HATI YANG TERCALAR ~ karya penulis Hot Mum Linz

BAKAL TERBIT JANUARY.. 
HATI YANG TERCALAR ~ karya penulis Hot Mum Linz
-
#PRINTONDEMAND
HARGA RM40 SEM / RM43 SS

termasuk poslaju
-
PENGHANTARAN DIJANGKA FEBRUARI 2017
SINOPSIS
Nur Ameenah, hidupnya sering saja diduga. Berkahwin bukan atas dasar cinta tetapi atas dasar terpaksa. Bahagia yang diharapkan berpanjangan kecundang di tengah jalan. Nur Ameenah diceraikan Khairul Azlee akibat fitnah. 
“Kau bukan perempuan yang sesuai untuk aku. Kau tu perempuan kampung, anak orang gaji rumah aku mana layak nak bergandingan dengan anak Tan Sri macam aku. Aku dah kutip kau jadi isteri pun dah cukup bagus.” Khairul Azlee.
"Salah ke saya dilahirkan sebagai anak orang gaji? Salah ke saya sebab keluarga saya orang susah? Hina ke saya? Saya tetap isteri abang yang sah. Abang tak boleh menidakkan kebenaran.” Nur Ameenah. 
Hubungan hanya berlandaskan nafsu, tidak akan kekal lama. Begitu juga hubungan antara Azlee dengan Ameenah. 
Untuk merawat hatinya yang terluka dan tercalar, Nur Ameenah membawa diri ke Quebec, Kanada. Menyambung pelajaran di peringkat PhD. Menumpang di rumah abang dan kakak iparnya. 
Di sana Nur Ameenah berkenalan dengan kawan baik abangnya juga merangkap jiran tetangganya. Seorang duda kematian isteri, Tengku Akhbar. Dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Tengku Armel yang berusia 4 tahun.
"Abang suka bila tengok muka Meen tahan marah. Comel. Dahlah, abang gurau je, harap Meen tak ambil hati. Mandilah cepat cepat, tak selera rasanya nak makan nasi kalau tak pandang muka Meen." Tengku Akhbar.
Wujudkah peluang kedua untuk Ameenah dan Azlee? Adakah ada sinar baru dalam hubungan mereka. Ikutilah sambungan kisah cinta yang kecundang di separuh jalan. Sedalam manakah hati Nur Ameenah tercalar, mampukah seorang Khairul Azlee mengubati luka yang digoreskan pada hati Nur Ameenah. Atau terubat dengan kasih dan perhatian Tengku Akhbar? Siapa di hati Nur Ameenah seandainya cinta itu memerlukan perngobanan.

#TEASER1
"Kau perempuan tak tahu malu! Aku dah kutip kau dari rumah pondok kau tu, bukan kau nak berterima kasih. Nak bersyukur ke, ini tidak. Boleh kau berkepit dengan jantan tak guna yang entah dari mana kau kutip. Kau ingat aku tak tahu perangai kau yang suka menyundal belakang aku!" Jerkah Azlee. 
Berurat buku limanya mengepal penumbuk. Menahan amarah yang menguasai diri. Sakitnya hati bila diketahui perempuan di hadapannya ini hanya berpura-pura. Menipu dirinya bulat-bulat. Kalau tidak sebab gambar yang diletakkan di atas mejanya pagi tadi, mungkin sampai sudah dia tidak tahu tentang kecurangan Nur Ameenah di belakangnya. Ditambah lagi dengan cerita Wafi yang mengukuhkan bukti di depan mata.
"Astraghfirullah al azim. Abang, cuba bawa mengucap. Saya masih berpegang kuat pada agama, tahu hukum-hakam, dosa pahala. Takkan saya nak buat macam tu. Apa bukti yang abang ada hendak tuduh saya bukan-bukan?" 
Kesabaran makin menipis, sudah puas hidupnya yang selalu dipersenda dan diperkotak-katik sewenang-wenangnya. Hinakah dia dilahirkan sebagai anak orang gaji? 
"Kau nak sebut pasal bukti dengan aku? Nah! Kau tengok ni. Celik mata kau luas luas. Belajar tinggi-tinggi, tapi kepala otak letak dekat kepala lutut. Kau simpan sajalah Master kau tu dalam bingkai gambar!" Herdik Azlee. 
Sungguh darah panasnya sudah menggelegak. Kalau diikutkan hatinya memang sudah lama dihadiahkan penampar sulung pada isterinya. Tetapi bila melihat perut Nur Ameenah yang membuyung, dibatalkan niatnya. Isterinya yang bersalah bukan anak yang dikandung.
Gambar-gambar yang dilempar suaminya dikutip. Dibelek satu persatu. Rupanya sama, tetapi itu bukan dirinya. Tidak pernah seumur hidupnya mendedahkan aurat. Hanya Azlee lelaki pertama dalam hidupnya, tiada kedua atau ketiga.

#TEASER2
"Ya Allah! Sumpah bang. Ini bukan saya. Saya tak buat kerja terkutuk ni semua." Ameenah cuba memegang lengan sasa suaminya. Ditepis tetapi tidak terlalu kuat, risau jika anaknya yang dikandung Ameenah turut terkena tempias.
"Kau tahu tak Ameenah. Dulu, aku memang bencikan kau. Aku tak suka kau. Sebab kau memporak-perandakan hidup aku. Setiap malam aku terbayangkan wajah kau setiap pagi wajah kau yang aku cari. Aku cuba menidakkan apa yang aku rasa sebab kau anak Mak Nab. Orang gaji rumah aku.” Nafas dihela dalam sebelum menyambung kata-katanya.
“Aku takut. Aku takut ditertawakan kawan-kawan aku. Aku jijik dengan kau sebab kau miskin. Tetapi sejak kita kahwin, aku buang semua prasangka aku. Aku letakkan keikhlasan kau di tangga pertama. Aku lempar jauh-jauh akal jahat aku. Aku cuba jadi suami yang terbaik untuk kau. Aku layan kau macam puteri. Aku tatang kau, Ameenah. Aku janji dengan diri aku sendiri nak jaga kau sampai akhir hayat aku. Tapi, aku tak sangka ni balasan kau. Ini yang kau bayar untuk pengorbanan aku. Aku kalah. Kau menang, Ameenah." Kendur suara Azlee. 
Badan melorot jatuh ke kerusi. Telapak tangan ditekup ke muka, diraup kasar. Air mata mula bergenang di kolam mata.
"Tak… tak, abang. Abang jangan cakap macam itu. Saya difitnah abang. Saya tak buat benda ni semua. Abang tolonglah percayakan saya." Ameenah merayu. Lantas badan dibawa ke hujung kaki suaminya. Melutut, memohon pengertian.
Azlee menggeleng lemah. Wajahnya sudah basah lencun dengan air mata. Hilang segala ego yang dipertahankan selama ini. Air matanya mengalir juga kerana seorang perempuan. Perempuan pertama yang berjaya mencuri hatinya, perempuan pertama yang mengetuk tangkai hatinya dan perempuan pertama yang melumatkan hatinya. Sakit, sungguh sakit dirasakan.
"Aku bukan dayus. Aku takkan simpan perempuan kotor macam kau sebagai isteri aku. Aku akan lenyapkan semua perasaan sayang dan cinta aku pada kau. Nur Ameenah binti Sazali, aku ceraikan kau dengan talak 1." Lafaz Azlee tenang. 
"Ya Allah... Abang… Abang..." Ameenah sudah mengongoi tidak berpenghujung. Cuba dipaut kaki suaminya.
atau
WhatsApp 018-9666752

No comments:

Post a Comment