Untuk yg pre order TAK SALAH MERAKUS (sambungan RAKUS) sepatutnya telah siap di kilang sebanyak 350 naskah.
Drpd jumlah tu, hanya 30 buah yang belum bertuan. Order masih dibuka. LIMITED PRINT
RM45.00 SEM / RM50.00 SS
termasuk poslaju
email : mybizsantaishop@gmail.com
TAK SALAH MERAKUS (RAKUS 3) - tiada ulang cetak
****
Aara meluru mendapatkan Hadi yang terbaring tak sedarkan diri.
“Abang?” Pipi Hadi ditepuk-tepuk. Melihat wajah Hadi pucat lesu, Aara mahu menangis.
Tangisan Eira buat Aara tersentak. Dengan kerusi beroda enam tu, Eira sudah berada depan pintu bilik air. Kedua-dua tangannya melunjur ke depan. Suaranya meraung, kuat dan lantang.
Sepintas lalu, menenggelamkan segala rasa yang hampir tertumpah sebentar tadi. Aara tiba-tiba jadi kuat. Tangisan tersekat. Air mata digenggam erat.
“Eira, papa takde apa-apa, sayang.” pujuknya, sekaligus memujuk hati sendiri.
Anehnya, Eira bukan mudah dibohongi. Pekikannya semakin menggila. Kakinya dah naik ke sisi. Ternyata dia berusaha untuk keluar dari kerusi roda.
Aara rasa nak meletup. Benteng pertahanannya semakin tipis.
No comments:
Post a Comment