebaik kakaknya? Mulut Fath sangat berbisa bila berbicara.

“Are you typically acting standoffish with strangers like me?” – Nur.
“Tak mandi pagi, belum gosok gigi, ada hati nak bertekak dengan orang!” – Fath
“Dia nak cover gabra aje tu sebab dah lama tak communicate dengan perempuan.” – Kak Yen

Bersama di rumah hutan itu membuka hati Nur melihat apa yang dia abaikan selama ini, Namun ada rahsia yang disembunyikan oleh Fath dan Kak Yen. Tapi hati Nur sudah terlanjur sayang kepada Perintis Yang Berseri itu. Kerana usaha Kak Yen, Fath mula nampak Cahaya Keindahannya.

No comments:

Post a Comment